Monday, January 17, 2011

Siapa kata warna hitam melambangkan aura negatif ? Hitam itu style ok !

Aku suka warna hitam . Bukan setakat suka biasa-biasa. Tapi suka sampai naik gila . Okay . Aku over . Tapi mampuslah . Dah benda aku suka . Aku bangga . * Perlukah perasaan bangga itu ? *


Aku pun tak ingat sejak bila aku suka hitam . Mungkin sejak azali kot . Orang kalau nak bagi hadiah kat aku senang je . Aku akan suka hadiah dorang kalau ada unsur-unsur kehitaman . Tapi aku pun benci kalau orang ada daki hitam kat badan dia . Pengotor !

Aku dating dengan Encik Google semalam . Rupa-rupanya baru aku tau , hitam ni ada 5 kategori . Banyak kot . Selama ni aku ingat hitam takde adik beradik lain . Siapa sangka , rupanya agak ramai adik beradik Pakcik Hitam .

Anak sulong adalah hitam berkilat . Aku agak binatang kat bawah ni menepati ciri-ciri hitam berkilat .



Anak kedua hitam legam (pekat) . Maknanya hitam yang sehitam-hitamnya . Aku teringat cerita Dayang Senandung .



Anak ketiga hitam manis macam Dayang Nurfaizah . Suara sedap . Tapi sayang...



Anak keempat, hitam si tampuk manggis . Sedapnya manggis . Tapi aku tak suka .


Anak bongsu , hitam tak berseri . Suram . Kusam . Kotor . Sesat . Seram . Negatif . Biasalah . Pisang setandan tak semuanya elokye tak ?

Aku rasa macam ni hitam yang suram tu . Seriau !

Aku suka hitam sebab  :: 

1. Bagi aku hitam ni warna selamat . Senang nak masuk dengan apa-apa warna . Flexible . Kira kalau dalam ketegori darah , hitam jenis O lah .

2. Selain tu , warna hitam tak nampak kotornya dan sangat sesuai dengan aku yang ganas lagi buas ni . Segala kekotoran , kecalaran , keretakan dan kegoresan takkan dapat dilihat dengan mata kasar .

3. Warna hitam dapat menaikkan seri muka aku dan menyerlahkan warna kulit aku . Aku paling menyampah tengok muka aku time pakai tudung color cerah macam putih atau cream . Macam apa entah . Terus turun confident level . Tapi bila pakai tudung hitam , muka aku berseri macam pengantin baru . Comel . Dan serta merta confident level aku mencecah ke tahap maksima. Aku suka pakai eyeliner hitam sebab selain buat nampak mata aku yang sepet ni sedikit terbuka luas untuk memandang alam sekitar , dapat juga menaikkan warna mata aku yang hazel semulajadi ni . *hahahahaha . Aku sangat poyos !*

4. Warna hitam membuatkan aku nampak sedikit kurus dan dapat memberi ilusi perut aku kempis dan lengan aku kecik serta peha aku cantik terbentuk . Hitam mampu memperdayakan mata orang sekeliling dan juga mata aku dan membuat aku perasan comel . Sekaligus turut membantu memotivasikan peningkatan self-esteem aku.

Aku pilih hitam sebagai warna personaliti aku . Jom kongsi warna pilihan anda pulak . Seronok main kongsi-kongsi ni . Aku suka .Sekian ~

Sunday, January 16, 2011

Diari :: Saya gembira kalau anda bahagia ~


Sedang study subjek Cross Culture Management sebab esok ada midterm test.

Tiba-tiba terkenang dia yang pernah jadi punya aku dulu . Diam . Fikir . Gali kembali memori . Betul ke dia dulu pernah jadi kemilikan aku ? Atau cuma perasaan aku yang menenggelamkan aku dalam empangan cinta yang tak pasti ?

Aku lelah . Dan aku juga salah . Bila sudah tahu lelaki perlu di tatang selalu , menjadi silap aku biarkan dia terbang jauh tanpa ada tali yang mengikat hatinya . Argh . Ini kehidupan . Cinta itu ada ketawa dan air mata . Ada masa gembira dan duka . Lumrah dunia .

Sepertinya dia sudah ketemu pengganti yang lebih baik dari aku. Dan aku tanya hati . " Apa kau sedih sayang ? " Dan jawab hati; " Aku lebih sedih andai aku hilang cinta dari sang Pencipta . " Diam lagi . Lalu aku berkata memujuk diri sendiri . " Masih ada Nur di jiwa kamu . Itu tanda Allah masih sayang kamu . Berubahlah dengan perlahan . Waktu sentiasa ada untuk kamu mengubah corak hidup kamu . "

Sudahlah. Allah lebih tahu apa perlu aku . Jadi DIA tidak tunaikan kemahuan aku . Dan dia yang jauh itu . Terima kasih untuk rasa yang indah dulu . Semoga redha Allah sentiasa bersama kamu .

Saturday, January 15, 2011

Rumah dan Tangga part 2

Kenapa orang cakap kahwin tu best ? Setiap kali ditanya orang yang baru kahwin , mesti dorang akan cakap " Kalau aku tau kawin tu best , lepas baligh dulu aku suruh mak aku nikahkan aku ". Cait . Ayat tak boleh blah . Kencing pun tak betul lagi , potong sayur kangkung pun tak lepas lagi , sebuk nak kawin time lepas baligh. Time sekarang memanglah best . Korang dah tau serba-serbi. Try time dulu-dulu , ada gak tak sampai seminggu dah baling pinggan magkuk ke luar .

