Saturday, June 19, 2010

Wasilah Cinta...~

Cinta...? Apa maknanya cinta? Ada apa dengan cinta.? Poyo je aku ni nak cakap pasal cinta. Tapi tak salah kan..? Sebab semua manusia punya hak dan pendapat serta pandangan peribadi tentang cinta..

Cinta adalah anugerah Allah yang sangat indah. Semua makhluknya berhak dan ada perasaan ingin dicinta dan mencintai. Cinta perlu dilihat dalam konteks yang luas. Menjadi kebiasaan untuk manusia beranggapan bahawa rasa cinta itu hanya untuk kekasih. Sedangkan kalau dilihat secara menyeluruh , perasaan terhadap Pencipta dipanggil cinta , rasa yang ada untuk ibu bapa dan keluarga turut digelar cinta malahan kasih untuk haiwan juga dipanggil cinta.

Apa itu cinta untuk seorang manusia yang bernama Nur Syarliza binti Che Samsuri? Aku sendiri sudah memiliki cinta dari keluarga aku dan sahabat-sahabat aku. Cinta mereka yang melimpah ruah ini sudah cukup membahagiakan hidup aku. Walau aku kontang dari cinta seorang abah tapi itu bukan bermakna aku tidak gembira.

Sebenarnya aku pun pelik , kenapa tetibe jer cara penulisan aku untuk entry ni cam jiwang sikit. Ayat pun cam tak leh blah. Tak kan lah sebab cite pasal cinta ayat tetibe cam serius plak kan? Selalu sangat baca ayat cinta yang ala-ala sopan dan skema ni. Tapi sangat sedikit yang bercakap soalnya cinta ni dalam bentuk yang lebih bersahaja , spontan dan relaks. Tak r pening kepala otak nak cerna.. Lagipun buat apa lah nak sangat mengagung2kan cinta ni sedangkan dia pun datangnya dari Allah. Bererti cinta juga sejenis makhluk. Cuma kita tak tau jer camne rupanya..

Apakah jenis cinta yang aku impikan..? For sure lah jawapannya , aku sangat mahukan cinta dari Allah dan Rasulnya. Selain itu aku juga mengimpikan cinta dari seorang lelaki. Cinta antara seorang Adam Dengan Hawanya.

Aku sangat tertarik dengan kata-kata Weera , watak dalam novel Wasilah Cinta Weera.

" Ingat aku, suamimu ,
Aku mahu ada dekat denganmu ,
Selalu ada dalam hati dan batin mu ,
Aku mahu ada dalam setiap doamu..."

Ya Tuhan , betapa indahnya kata-kata itu. Walupun ringkas tapi mencatatkan 1001 pengertian bagi mereka yang mahu memahami maknanya. Luahan hati seorang suami yang mahu sang isteri sentiasa mengingati dirinya dalam apa jua keadaan , mencintainya setiap masa dan memahami fitrah dan tangungjawab seorang isteri..

Aku sentiasa mahukan seorang teman hidup yang memahami , menerima segala lebih dan kurangnya aku , mampu membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya. Tapi untuk mendapatkannya aku perlu terlebih dahulu berubah. Seperti yang tertera dalam hadis , " Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik , begitu juga sebaliknya.

Aku juga sangat berharap cinta yang ada untuk aku , yang tertulis untuk aku menikmatinya , adalah berlandaskan kerana Allah. Aku mahu hubungan yang terjalin antara aku dan dia adalah diatas keredhaan-Nya. Aku sangat percaya , segala apa yang dilakukan dengan niat yang betul akan berkekalan hendaknya. Aku mahu cinta seorang lelaki yang bakal menjadi milik aku nanti menjadi cinta aku yang pertama dan terakhir. Sebab aku taknak cinta yang ada antara aku dan dia akan dibanding2kan dengan cinta aku sebelum dia dan aku berat untuk menggantikan cintanya dengan yang lain. Jadi, biarlah cinta itu menjadi yang pertama dan terakhir.

Aku mahu cinta kami berakhir dengan perkahwinan dan aku tidak keberatan untuk bercinta selepas nikah. Bagi aku , ikatan yang halal akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam jiwa aku. Dan aku sangat bersyukur kerana Allah menciptakan aku bersama sifat yang tidak suka disentuh oleh lelaki bukan muhrimku. Aku rasa kurang selesa. Tapi yang peliknya, aku pun ada perangai suka pegang2. Ringkasnya , aku tak suka orang pegang aku , tapi aku suka pegang orang. Mungkin ni sikap buruk aku yang perlu aku ubah dalam usaha aku mencari seorang lelaki yang baik.

Aku pernah terbaca , persahabatan membuatkan sesebuah perkahwinan bertahan. Cinta yang meledak-ledak akan pudar dengan cepat tetapi kasih-sayang seorang sahabat akan kekal selamanya. Dan sebenarnya aku sangat setuju dengan pendapat ni. Sebab sejauh mana pun seorang sahabat , selama mana pun tidak berjumpa tapi rasa sayang yang ada untuk sahabat sentiasa mekar dalam hati. Tapi cinta untuk boyfriend akan hilang dimamah masa. Pernah ke ada orang yang cinta balak dia walaupun dah clash? Mungkin kita akan teringat tapi itu sekadar ingatan jer. Taktau lah orang lain sebab aku memang orang yang macam tu. Sebab tu dalam hidup aku , kekasih menduduki tempat terakhir dalam carta.

Moga , Allah memberi aku kemudahan dan kelapangan dalam hal yang satu ini...~

No comments: