Cuti dah nak habis. Dah boleh kira ngan jari kaki tangan dah pun. Ini bermakna , semakin dekat hari aku nak balik Taman Ilmu. Aduh.. Ni yang wat kepala otak aku sesak ni. Biasanya setiap sem mesti aku excited nak balik. Nak jumpa finas yang nakal , budak2 umah yang lain , budak2 kelas. Banyak benda nak sembang. Tapi sem ni , perasaan excited tu ade tapi kurang sikit. Sebabnya sedikit sebanyak dipengaruhi ngan krisis aku ngan budak umah aku sem lepas.
Aku ni memang jenis manusia yang susah nak marah. Kadang-kadang kalo roommate aku tengah berapi-api marah pasal member-member kitaorang, tapi perasaan aku boleh cool je lagi. Sama gak dengan situasi sekarang ni. Walaupun aku ade meluahkan perasaan kurang senang aku masa tu , bukan bermakna aku marah. Aku cuma rasa tak puas hati. Setakat tu je. Tapi , bila minah tu start send mesej bodoh kat aku tanpa usul periksa , memang nak uji tahap kesabaran aku lah tu. Dah berapa kali aku cakap , kalo ada tak puas hati dengan aku ker , marah , terasa , hati kecik , ape-ape jelah perasaan tak best pasal aku , just throw it out. I'm growth enough to accept any comment, critics or anything. Atau dengan bahasa mudahnya aku bukan budak-budak. Aku dah 22 tahun. Just come and face me and say it. Its simple rite? Ni bila dah send mesej camtu , memang silap besar lah..
Tu tak masuk lagi time minah tu duk fire2 aku dalam FB. Time 2 aku tak kisah lah sebab tu memang salah aku. Tapi duk sound aku cam2 , masalah pun tak selesai , kan lagi baik kalo ambil inisiatif datang berbincang elok-elok. Kan settle masalah. Tapi sebab time tu memang salah aku , jadi menjadi kewajipan aku lah yang pergi slow talk ngan die. Cakap punya cakap , tu semua salah faham je. Takpe lah. Aku pun berharap dalam hati aku supaya lepas ni perkara macam ni tak jadi lagi.
Tapi bak kata Adnan Sempit "Banana fruits two times". Jadi lagi. Jangka waktu dekat. Ni sebab gara-gara mulut dia yang cakap tak serupa bikin tu. Cerita nye camni. Balak dia member kitaorang gak. Agak baik r ngan budak umah tu sampai umah kitaorang dah jadi istana hinggap dia dah. Tak kisah r tu sebab kitaorang memang merelakan mamat tu lepak kat situ. Pastu dorang pun clash. Daripada info orang yang bolaeh dipercayai , dorang ni memang camni. Clash pastu baik balik. Camtu lah kitaran relationship dorang. Lantak korang r. Bukan kacau hidup aku pun. Kitaorang tetap kawan je ngan mamat ni. Kadang-kadang call gak ex minah ni ajak lepak , shisha , karaoke.. Macam biasa cuma takde dia. Mula-mula, masa awal-awal clash dulu , minah ni gak cakap taknak ambik tau pasal ex dia ni. Kalo kitaoarang nak sembang pasal ex dia , jangan depan dia. Kitaorang pun respect r sebab dah 2 yang dia nak. Sehabis boleh cover depan dia takut terkeluar nama mamat ni , nanti karang dia sedih pulak.
Dalam masa tu dia rapat ngan sorang guy ni. Tiap-tiap malam keluar ngan guy ni balik pagi. Tak kisah lah , itukan hidup korang. Nak dijadikan cerita , masa aku ngan dia lepak kat hall umah sewa kami tu , sembang punya sembang , dia pun suruh aku cite pasal ex dia tu. Aku cite jelah dah orang suruh. Siap ada adegan air mata lagi. Nak dipendekkan cerita , minah ni pun couple balik ngan ex dia tu . Tapi dalam masa yang sama , dia tetap keluar dengan that guy tu. Balak dia ni pulak , sibuk mesej-mesej aku tanya awek dia wat ape , kuar ngan sape , balik kul berape. Aku nak cite pun serba-salah. Sebab dua-dua member. Sebab mamat ni paksa aku sangat , aku cite lah sikit. Tu pun cover lagi aktiviti dia tu. Ape lagi ko nak minah..? Aku tak pernah gatal-gatal bukak mulut cite kat balak ko ape-ape tau. Dia yang mesej tanya aku macam-macam dulu. Ko pun tau camne perangai mendesak balak ko tu. Mamat ni pun bodoh. Bukan sekali minah ni wat perangai camni tapi nak lagi. Percaya lagi cakap dia. Kalo ko nak kat dia sekalipun , tak menyusahkan kitaorang takpe. Ni, dah r time sembur awek ko tu , ko petik nama aku. Xreti langsung nak cover member.
Pastu minah ni nekad pegi kat balak dia. Masa ni lah dia send mesej bangang tu. Buat pengetahuan ko minah , apa yang aku gelak kan sangat tu bukan dekat ko tapi dekat balak ko 2. Lain kali ada mulut tanya. Jangan wat perangai bodoh sombong tu. Bukan susah pun. Takkan nya aku nak jerkah ko kalo ko tanya aku. Sejak keluar pergi jumpa balak dia ari tu , terus tak balik umah sewa kami ni. Takut agaknya. Pastu bila balik , bawak balak dia balik sekali tido kat hall tu. Agak2 lah. Sebelum2 ni , kitaorang tak kisah sebab masa tu takde krisis ape-ape lagi. Ni, kitaorang pun tak sejuk lagi , ko buat plak perangai camtu. Ko ingat kitaorang duduk free tak bayar sewa kat umah tu..? At least tanya lah. Bagitau sepatah dua. Bukan kitaorang takde hati perut nak biar balak ko balik jauh-jauh walaupun kami tau dia demam. Sekurang-kurangnya , sejuk sikit hati. Ni tak. Dah lah wat muka bodoh je. Tegur pun taknak. Pastu dah aku tegur ko tu, maknanya aku dah bagi space r kat ko nak wat cam biasa. Ni boleh plak ko wat tak tau kan...? Geram betul aku. Rasa cam nak sepak pun ade. Tapi karang , tak pasal2 aku kena pukul plak ngan balak ko tu. Yelah kan, balak ko kan Taiko besar...
Kesimpulannya kat sini , lain kali jangan aku nak menyibuk sangat ngan hal rumahtangga orang. Tapi sekarang, kalo aku wat taktau , dia gatal-gatal suruh aku ambik tau. Bila aku ambik tau , dia cakap plak jangan aku sibuk nak masuk campur hal dia. Hidup dia , biar dia yang tentukan. Lepas ni lantak ko lah. Jangan ko plak yang terhegeh-hegeh cari kitaorang kalo ko ade problem ngan balak ko 2. Bahagia r korang hendaknya..~
No comments:
Post a Comment