Apakah ? 


Edisi Rumah dan Tangga kali ni kita bercerita tentang rumahtangga yang bahagia . Alhamdulillah kalau kita dikurniakan kebahagiaan . Semua orang nak bahagia kan . kalau tak nak tu , tandanya ada something wrong somewhere lah kat otak beliau. Tapi kena usahalah. Kalau tunggu sambil gentel rokok daun atas pangkin bawah pokok jambu batu memang tak dapatlah . Pakej pulak kalau baring-baring sambil korek daging yang lekat celah gigi lunch tadi punya lauk . Bau asap jelah bang ..

Macam mana nak bahagia ? Dengan cara apa nak menjadikan rumahtangga kita seperti taman syurgawi ? Bagaimana nak kekalkan hangat asmara baru-baru kahwin antara suami isteri sampai hujung usia ? Kenapa orang putih makin putih rambut di kepala makin semarak cinta mereka ? Bagaimana , macam mana , how dan sebagainya ..

Jawapannya ada disini ..

Complete the puzzle 


Nak bahagia kena ada teknik-tekniknya . Sedangkan nak pasang ubat nyamuk pun ada cara-cara yang spesifik apatah lagi dalam hal mencorak rentak rumahtangga . Teknik yang aku utarakan ini adalah idea aku sendiri , hasil pembacaan dan kajian tentang orang sekeliling . Ringkas , mudah , senang , easy dan simple .

Kenapa dunia percintaan dan perkahwinan selalu je orang cakap tak sama ? Kenapa kita tak satukan dua dunia ni jadi satu . Kenapa perlu ada pecahan antara keduanya ? Bagi aku ni sebab mentaliti orang-orang kita . Kalau tak percaya , try tengok satu pasangan kekasih yang awek dia jadi manager bank nak kahwin dengan balak dia yang keje guard kat bank yang sama . Tak dinafikan balak dia ni hensem gaya muka macam Kim Hyun Joong yang berlakon jadi hero nama Baek Seung Jo dalam drama Korea Playful Kiss . Biasanya orang hensem ni awek dia biasa-biasa je . 

Comelnya Kim Hyun Joong ^^

Suatu hari, si awek cakap dengan mak bapak dia yang dia nak kahwin dengan si balak hensem tu . Agak-agak senang tak mak bapak si awek ni nak terima ? Aku berani kerat jari mak bapak si awek tak kasi . Alasan sebab lelaki tu syok kat duit anak perempuan dorang , bukan ikhlas nak terima si awek tadi dengan nada marah + pakej muka jengkel . Bila si awek dah jalan hentak kaki , menangis dalam bilik sambil baling-baling bantal gitu , baru mak bapa cakap guna nada lembut . Biasanya conversation tu akan berjalan seperti di bawah ::

Mak : Mak bukan tak bagi , tapi cuba Kiah fikir , betul ke Daud tu nak kat Kiah betul-betul ?

Kiah : Abang Daud ikhlas mak . Dia kata nak jaga Kiah sampai hujung nyawa. Dia sayang Kiah . Kiah pun cinta dia . Kalau dah saling sayang tu , kan elok kahwin terus . Mak tak nak tengok Kiah kahwin ke ? Mak tak nak cucu ?

Bila dah dengar perkataan cucu , mak pun goyah sikit . Sambil hela nafas panjang , mak pun cakap ::

Mak : Bercinta dengan kahwin ni tak sama Kiah . Masa bercinta kentut pun bau bunga . Yang buruk semua nampak baik . Nanti dah kahwin , baru kau tahu perangai sebenar orang . Masa tu nak menyesal pun tak guna .

Yang aku tak boleh terima , kenapa masa bercinta kentut bau bunga . Dah nama kentut , memang tak lari dari bau taik lah . Wadahek punya ideologi !





Bila dah jadi macam ni , kita sebagai seorang Islam harus kembali kepada asas memilih pasangan hidup yang disarankan Rasulullah . Pertama perlu dilihat kepada agamanya . Lepas tu baru disusuli dengan hartanya , keturunannya dan paras rupanya . Mungkin si Daud ni , ilmu dan aplikasi agama dalam kehidupan seharian sangat utuh . Solat tak tinggal . Yang sunat pun buat . Muka bersih je . Tambah pulak hensem macam hero Korea . No wonderlah Kiah terpikat . Setakat kurang harta tu apalah sangat . Gaji Kiah kan besar . Bolehlah tolong Daud support family . Lagipun mana ada manusia yang sempurna . Kalau ada orang hensem kaya , korang tengok pulak lifestyle dia macam mana . Sosial tahap gaban . Nak ke orang macam tu jadi pendamping hidup sampai kita mati ? Kalau aku , aku tak sanggup . Boleh hancur rumahtangga .Aku nak hidup sederhana . Lagipun , kalau ada semua , buat apa nak berpasangan ? Kan Allah jadikan manusia itu berpasangan untuk saling melengkapi . Kekurangan Kiah di cover oleh lebihnya Daud . Begitu juga sebaliknya . Barulah bahagia dan aman rumahtangga.


