Wednesday, May 25, 2011

Mimpi

Aku mimpi buruk hari ini. Jojo dan kakak meninggal. Sedar-sedar, aku tengah menangis tersedu. Terus aku call kakak tanya khabar. Aku call abang, minta bicara sama Jojo. Tuhan, panjangkan usia aku dan keluarga. Aku belum sedia untuk hilang mereka.

Sungguh, aku rindu mama dan adik-adik. Juga abah. 

Friday, May 6, 2011

Aku yang Baru

Aku pelajar yang bergelar pekerja sekarang. Pagi ke kelas dan petangnya berkejar ke tempat kerja, memang meletihkan tapi ada juga cerita-cerita gembiranya. The best part is, I met a great people with an extremely hilarious behavior dan digelar Geng Kambing. Aku gelak macam orang gila setiap hari !

Dan disana, aku jatuh sayang dengan seorang teman. Dia lawak dan cara dia bersosial dengan orang sekeliling yang membuat aku terlanjur sayangkan dia lebih dari seorang kawan. Dan memang sifat semulajadi aku yang berterus-terang, I told him that I like him. Silapnya aku kali ini, hati aku pilih orang yang salah. Dia kepunyaan seorang perempuan yang setia bersama dia dari zaman gemuk hingga ke era kurusnya. Sedangkan aku benci orang ketiga, takkan mungkin aku terlibat dalam dunia cinta bersegi. Aku cuba menjauh tapi kelibat dia yang sentiasa ada di mata, menyukarkan usaha aku. Ditambah dengan tingkah dan lisannya yang kadang membuat aku fikir seperti kami berkongsi rasa yang sama. Atau mungkin naluri aku yang silap meneka.

A few days ago, I got a phone call from B. Kadang aku pelik. Antara kami macam ada connection. Setiap kali terdetik hati aku fikirkan dia, pasti ada panggilan yang akan menyusul pada hari berikutnya. Kalau sekali dua, mungkin kebetulan. Tapi kerapnya hal ini terjadi buat aku musykil dari hari ke hari. Dan dia masih seperti dulu. Tiada yang berubah. Bila aku sudah beransur lupakan dia, pasti dia datang menarik aku kembali dalam genggamannya. Dalam hubungan dia dan si gedik, masih keluar dari mulutnya hasrat dia yang mahu bersama aku meneroka hari-hari yang akan datang. Sumpah ! Sampai bila pun aku tak faham apa yang dia mahukan sebenarnya. Men is tremendously hard to understand.

Saturday, March 5, 2011

Akhir Semester


Hujung semester = Final exam.
Aku tak suka exam sebab aku tak suka mengadap buku lama-lama. Senang kata, aku cepat bosan kalau buat satu-satu benda yang makan banyak detik jarum jam aku. 

Seminggu lebih terperap kat rumah, aku sikit lagi nak jadi gila. Bosan. Nak muntah lewah rasanya. 
Cepatlah waktu berjalan. Aku ada banyak benda nak buat cuti semester ni. Pening kepala aku cari jalan keluar untuk setiap rangka masalah yang ada dalam otak aku.

Dalam loya pening aku, aku kenal dekat dengan seorang kawan. Kawan yang selalu nak mengekor mana sahaja kitorang pergi dan nak tahu setiap inci hal yang kitorang buat. Pelik bila kami jadi rapat sebab dia menurut aku bukan jenis mesra alam. Apapun, welcome to the club, Fitrey ! :)

Notakakitangan: Waktu exam macam ni, buat aku rindu Batang Berjuntai, Rumah No 35, Taman Ilmu, orang-orangnya dan dia yang jadi sejarah ~


Wednesday, March 2, 2011

Jangan Salahkan Orang Bila Bala Itu Kau yang Cari Sendiri.

Malam panjang. Masih di KFC Seksyen 7 menyiapkan sisa tugasan. Ada Jiejah, Asha dan Fitrey di sebelah. Entahlah. Bagi aku, Seksyen 7 sentiasa meninggalkan banyak kesan di hati. Tempat jatuh bangun, suka luka tawa dan air mata. Setiap jalan dan lorong serta gerainya, ada kisah yang pernah terpahat di dada.


