Saturday, March 5, 2011

Akhir Semester


Hujung semester = Final exam.
Aku tak suka exam sebab aku tak suka mengadap buku lama-lama. Senang kata, aku cepat bosan kalau buat satu-satu benda yang makan banyak detik jarum jam aku. 

Seminggu lebih terperap kat rumah, aku sikit lagi nak jadi gila. Bosan. Nak muntah lewah rasanya. 
Cepatlah waktu berjalan. Aku ada banyak benda nak buat cuti semester ni. Pening kepala aku cari jalan keluar untuk setiap rangka masalah yang ada dalam otak aku.

Dalam loya pening aku, aku kenal dekat dengan seorang kawan. Kawan yang selalu nak mengekor mana sahaja kitorang pergi dan nak tahu setiap inci hal yang kitorang buat. Pelik bila kami jadi rapat sebab dia menurut aku bukan jenis mesra alam. Apapun, welcome to the club, Fitrey ! :)

Notakakitangan: Waktu exam macam ni, buat aku rindu Batang Berjuntai, Rumah No 35, Taman Ilmu, orang-orangnya dan dia yang jadi sejarah ~


Wednesday, March 2, 2011

Jangan Salahkan Orang Bila Bala Itu Kau yang Cari Sendiri.

Malam panjang. Masih di KFC Seksyen 7 menyiapkan sisa tugasan. Ada Jiejah, Asha dan Fitrey di sebelah. Entahlah. Bagi aku, Seksyen 7 sentiasa meninggalkan banyak kesan di hati. Tempat jatuh bangun, suka luka tawa dan air mata. Setiap jalan dan lorong serta gerainya, ada kisah yang pernah terpahat di dada.


Aku di gugah dengan satu PM di Facebook yang tak aku sangka pengirimnya. Seorang perempuan yang pernah jadi duri dalam hubungan aku dan lelaki. Tapi itu semua sejarah. Tiada apa perlu aku ungkit lagi. Tapi, memang aku sangat terkejut dengan pesan ringkas yang padat dengan rasa tidak selamat. Sarat bertanya tentang hubungan  yang ada antara aku dengan si Jantan. Tak lekang dengan cerita-cerita itu ini sana sini. Aku cuma mampu ketawa besar. Senyum sepanjang di KFC. Jahatnya aku. Rasa tidak selamat sang Betina sangat ampuh memahat tawa dan emosi gembira aku.

Kenapa perlu sekarang kau ribut bertanya 1001 soalan tentang aku dan dia? Kenapa perlu sekarang kau korek segala kenangan yang ada? Kenapa perlu kau tahu setiap kisah yang pernah berlalu seiring dengan lari jalannya masa? Sebab kau rasa takhta gemilang kau tidak kuat menampung berat rasa kau? Sebab kau baru tersedar dari mimpi manis lembap tidur senja? Atau mungkin kerana akhirnya kau jadi perempuan gedik yang bijak menilai. Sungguh aku tak sabar menunggu hari esok. Aku mahu tahu setiap balasan kau untuk setiap bait kata aku.

The insecurities of yours turn my damn serious night into a boomed of laugh.

Aku baru ber-chatting dengan seorang teman lama masa sekolah dulu. Kami pernah jadi seorang yang agak rapat dan sentiasa ada dalam setiap jahat yang aku buat. Mengimbau cerita lama memang memberi perasaan yang sangat selesa dan tenang. Tapi bila dia kerap menzahirkan keberuntungan aku kerana berjaya bergelar pelajar di peringkat sarjana muda dan mengeluh dengan nasibnya dan menyalah orang sekelilingnya, aku mula jengkel.

Tolonglah faham. Dan tolong jadi pandai. Sikit pun cukup. Kenapa perlu salahkan orang bila kita gagal? Kenapa perlu tunding jari bila dosa pahala itu kita yang cari? Kenapa perlu berapi tegakkan benang basah bila bala yang datang, kita yang cari sendiri? Aku memang tak faham dan tak akan faham. 

Manusia 1: Untung kau. Kerja gaji besar sekarang. Sedang aku, masih terkial mencari lobang untuk sejemput rezeki yang jauh sebatu untuk aku katakan cukup.

Manusia 2: Apalah sangat gaji besar. Tiap-tiap bulan, masih ada waktu aku berpuasa menahan lapar. Lagi besar gaji, lagi banyak belanjanya. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada.

Manusia 1: Kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin. Ni semua salah mak bapak aku yang manjakan aku sangat. Penuhkan saja setiap mahu aku tanpa bunyi. Salah kawan aku yang ajak melepak dari mengulangkaji. Sampai aku jadi bodoh bila kertas soalan dan jawapan ada di hujung jari. Juga salah kakak abang aku yang tak paksa aku untuk ambil SPM lagi sekali dan masuk Universiti macam mereka.Kalau tak,mungkin sekarang aku kerja sedap, boleh pakai kereta besar, boleh makan mewah di tempat gah.

Nah. Nilah yang aku maksudkan. Dalam senarai mereka yang bersalah, tiada satu pun kesalahan itu di tunding ke muka sendiri. Memang mak bapak kau tunaikan segala mahu kau sebab menurut mereka, melengkapi keperluan kau adalah tanggungjawab mereka. Memang kawan kau ajak kau melepak, tapi takkan tiada antara mereka yang pernah menjemput kau mengulangkaji bersama? Tapi, yang sia-sia itu yang kau pilih. Memang kakak abang kau tak paksa kau ulang SPM, sebab menurut mereka, walau semacam tsunami nasihat mereka curahkan pada kau, akhirnya hanya angin lalu yang menghirup zat baik nasihat mereka.Jadi sekarang salah siapa? 

Don't ever put a blame to others. Look at mirror and whisper to your ears everything happened is a consequences of a choices you've made.

Pilihan itu ada. Tapi yang memutuskan jalan mana yang diambil, itu semua ada di tangan kau. Buruk baik kesannya, kau yang kena hadap sendiri. Tak perlu kalut tunding jari telunjuk dekat muka-muka orang sekeliling kau. Buat orang loya muntah hijau lagi ada dengan perangai tak semenggah kau tu.