Beauty and the Beast . They complement each other


Perempuan biasanya selalu nak jadi pihak yang dimanjakan , yang menerima , yang kena pujuk , yang perlu dipenuhi setiap permintaannya , yang bila time keluar dating , dia pihak yang menikmati setiap sen duit lelaki . Mungkin tidak semua tapi kebanyakkannya begitu . Gaya macam lelaki takde perasaan . Hei ladies out there ! Men also want to be treated like a king . Asyik kita yang jadi Queen , korang tak bosan ke ? Dahlah dilayan macam Queen , lepas tu nak tambah pulak word Control selepas Queen . Husband/boyfriend nak p main futsal pun kena tanya macam orang nak pergi usha awek Golok . Nak keluar dengan member pun , kena berperang bagai . Tu tak lagi kalau si hubby/boyfie ada gambar dengan member-member perempuan dia . Kecoh satu dunia . Sibuk update status makian kat Facebook. C'mon girls . Ni zaman Najib bah . Bukan era Tunku Abdul Rahman ni . So , berfikir macam orang moden . Jangan biarkan otak korang terperangkap di zaman batu . Walaupun korang orang penting dalam hidup dia , dia masih ada kawan-kawan yang perlu dijaga hati mereka . Kadang-kadang , kawan dorang wujud sebelum korang hadir dalam hidup dia . Bertolak ansur dan percaya kepada pasangan . Percaya juga kepada diri anda sendiri . Ingat , lelaki mahukan perempuan yang boleh jadi kawan , isteri dan awek dia . Bukan perempuan yang membebel macam mak dia .

Lioness the Queen Control !


Sekali sekala , biar kita yang menjadi seorang butler untuk pasangan kita . Apa salahnya kalau time anniversary, kita pulak yang plan something suprise for them . Dah tahu lelaki ni selalu lupa benda-benda macam ni , time ni gak sibuk nak merajuk . Memang fitrah lelaki macam tu . Nyanyuk sikit . Sebab tu lelaki tak jadi mak . Kalau tak , kejadian budak hilang banyaklah kat dunia ni . Time dia balik kerja , sambut dia dengan senyuman. Kalau kita takde time dia balik rumah sebab kita balik kerja lewat dari dia , call dia . Tak pun send mesej romantik sikit . Masa bercinta tak pulak korang segan hari-hari cakap " I miss you, b " , " I love you , b " . Tapi bila dah kahwin , dah jadi halal , tak nak pulak korang ber-romance . Alasan jumpa hari-hari. Sebab setiap hari jumpalah perlu dihangatkan selalu hubungan sesama pasangan . Nanti kalau dah sejuk , jemu . Ni lagi parah .


Bila kita merajuk , hubby selalu kirim bunga untuk pujuk kita . Apa kata, kalau dorang merajuk , kita pulak yang bagi gift . Tapi takyah lah kasi bunga. But , kalau hubby kita suka bunga , why not ? Zaman dah moden . Sedangkan perempuan pun ada yang gila superbike , bila time lelaki suka bunga , sibuk pulak nak kecoh . Kenapa lelaki tak boleh suka bunga ? Ada state kat mana-mana ke bunga tu haram untuk lelaki ? Tak de kan . So kalau dorang suka , go on . Kalau itu boleh buat your hubby terpujuk hatinya yang panas tu, bolehlah hantar 1 bouquet of red roses to him . Owh , so romantic !


Sifat normal lelaki , dia nak isteri yang boleh memasak, pandai mengemas dan jaga rumah serta cekap didik anak-anak. Semoden apa pun lelaki , pemikiran " kerja rumah dibuat oleh perempuan " memang wujud dalam diri dia . Kepada lelaki di luar sana , mentaliti anda perlu di upgrade ye . Kami bukan isteri-isteri zaman Saloma yang jadi suri rumah sepenuh masa . We are a part time housewives . Yang separuh lagi nak bagi kat siapa ? Of courselah dekat you all wahai suami yang gagah perkasa. Korang nak pakai baju bersih siap bergosok luar dalam , perut korang tahu time lapar kena makan , mata korang tak boleh tengok rumah macam tongkang pecah , telinga tak boleh nak dengar anak menangis , tapi bila mintak tolong sidai kain pun , membebel macam bapuk tua . 

Comelkan kalau lelaki buat kerja rumah . hihi ~


Kita masyarakat Melayu khususnya memang tebal dengan maksud tersirat baik dari segi perkataan juga perbuatan . Tak percaya . Try buat member baik korang marah . Kalau takde kawan baik pun , sape-sape jelah as long as dia adalah manusia normal yang punya hati dan perasaan yang stabil . Bila korang dah buat apa yang patut untuk mengubah perasann tenang mereka-mereka itu , try tanya dorang marah ke tak . Aku berani cakap member korang tu mesti cakap yang dia tak marah . Kenapa begitu ? Sebab culture kita memang macam tu .

Macam tu jugak dalam hubungan antara lelaki dan perempuan , suami dan isteri . Sikap memendam tu yang buat masalah kecil bertukar jadi besar . Kalau susah meluahkan dengan perkataan , try cara lain . Kan skarang zaman teknologi . PM lah pasangan korang dekat inbox facebook apa yang korang tak puas hati . Tak pun formspring je dia tanya apa masalahnya . Habis cerita . Ni nak simpan-simpan buat apa . Bukan settle pun masalahnya . Makin bernanah  lagi ada.  