Aku di gugah dengan satu PM di Facebook yang tak aku sangka pengirimnya. Seorang perempuan yang pernah jadi duri dalam hubungan aku dan lelaki. Tapi itu semua sejarah. Tiada apa perlu aku ungkit lagi. Tapi, memang aku sangat terkejut dengan pesan ringkas yang padat dengan rasa tidak selamat. Sarat bertanya tentang hubungan  yang ada antara aku dengan si Jantan. Tak lekang dengan cerita-cerita itu ini sana sini. Aku cuma mampu ketawa besar. Senyum sepanjang di KFC. Jahatnya aku. Rasa tidak selamat sang Betina sangat ampuh memahat tawa dan emosi gembira aku.

Kenapa perlu sekarang kau ribut bertanya 1001 soalan tentang aku dan dia? Kenapa perlu sekarang kau korek segala kenangan yang ada? Kenapa perlu kau tahu setiap kisah yang pernah berlalu seiring dengan lari jalannya masa? Sebab kau rasa takhta gemilang kau tidak kuat menampung berat rasa kau? Sebab kau baru tersedar dari mimpi manis lembap tidur senja? Atau mungkin kerana akhirnya kau jadi perempuan gedik yang bijak menilai. Sungguh aku tak sabar menunggu hari esok. Aku mahu tahu setiap balasan kau untuk setiap bait kata aku.

The insecurities of yours turn my damn serious night into a boomed of laugh.

Aku baru ber-chatting dengan seorang teman lama masa sekolah dulu. Kami pernah jadi seorang yang agak rapat dan sentiasa ada dalam setiap jahat yang aku buat. Mengimbau cerita lama memang memberi perasaan yang sangat selesa dan tenang. Tapi bila dia kerap menzahirkan keberuntungan aku kerana berjaya bergelar pelajar di peringkat sarjana muda dan mengeluh dengan nasibnya dan menyalah orang sekelilingnya, aku mula jengkel.

Tolonglah faham. Dan tolong jadi pandai. Sikit pun cukup. Kenapa perlu salahkan orang bila kita gagal? Kenapa perlu tunding jari bila dosa pahala itu kita yang cari? Kenapa perlu berapi tegakkan benang basah bila bala yang datang, kita yang cari sendiri? Aku memang tak faham dan tak akan faham. 

Manusia 1: Untung kau. Kerja gaji besar sekarang. Sedang aku, masih terkial mencari lobang untuk sejemput rezeki yang jauh sebatu untuk aku katakan cukup.

Manusia 2: Apalah sangat gaji besar. Tiap-tiap bulan, masih ada waktu aku berpuasa menahan lapar. Lagi besar gaji, lagi banyak belanjanya. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada.

Manusia 1: Kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin. Ni semua salah mak bapak aku yang manjakan aku sangat. Penuhkan saja setiap mahu aku tanpa bunyi. Salah kawan aku yang ajak melepak dari mengulangkaji. Sampai aku jadi bodoh bila kertas soalan dan jawapan ada di hujung jari. Juga salah kakak abang aku yang tak paksa aku untuk ambil SPM lagi sekali dan masuk Universiti macam mereka.Kalau tak,mungkin sekarang aku kerja sedap, boleh pakai kereta besar, boleh makan mewah di tempat gah.

Nah. Nilah yang aku maksudkan. Dalam senarai mereka yang bersalah, tiada satu pun kesalahan itu di tunding ke muka sendiri. Memang mak bapak kau tunaikan segala mahu kau sebab menurut mereka, melengkapi keperluan kau adalah tanggungjawab mereka. Memang kawan kau ajak kau melepak, tapi takkan tiada antara mereka yang pernah menjemput kau mengulangkaji bersama? Tapi, yang sia-sia itu yang kau pilih. Memang kakak abang kau tak paksa kau ulang SPM, sebab menurut mereka, walau semacam tsunami nasihat mereka curahkan pada kau, akhirnya hanya angin lalu yang menghirup zat baik nasihat mereka.Jadi sekarang salah siapa? 

Don't ever put a blame to others. Look at mirror and whisper to your ears everything happened is a consequences of a choices you've made.

