Monday, November 29, 2010

Benda yang Paling Susah Untuk Dibuat oleh Seorang Syarliza


Aku mahu dari baby yang montel ni , aku bertukar seperti ini

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Supermodel terkenal Adriana Lima !!!!

Hahahahahaha
Inilah yang dikatakan orang yang tidak pernah tengok cermin seumur hidup . Takkanlah aku yang comel ni boleh bertukar menjadi supermodel yang hot , cun , cool , flawless , elegance , adorable bla .. bla .. bla..

Untuk orang yang sangat suka dan gilakan makanan macam aku ni , DIET adalah musuh aku ! Tapi kalau aku tak ber- SAHABAT dengan musuh aku , peratusan untuk aku menjadi generasi kedua Kuman Kumin sangatlah tinggi. Jadi dengan ini , aku menghulurkan tangan kepada Miss DIET sambil buat muka tak rela dan berkata " Nice to meet you , miss . Hope we have a great bond FOREVER !! "

ps :: Aku nak kurus sikit je . Taknak banyak . Aku tak suka kalau badan aku menjadi sasaran penggemar sup tulang . HAHAHAHA :D

Sunday, November 21, 2010

Semester Tanpa Awek Di Sisi Setiap Hari ~

Siapakah jejaka hensem ini ?

Jom kasi gambar yang lebih jelas :)


Owh Gu Jun Pyo ku.. ~


Mamat ni sangat hensem. Aku admirer dia dah lama. Sejak dia keluar dari perut mak dia lagi. *owh , eja qorea kencing*



Apa kena mengena beliau dengan awek aku ? Awek aku di saat akhir perpisahan kami kerana jarak Batang Berjuntai dan Shah Alam yang jauh tu , awek selalu duk sebut-sebut nama beliau. Awek , aku rindu kau !

Seharian tanpa awek , aduh , waktu makan aku kucar lana. Perut aku sarat angin total. Mummy , aku lapo ! Tapi selera takde. Sebab takde geng dan paksaan dari awek. Bangun lewat tengah hari. Tido tanpa sebarang gangguan. Hahahahaha. Wah , bab tu memang nikmat !

Awek , cepatlah datang. Nak harapkan aku heading ke Batang Berjuntai dengan BEN aku tuh , memang boleh patah pinggang aku. Aku nak gosip !!! Waaa :( Sedih ! Aku dah takde geng gosip full time.!


Teka - teki :: Siapakah awek aku tuh ? :)

Friday, November 12, 2010

Apa Yang DIA Kasi




*All I need is wing*


PS :: Allah bagi apa yang kita perlu , tidak apa yang kita mahu :D

Saturday, November 6, 2010

Jam yang tidak akan berhenti detiknya ~



Tadi dengar perkhabaran dari seorang teman yang jika di izin Tuhan beliau akan menjadi seorang isteri hujung tahun depan.

Oh .. oh.. oh.. Rupanya begini rasa mengetahui si Teman akan melangkah ke satu putaran baru hidupnya. Bahagia sampai ada titis air di mata. Walaupun belum dipastikan lagi , gembira itu tetap ada.

Roommate cinta ::

~ Semoga lelaki itu adalah orang yang Allah ciptakan kamu dari rusuknya.
~ Semoga restu-Nya sentiasa mengiringi kamu , dunia akhirat.
~ Tahukah kamu , rasa kebercukupan itu yang membuat kamu redha dengan takdir Allah ? :)



p/s :: Kena start diet. Aku nak jadi gadis hot kat majlis engkau nanti. hehehehehe :D Aku cinta kamu juga ~

Tuesday, November 2, 2010

Saya Perempuan Gedik..??

Blog saya sangat comel. Pinky and bear. Hahahahahaha..

Tapi bukan bermakna aku perempuan gedik. Euw..! What is gedik..? I'm brutal metal ok..!

Semoga Cinta yang Ada Tidak Membuat Aku Buta dan Pekak

I’ve walked away from love,
Waving into blind eyes...
(Blind by Rebela-Wanted)

Rasanya cukup aku dijamu ceritera cinta luka pedih. Sepertinya pengalaman "mereka-mereka" itu meruah untuk aku jadikan pengajaran dan panduan. Diam aku bukan maksudnya aku bodoh. Sebab sekali aku bersuara bererti tiada maaf untuk mereka yang kononnya pandai itu.

Untuk Mama, jangan kamu risau andai anakanda mu yang belum matang fikirnya, terjerumus dalam fantasi kasih sayang yang kononnya indah semata. Aku hidup dalam realiti. Doakan aku mama. Semoga cinta yang aku nikmati, beratnya disebelah pertimbangan neraca yang namanya akal dan hanya sedikit ruang hati yang aku gunakan.


Untuk Dia, memang aku cinta kamu. Aku boleh menerima segalanya asalkan tiada bohong yang kamu ciptakan. Tapi aku bukan seperti perempuan-perempuan biasa itu. Selagi tiada keputusan diikat, selagi itu kamu bebas bersuara. Tapi sekali terpatri keputusannya, tiada apa yang mampu menggoyahkan dan meleraikan ikatan itu. Tiada apa pun kecuali Allah.