Lets talk !

Ini cara aku nak membentuk bahagia . Setiap orang ada cara dan pandangan tersendiri . Yang penting , apa sekalipun jalannya , biarlah betul dan tidak terpesong dari landasannya . Jangan nanti ada yang guna sihir untuk bahagia sudah . Jangan weh . Dosa besar tuh . Sekian :)

Ps :: Aku tak perlukan boyfriend dan sebab itu aku single . Aku cuma perlukan seorang suami , jadi Allah , tolong berikan aku seorang suami yang bagus agama , murah rezekinya , manis parasnya dan baik keturunannya . Amin ~ :)


Credit to Google and devianArt for the great picture :)










Tuesday, January 4, 2011

Rumah dan Tangga part 1

Sekarang ni , setiap kali aku online facebook je , ada je member-member aku upload gambar
majlis pertunangan dorang. Secara tak langsung memberi peringatan kepada aku tentang usia aku yang semakin meningkat . Aku dah 23 !! Dulu mama aku beranakkan aku masa dia sebaya dengan aku sekarang. Ni aku, entah bilalah nak beranak kasi cucu kat mama abah aku pulak. Opah aku pun dah start merungut nak cicit . Tu tak masuk lagi member-member aku yang nak kawin bulan January dan February nih. Aku bahagia + gembira + envy gila dengan dorang . Bilalah turn aku pulak. Tekanan perasaan weh!


Aku pun nak kawin jugak !



Bila dah musim kahwin tunang je ni , jadi setiap kali aku dating dengan Mr Google , aku mesti mintak tolong dia carikan aku pasal perkahwinan . Tapi ada satu artikel yang menarik minat aku untuk membuat ulasan dan  memberi idea untuk aku menulis . Asyik merepek je , sekali sekala comes out with something yang berinformasi kan indah tu. Sekurang-kurangnya mak bapak aku sedar betapa berilmiahnya anak sulong dorang yang comel ni. Hehehe ~


Lets begin the operation !


Mula-mula kita cakap dulu apa itu kahwin . Sebenarnya istilah kahwin tiada dalam ilmu Islam . Yang ada ialah nikah . Nikah dari segi bahasa ditakrifkan sebagai ikatan atau simpulan . Dari segi syarak pula , nikah ialah suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram. Di dalam bab Munakahat dalam Islam , terdapat beberapa perkara yang disentuh apabila soal nikah diusulkan . Antara perkara yang perlu dipandang serius ialah Kufu dan Khiar dalam pernikahan , wanita yang haram dinikahi , Maskahwin ( Mahar ) , Walimah Al-Urus, Tanggungjawab suami isteri dan ibubapa terhadap anaknya yang mahu bernikah , Pembubaran Pernikahan dan Ruju'. Maklumat lanjut sila kunjungi website ini, www.al-azim.com .


Ijab dan kabul


Setiap yang Allah perintahkan pasti disertakan dengan sebab musabab yang sesuai dengan fitrah manusia . Antara sebabnya ialah untuk memenuhi tuntutan agama sebagai tanda komitmen terhadap pasangan memenuhi keperluan biologi mendapat zuriat yang sah dan mengelakkan tohmahan serta mengelakkan maksiat.


Dah macam ustazah bila bercakap secara serius pasal hal nikah kahwin ni . Tapi sebenarnya , aku tidak sedikit pun layak dipanggil ustazah . Perlu banyak belajar untuk ke arah itu .


Style gila picture ni . Credit to Legal Me Yours


Dalam syoknya bakal pengantin menghitung hari , membilang jari kaki menunggu ketibaan hari bahagia mereka , jangan sesekali dilupakan tentang kemungkinan perceraian . Iya , saya tahu semua . Tak baik bercakap tentang sesuatu yang buruk sebab setiap apa yang keluar dari mulut kita adalah doa . Tapi tak salah mengingati dan berjaga-jaga . Sebab dalam setiap pernikahan itu ada percentage untuk terjadinya masalah ini .  Kena ingat , hati manusia berubah lagi cepat dari pasir pantai . Lagi rapuh dari biskut Chipsmore.



Aku suka gilak sama Chipsmore.


Sebelum mendirikan rumahtangga , perlu diteliti dan dikaji asasnya . Sebab , kalau asas pun rapuh , mana datangnya kekuatan untuk berdiri utuh . Trend zaman sekarang , kalau nak kahwin , bukan tengok asas yang ada atau ilmu di dada , tapi tengok setebal apa fulus di tangan . Yelah kan . Nak buat majlis yang cemerlang , gemilang dan terbilang ni bukan senang . Belambak ongkos yang mengalir keluar . Kad kalau boleh nak wangi sampai kalau cium tu bau terlekat kat hidung . Baju kena bersalin macam movie hindustan . Pelamin , makanan , photographer , cenderahati semua nak gah . Takut nanti buat cikai-cikai , orang kata kita mengandung sebelum kahwin . Padahal dorang tak tau , kita ni kerja baru setahun . Gaji pun cukup makan . 
Silap haribulan tak cukup mintak lagi dengan mak . Sadis .


No money no marriage


Aku pernah terbaca satu artikel di internet yang bertajuk Perkahwinan Berasakan Ibadah Jamin 
Kebahagiaan ::

1. Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

2. Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.


Money not everything but everything needs money !

3. Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

4. Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

5. Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6. Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.


