Saturday, September 4, 2010

Kisah Aku dan 31 0gos Part 2..~

Dalam sehari 2 post. Wah , aku dilimpahi idea untuk menggarap jiwa dan rasa. Sebenarnya tadi aku bermimpi. Ada suara bertanya , " Siapakah kamu pada 22 tahun ini..? "

Diam.
Berfikir.
Menggali dan mencari.

.......................................................

Aku berdiskusi tentang seorang AKU..!

22 tahun. Jangka waktu yang panjang. Sangat . Seorang pemimpin bisa mencorak pimpinannya yang bakal meninggalkan kesan sepanjang pemerintahannya. Seorang Abah boleh menjadi kaya andai wang dilaburkan atas puterinya disimpan kemas dalam peti karunnya. Seorang Mama akan tiada kesan urat yang timbul di kaki andai tidak wujud seorang perempuan iaitu aku di dunia. Dan seorang adik tidak akan dipanggil Kak Cik kira aku tidak pernah di jemput ke bumi ALLAH ini.

....................................................

Aku memahami seorang AKU..!

Bagaimana ada orang yang bilang , bahawa dia kenal siapa aku..? Bukan hanya kenal pada nama , tapi turut pada sikap dan jiwa rasa. Sedang aku sering asing dengan diri sendiri. Sedang aku si empunya badan dan nafas , sering keliru dengan fikiran sendiri. Bagaimana mereka yang mengenal aku sedetik cuma , mampu menyimpulkan aku manusia sejenis apa..? 

Ketawa.
Propaganda untuk seorang Kerdil seperti Aku..!

.......................................................

Aku mengenal seorang AKU..!

  • Aku seorang yang sangat mudah marah apabila kataku disangkal tanpa adab.
  • Aku menjadi seorang yang penting diri andai kamu meminta dengan egois dan lancang.
  • Aku seorang defensif bila keluarga jadi taruhan.
  • Aku seorang agresif bilamana aku bersantai dengan mereka yang dekat sebagai teman.
  • Aku bertukar pasif bila bertemu orang baru yang perlukan penilaian.
  • Aku menjadi aku yang manja dan mengada bila aku berbicara dengan dia yang ilhamkan bahagia.
  • Aku boleh menjadi pendengar tetapi tidak yang menyelesaikan masalah.
  • Aku sering lepas laku tatkala hati aku berbunga riang.
  • Aku yang dingin dan sepi ketika aku sedang berfikir dan punya masalah.
  • Aku yang jahil dalam meng-esperisi-kan rasa.
  •  Aku yang sukar marah dan memaafkan.
  • Aku yang bolah menjadi seorang pendendam yang maha hebat.
  •  Aku yang sering agony kerana tewas dalam perang antara aku dan nafsu.
  •  Aku yang sangat egois bila mahu menyapa mereka yang menyakiti aku.
  • Aku menghargai mereka yang hadir dalam perjalanan kehidupan aku.
  • Aku yang sering mahukan pujian.
  • Aku yang benci merengek dan meminta.
  • Aku yang berdikari.
  • Aku yang boros dan sering membazir.
  • Aku yang sangat cinta pada Tuhan dan Rasul-Nya , keluarga , teman dan dia.
Dan bla , bla , bla... Terlalu banyak sampai tak daya aku ungkaikan lagi.
.........................................................................

Aku pada seorang KAMU..!

Terpulang untuk kamu mahu berfikir dan menyimpul apa tentang aku. Aku siapa untuk menghalang segala rasa dan buah minda kamu. Apa mampu aku katakan , kenali aku. Selami hati budi aku. Aku memang seorang yang sombong dan angkuh pada riak wajah aku , tetapi tidak bermakna isi naluri dan sanubari aku juga begitu.

Eja Qorea offline..~ 



No comments: