Thursday, September 9, 2010

Mungkin Sudah Tiba Masanya..? ~

4.35 am. Tak boleh tidur. Aku insomnia ke? Mungkin sebab selalu berjaga malam , badan aku pun dah biasa tidur siang. Tapi tidur siang bahananya melemahkan badan. Tak payah tunggu lama , sekarang pun aku dah rasa kesannya. Bukan setakat lemah , malah merugikan masa. Kalaulah aku hidup di dunia Vampire.. *aku dan angan-angan lagi*..


Tak tahu nak buat apa , aku pun berdating dengan Encik Google. Rasa macam nak muhasabah diri pulak pagi-pagi ni. Dan hasilnya , aku bertemu satu ilmu. Website seorang anak lelaki yang usianya 20 tahun tapi punya fikiran yang matang , mampu menyentuh hati dengan penulisannya dan buat aku berfikir , " Betapa jauhnya aku dari DIA.."

Lelaki yang bernama Hilal Asyraf ni sangat sederhana orangnya. Penyampaiannya mudah dan dekat dengan jiwa orang muda yang darahnya panas seperti aku. Motivasinya , koleksi cerpennya , novelnya , puisinya , segalanya tentang karya beliau adalah berkenaan Islam dan sangat mudah difahami. Tulisannya tidak berkenaan hubungan dengan ALLAH semata , tapi turut merangkumi hubungan dengan ibubapa , hubungan antara guru dan muridnya , persoalan berkaitan cinta dan kehidupan seharian dan banyak lagi. Membaca karyanya membuat kita fikir sendiri tentang iman yang ada dalam diri serta menilai kembali apa yang sering kita lakukan dalam menempuh hari-hari yang setia datang dan pergi.

Terdetik di benak aku , mungkin sudah sampai masanya untuk aku berubah.. Mungkin ALLAH sedang memberi petanda yang aku makin jauh dari-Nya , sudah tiba masanya aku memperbaki diri dan kembali sujud menyembah-Nya. Mungkin juga DIA memberi clue yang aku sudah lama tidak meminta dan merengek kepada-Nya , apatah lagi menangis kerana takutkan neraka-Nya.. Mungkin dan terus mungkin..~

Dan aku juga memang mahu berubah dan dekat dengan-Mu , Ya Rabb..!

2 comments:

finas said...

pasal benda-benda mcm ni kau suka ckp kosong

hentikan semua propaaaaaaaaaaaaaaaa!!

:D

Eja Qorea said...

perubahan yang drastik tak kekal lama. biarlah segalanya bermula secara berperingkat , perlahan-lahan. Aku xnak kuantiti tapi aku mau kualiti. Mungkin orang tak perasan , tapi aku tau Allah sedar perubahan aku tu.

lagipun , aku nak bila aku berubah , perubahan tu kekal selagi aku hidup. bagi aku , takde gunanya perubahan kalo sekadar melepaskan batuk ditangga. Perubahan perlukan istiqamah.. dan moga dimudahkan jalan aku untuk itu

Bukan sindiran , sekadar renungan..~