Love will change



7. Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Trend bercinta di Malaysia kebelakangan ini , perlu bergadai tubuh sebagai bukti cinta . No offense but it is a reality . Aku pun bukan baik sangat . Aku jahat . Sebab aku utarakan isu ini kerana ia sebahagian dari asas kebahagiaan rumahtangga.


No offense !


Kenapa wujud pepatah "What goes around comes around " ? Kenapa adanya Karma ? Adakah sebab manusia takde keje nak buat so dorang pun reka-reka ayat best ? Sebab orang zaman-zaman dulu nak bagi peringatan kat generasi akan datang . Jangan mengata orang , nanti terbalik kat kita . Jangan buat jahat , nanti 
balasannya kalau bukan kat kita akan jatuh kat generasi kita . Jangan sesekali berzina, samada kecil atau besar, sebab kesannya akan menular kepada keturunan kita.




Sebagai ibubapa, kita taknak anak kita berbuat dosa besar . Jadi jangan kita berbuat perkara yang sama dibelakang ibubapa kita. Sebagai kakak/abang kepada adik beradik kita, kita takkan pernah mahu melihat adik beradik kita terjerumus dalam lembah kekhilafan. Sebagai isteri/suami , kita takkan boleh menerima andai kita dikhianati . Sebagai manusia , kita mengimpikan keturunan kita menjadi hamba Allah yang baik dari akarnya. Jadi penyelesaiannya mudah , jangan buat apa yang kita tak suka orang buat kat kita. Sebab "What goes around comes around , dear " . :)




Dosa  berzina bukan tentang jumlah pasangan kita bersama, bukan berkenaan dimana lokasi kita lakukannya, berapa bilangan kita ditangkap khalwat tapi TENTANG berapa kali kita lakukannya kerana setiap satu perbuatan kita yang menghampiri zina (zina kecil) juga tindakan kita yang sudah berbuat zina besar itu yang dihitung ALLAH setiap satu dosanya..

Kesimpulannya , sebelum melangkah ke alam baru , betulkan niat kita . Bertaubat dulu dari segala dosa. Biar perkara baik yang kita lakukan, mendapat redha Allah . Kadang-kadang, kesulitan yang Allah kirimkan , sebab Allah nak bagi ingatan,yang kita ni ada hutang dengan DIA. DIA tak nak kita pergi berjumpa dengan  DIA dalam keadaan diri kita sebagai penghutang.  Dan anggap dugaan itu sebagai tanda Allah cinta kita. Yelah kan . Mak kita marah kita sebab dia sayang kita . Kalau tak , tak kuasanya mak nak ambil tahu pasal hal kita.


She is my mom and she love me for sure !


Kepada kawan-kawan yang melangsungkan pertunangan dan pernikahan, tahniah aku ucapkan . Semoga 
bahagia selalu dan sentiasa berada dalam redha Ilahi.

Credit to Google and devianArt for the picture .
:: Segala yang ditulis diatas tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia . Jika ada, ia hanyalah kebetulan semata . Entry ini sekadar renungan dan peringatan sesama kita . Peace no war :D ::














Monday, December 27, 2010

Kenapa Manusia Menipu ?

Semua orang pernah menipu . Kalau ada yang cakap dia tak pernah menipu , sebenarnya secara tak langsung dia dah menipu sebenarnya . Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya purata manusia menipu dikira nisbah 1 orang : 5 kali menipu . *Kajian ni dibuat oleh aku sebagai bukti aku mengaplikasi pembelajaran subject Business Research dalam kehidupan seharian . Kesahihannya masih diragui . :D *. Jadi kalau jumpa orang yang menipu tu , buat tak tahu jelah sebab memang sikap semulajadi manusia tambah-tambah lelaki.  =.=

Dulu masa sekolah rendah darjah 1 sampai 3 , aku belajar kat sekolah agama . Tak silap aku , nama penuh sekolah tu Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyyah aka SRATI di Ulu Kinta , Perak . Aku masa tuh alim nak mampus . Cakap nak bajet ustazah je . Pantang nampak orang yang melanggar hukum , ringan mulut aku nak menegur . Sampai satu peringkat , aku kena banned dengan pak cik mak cik aku . Setiap kali datang je , mesti dorang sindir-sindir aku . Aku pulak masa tu kecik lagi . Bila dah selalu kena perli , pastu takde kemampuan untuk defends diri sendiri , kesudahannya aku menangis . Pakcik makcik aku pun tersenyum bangga sebab menang dalam perdebatan tersebut.


Sampai hati dorang kutuk saya yang comel ni !



Masa aku sekolah dulu , aku selalu kena brainwash dengan ustazah aku . Menipu tu dosa . Nanti masuk api neraka . Lidah pulak kena potong . Budak kecik . Dengar je api neraka terus cuak . Tambah pulak lidah kena potong terus ketar gigi takut . Tapi zaman sekarang , bila aku cakap benda yang sama kat adik bongsu aku , boleh pulak dia lawan cakap aku . Ada ke dia kata macam ni , " Habis Kak Long selalu je bohong , takde pulak kena potong lidah ? " Aiseymen . Macam mana penipuan aku dikantoikan adik bongsu aku yang baru darjah 3 . Aku nak resign lah jawatan Kaki Kencing Terbaik Keluarga . Malu eden , malu !


Kau nak kena potong lidah ke nak menipu ? Baik pilih sekarang ?!




Menipu ni setahu aku ada 2 kategori . Bohong sunat dengan bohong tak sunat . Bohong sunat ni orang selalu kaitkan dengan situasi bila mana kita berbohong untuk menyelamatkan keadaan yang tenang dari kucar-kacir , untuk jaga perasaan orang lain ataupun cukup sekadar bertujuan menutup aib orang . Banyak lagi alasannya tapi 3 alasan ni merupakan subjek paling famous bila ditanya kenapa mereka bohong sunat . Bohong sunat ni kalau diamalkan selalu lama-lama menular menjadi bohong tak sunat . Bila dah menular yang bahaya ni . Baik dicegah sebab proses penyembuhannya memakan masa , tenaga dan mengganggu perjalanan hidup seharian anda.


Berbalik kepada tujuan asal . Kenapa manusia berbohong . Ada beberapa sebab yang aku kenalpasti . Antaranya ialah ::

1. Untuk berlagak dengan kawan-kawan

Orang yang menipu dalam kategori ni bagi aku adalah sebangang-bangang orang . Biasanya , ciri-ciri mereka dapat dilihat bila setiap kali ada yang bercerita , dia wajib ada cerita yang sama malah lebih gah lagi . Tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menunjuk-nunjuk yang dia juga mampu berbuat benda yang sama . Orang semacam ini ada dimana-mana dan sangat mudah ditemui . Kadang-kadang , dalam cerita mereka , kita boleh trace ketidakbetulan cerita tersebut.



Gambar diatas tiadakena-mengena dengan situasi =.=



2. Nak tutup salah mereka .

Aku pernah kenal dengan seorang "budak" yang memang jenis dia suka bercerita apa saja yang dia buat . Dengan siapa dia jumpa , keluar makan malahan topik perbualan mereka juga aku tahu secara detail . Boleh dikatakan aku tahu setiap perjalanan hidup dia selama kami hidup bersama.

Suatu hari , aku dapat tahu dia berkahwin . Tapi yang anehnya perkahwinan dia tidak dihebahkan . Dah lah tu . Cincin kahwin atau inai pun takde masa dia baru lepas nikah tu . Kebetulan dia kahwin hujung Disember dan semester kami bermula awal Januari . Patutnya kesan-kesan orang baru kahwin tu kita boleh nampak  .  Tahu-tahu dia mengandung . Dia kadang-kadang ada bercerita tentang suami dan anaknya tapi setiap ceritanya mesti ada je yang berubah . Mungkin isi utamanya sama tapi isi huraiannya berbeza. Tambahan kalau kita iyakan saja semua cerita dia dan tunjuk yang kita berminat . Lagi laju je ayat yang keluar dari mulut dia . Macam air. Dan dalam masa yang sama , dia tak suka kalau orang korek cerita pasal suami dan anaknya dan yang penting tak pernah pun tunjukkan gambar suami dan anak dia kat orang.  Pelik kan? Seorang yang suka bercerita tentang setiap lelaki yang wujud dalam hidup dia walhal mereka hanya kawan , selalu bercerita tentang anak saudaranya , malahan beria-ria nak kenalkan her nephew kat kitorang , sangat excited dengan setiap kejadian baru yang berlaku dalam hidup dia dan dengan bangga tunjuk setiap gambar family dan orang-orang kesayangan dia sebelum ni  tiba-tiba bila diajukan soalan tentang suami dan anaknya , bila kita mintak nak tengok gambar , dia jadi serba salah dan terus naik angin. Dari situ kita boleh tahu , mungkin ada chance yang dia menipu untuk tutup salah dia . Apakah salah beliau ? Sila analisa dari cerita di atas.  Kadang-kadang , perangai kita ni  , boleh buat orang lain trace kita di pihak yang benar atau sebaliknya .





Ops , kantoi suda ~



3. Orang yang menipu supaya dia dipandang sebagai orang bandar yang moden bukan orang kampung yang konservatif macam aku . 

Kisah orang macam ni , pernah terjadi dekat aku . Aku pernah ada seorang kawan yang balak dia memang taiko dalam segala kerja-kerja jahat ni . Tapi, sebenarnya balak dia yang merupakan salah seorang geng kutu embun aku ni , dalam jahat-jahat dia , sangat menjaga hubungan dia dengan member-member . Cuma hubungan dia dengan ALLAH yang lingkup sikit . Dan aku doakan , suatu hari nanti , Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat . Amin

Si awek ni selalu bercerita yang dia kenal clubbing sejak dari sekolah lagi . Bukan setakat clubbing je , togak kencing setan , project permanian beradas , smoking , drugs dan sebagainya , dia pernah buat sejak sekolah yang bermakna sebelum dia kenal balak taiko ni . Aku tahulah , dia nak berlagak dengan aku yang tak pernah buat tu semua . Tapi , suatu hari, cerita dia ni kantoi bila si awek dan balak taikonya , berkunjung ke club dengan housemates aku yang nak merasa apa itu clubbing sebenarnya . Kebetulan , one of my housemate yang ikut tu , kenal dunia gelap ni sejak zaman sekolah lagi . Jadi sekurangnya kat situ , kita ada measurement untuk menilai kesahihan cerita si awek ni .

Biasalah perempuan. bila balik dari sesuatu tempat , mesti nak open table story mory apa yang dorang buat . Dari situlah kantoi yang si awek yang kononnya pergi club sejak sekolah ni, berdansa macam orang yang baru nak belajar merangkak dalam arena clubbing ni . What the heck ! Meh kita fikir ikut logik akal . Takkan lah orang yang kononnya dah lama kenal apa itu club malah ditambah lagi dengan cerita yang kononnya dia pernah wakil sekolah dalam pertandingan menari , berdansa macam orang takde basic tarian . Nak dibandingkan dengan sorang lagi housemate aku yang punya cerita yang sama dengan dia , ditarik orang untuk menari bersama disebabkan kehandalan dan kekemasann tariannya . So kesimpulannya , memang kau menipulah kan .

Aku memang tak faham dengan mentaliti orang zaman sekarang . Setakat kau pernah masuk club pun nak bangga ke ? Weh , aku dulu jadi setiausaha club tau tak ! Tak pernah pun aku ada niat nak bangga macam kau yang cuma ahli biasa je tuh . Hahahaha :D




" Aku moden sebab aku pergi club" . * Macamlah aku kesah . Bullshit !!



4. Bila menipu tu dah jadi kebiasaan .

Part ni aku malas nak cerita panjang . Sebab kebanyakkan orang faham apa maksudnya .







5. Main kayu 3 , 4 , 5 atau 10 sekalipun juga dikira menipu.

Part ni aku khususkan untuk cerita curang .  Sebab aku selalu terlibat secara tidak langsung dalam situasi ni. 

Aku hidup dikalangan mereka yang kerap mengulangi kesilapan yang serupa . Walaupun sering diberi peluang berulang kali untuk berubah , lambat laun , kesilapan yang sama tetap berlaku lagi . Kenapa ini boleh berlaku? Siapakah yamg harus disalahkan ?

Persoalannya adalah :: Kenapa curang bila dah ada yang baik untuk jadi pendamping kita ?


Hubungan sejenis adalah haram






Fitrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada . Bila diberi pasangan yang baik tapi berparas sederhana , mahu cari yang cantik dan segak supaya bangga bila berjalan berdua . Bila dah dapat yang cantik dan segak , eh baru tahu , keturunan dia tidak sekufu dengan kita . Terus dicari yang banyak harta . Bila dah dapat yang kaya, sering diabaikan kerana sibuk , mulalah kita pun sibuk mencari yang banyak waktu . See , sebaik mana pun yang manusia dapat , kita tak pernah puas dengan apa yang ada. Sebab kita biarkan nafsu mengawal kita .

Dari perasaan yang tidak pernah puas nilah terlahirnya idea untuk menipu . Tahu tak , menjadi orang yang ditipu tu menyakitkan tetapi hakikatnya , orang yang menipu tu sebenarnya lagi merana jiwa . Hidup tak tenang sebab takut rahsia terbongkar. Setiap waktu otak perlu berjalan untuk mencipta penipuan baru . Kat sinilah kita nampak setakat mana daya kreativiti individu tersebut . Kalau tahap kreativitinya excellent , akan mengambil masa yang lama untuk kantoi . Ditambah pulak dengan pengalaman dan kebiasaan . Alat pengesan bohong pun tak boleh detect . Terbaek dari ladang waa cakap lu !

Belajarlah untuk jadi jujur . Awalnya mungkin payah tapi pengakhirannya kita juga yang senang. Dan pihak yang satu lagi , belajarlah untuk berfikiran terbuka . Sometimes , kita menipu sebab pihak sebelah sana jenis yang tak boleh terima silap orang . Normallah manusia . Silap tu wajib . Dan dari kesilapanlah kita belajar makna hidup. Sekarang ni mungkin masa dorang . Suatu hari nanti , mungkin kita pulak yang ada ditempat mereka.




Bagi aku , untuk kurangkan cakap bohong , senang je . Diam . Tak payah cakap banyak . Jadi je pendengar yang baik . Dari mendengar juga kita belajar sesuatu . Kita membuat analisis dan kesimpulan . Bila perlu , keluarkan pendapat . Biasanya pandangan dari orang yang pendiam ni bombastik . Kita pun kadang-kadang tak sangka cara pemikiran dorang lebih matang dari usianya. Sebab tulah wujud peribahasa " Diam ubi berisi " .


Saya pilih diam dari bohong !



Jangan menipu banyak sangat . Nanti lama-lama jadi pencuri . Bukan aku kata ' orang-orang tua yang cakap.  ~

credit to devianART for the picture ~

Monday, December 13, 2010

Petang Isnin Dengan Cerita Hari Jumaat , Sabtu dan Ahad ~

Semakin hari , penggunaan tatabahasa BM aku semakin tidak dapat diselamatkan . Segalnya dah tunggang terbalik . Dah macam ayat orang Jepun nak belajar BM.


Pening dengan tatabahasa sendiri


Meniarapnya aku di depan laptop adalah untuk berkongsi kegembiraan sepanjang hujung minggu yag lepas . My Miss Awek was here !! Sangat gembira mendengar cerita beliau , bergosip dan mengumpat . Kami juga bergaduh dengan Nia Damia yang bodoh haram tu . Sebenarnya Ms Awek yang gaduh dengan si Nia Damia tu .  Hubungan yang ada antara aku dengan si Azlan tu membuatkan aku terpaksa meminjam topeng The Mask dan berpura sopan dalam arena sound menyound orang ni. Well , saya perlu belajar bersabar untuk menjadi seorang yang profesional dan tahu membezakan personal and profession matter  untuk kecemerlangan di dunia kerjaya nanti *ke - poyo - an terserlah * .




Mulut aku yang setajam gunting


Menghabiskan masa bersama Pit and the geng memang the most awesomeness moment for my weekend . Gelak dengan Huzai yang lawak nak mati , mual dengan Jeli yang tua tapi tak matang juga hairan dengan kewujudan manusia yang semacam Rozie . Boleh dikatakan , lepaking time kali ini , mencatat sejarah sedikitnya pengaliran fulus keluar . Semua di support Rozie . Dalam aku menikmati setiap sen duitnya , aku berdoa di dalam hati , jangan anak aku jadi seperti ini . Entahlah . Tak tahu nak kategorikan dia apa . Terlampau baik atau selenga yang tak boleh nak fikir .


Sebab Rozie baik belanja aku and geng , aku samakan dia dengan kucing comel ni :)


Mendengar cerita Pit tentang perempuan , memberi aku satu persepsi betapa perempuan ni bodoh dan lelaki ni penipu . Terlalu murah dan gampang untuk dinikmati tubuhnya . Kemudian di passing kepada teman yang lain . Mungkin agaknya nasib si perempuan *atau mungkin wajar digelar betina* , dia diberi kepada lelaki yang taringnya tumpul . Tapi sebagai manusia yang diberi akal , masakan baru keluar dua kali terus diajak lelaki masuk hingga ke bilik . Sudah fitrah lelaki yang pantang nampak ikan terhidang di depan mata . Meski hakikatnya , ikan yang ada , lembik hilang segarnya . Konsep mereka , rezeki jangan ditolak , kalau ada yang nak mereka sudi memberi .Terfikir aku , dunia sekarang , bila cukup ilmu agama sahaja belum tentu menjamin kita tidak berbuat dosa besar . Apa yang penting , penerapan nilai - nilai agama dalam hidup sehari - hari , yang memberi jaminan terpeliharanya kita dari segala khilaf . Mohon aku , semoga ALLAH lindungi aku dari dosa - dosa besar .


Lelaki dan perempuan


Aku ditagged Beeha Ben untuk " Your Most Beautiful Moment Contest " . Perlu gambar yang melambangkan  masa gembira aku samada bersama teman , keluarga atau kekasih hati . Macam mana ni Beeha ? Aku jarang meng - capture - kan saat gembira aku di dalam memori kamera . Apa yang pernah ada , aku simpan ia dalam memori minda aku . Kalau saja memori tu boleh dikeluarkan dan dihebah kepada dunia .. Tapi bagaimanakah ? ~



Tuesday, December 7, 2010

1 Muharam Yang Sepi

Aku ni orang yang sangat mudah fikirnya . Kalau ada bunyi di tingkap , tak kan aku terfikir ada orang yang mahu mencungkil. Aku lebih rela berkata ada kucing nakal yang mengusik . Kalau ternampak kelibat , aku fikir , hanya mata aku yang khilaf melihat . Kalau ada bunyi aneh , mungkin cuma angin yang datang menjengah .

Begitu juga dengan hubungan yang wujud antara aku dan seorang manusia . Samada manusia itu kekasih , sahabat malah keluarga . Kadang - kadang hati aku tidak seiring bahasa tubuh aku . Atau mungkin boleh aku katakan selalu . Bila aku kata aku sayang , mungkin riak wajah aku yang cuma tersenyum nipis menyebabkan mereka tersalah sangka dengan ikhlasnya ungkapan itu . Bila ada yang mahu datang bertandang , sambutan aku yang nampak dingin macam tidak mengalukan hadir mereka . Sedangkan di hati , aku menjerit suka . Jiwa aku menyanyi gembira .

Adakah mudah fikiran aku ni , menyebabkan sering saja wujud kesalahfahaman ? Andai bisa saja aku suarakan lantang kalau yang aku butuhkan itu kamu . Bukan teman serumah yang perlu ada sekatan kalau aku ingin luah perasaan , bukan teman yang masih ada had bila aku mahu keluar melepak , makan dan menyanyi . Aku mahu kamu !!

Jarak yang ada seperti sering menimbulkan rasa yang jahat itu . Entahlah . Mungkin aku yang salah . Aku yang terlalu ambil mudah . Aku yang kurang prihatin , selalu ambil lewa , cacat dengan deria rasa . Sedangkan hakikatnya bukan begitu . Sebab inilah aku . Aku yang penting diri dan sombong . Aku yang sering sesat dalam diri sendiri .

Rindu yang ada seperti mencarik kepala aku  kejam . Rasa ngilu di hati hadir tanpa sebarang sifat mengasihani. Aku mahu dengar cerita kamu yang tak pernah habis . Aku masih ingin tahu kisah rakan kelas kamu , pensyarah Indonesia yang menurut kamu , membebel seperti  actor sinetron . Aku rela dikacau kamu tanpa henti . Aku rindu bila kamu ganggu tidur aku . Aku mahu segalanya kembali seperti dulu !!

Sepertinya benar kata orang , cinta dan rindu itu dalam manis ada pahitnya . Cukuplah . Rasanya sudah banyak aku menangis pada 1 Muharam yang mulia ini ~