Pilihan itu ada. Tapi yang memutuskan jalan mana yang diambil, itu semua ada di tangan kau. Buruk baik kesannya, kau yang kena hadap sendiri. Tak perlu kalut tunding jari telunjuk dekat muka-muka orang sekeliling kau. Buat orang loya muntah hijau lagi ada dengan perangai tak semenggah kau tu. 



Thursday, February 24, 2011

Manusia dan Persepsi

Semester ini semester paling sibuk. Dengan assignment dan presentation, test dan kuiz serta syllabusss yang menunggu giliran untuk ditamatkan. Exam tak sampai seminggu, tapi aku masih ada 2 presentations, 2 assignments dan 2 test yang sedang menunggu. Penat dan loya.

Tapi, dalam sibuk aku, masih ada kesempatan untuk aku berkenalan dengan seorang teman. Teman yang sudah lama dilihat kilasnya, tapi baru mahu ditegur jasadnya. Dia seorang lelaki Melayu berwajah cina yang sangat mengagungkan perempuan lemah lembut sampaikan perempuan seperti aku dipandang leceh tanpa dia sedar.


Mungkin jadi perempuan lembut, perlu buat tangan macam si Usop. Haha

Aku sudah biasa dengan type lelaki yang pandang aku seperti sampah hanya kerana perwatakan aku yang kasar dan sosial *kata mereka*. Tak perlu melenting kerana aku sedar diri. Aku bukan perempuan ayu gedik yang terkinja di depan lelaki tapi seperti puaka dengan kaum sendiri. Aku bukan menuduh sebab aku selalu melihat type perempuan yang begini. Mereka berselirat di sekeliling aku dan kadang-kadang aku ketawa sendiri melihat bagaimana lelaki terpana dengan lembut mereka. Lelaki bodoh yang tenggelam dalam mimpi basah sendiri.

Lelaki : Kau ganas. Kau tak macam si polanah yang lembut. Jauh sekali macam si polanah yang ayu. Aku suka dengar suara mereka bila bercakap. Lembut dan mendamaikan

Aku : *ketawa*. Biarlah. Itu mereka. Aku pilih untuk jadi aku yang sekarang.

Lelaki : Mesti kau tak ngam dengan mereka. Mereka terlalu lembut untuk si lancang macam kau.

Aku : *ketawa lagi*. Kadang-kadang untuk sedarkan mereka yang lalai, kita perlu jadi lancang seperti lancau.

Lelaki : Argh. Itulah engkau. Sekarang aku tahu apa sebab kau putus cinta.

Hal putus cinta aku bukan sebab aku lancang tapi kerana jenis perempuan yang kau agungkan itu. Pura-pura sebalik tirai lembut bagai sutera mereka. Dan lelaki yang lepas itu juga bodoh seperti kau, tenggelam dalam sifat lembut tauhu mereka. Memang aku sedih mulanya tapi di pengakhiran aku bersyukur. Syukur kerana dibuka hijab cinta buta dan menilai sendiri macam apakah lelaki itu.

Lelaki : Kau jangan ah touching pulak. Orang macam kau ada kelebihannya. 

Aku : Aku sikit tak ambil port apa yang kau cakap tu. Kalau hidup semata untuk peduli cakap orang, dah lama aku mati.

Lelaki : Sekurang-kurangnya, kau jujur berkata. Kau tak seperti si lembut yang mengadu domba di belakang.

Aku : Dah tahu perangai mereka seperti itu, yang itu jugak kau agungkan. Haha. Lelaki itu bodoh !

Lelaki : Hey kau ! Jaga mulut !!

Aku : *ketawa sampai senak perut*


Aku si jongos yang bertaringkan bisa ular

Kau menilai aku selepas pertama kali melihat aku bergurau kasar dengan kawan kau. Kau menilai aku berdasarkan perbualan pertama aku dan engkau yang tak sampai 10 minit. Kau menilai aku melalui huruf-huruf yang bisu intonasi. Hey lelaki, bangunlah. Kau bukan si budak hingusan yang baru mahu keluar jerawat tanda akil baligh. Kau si jantan berusia 23 yang mampu memenuhkan rahim si gadis dengan benih kau. 



Notakakitangan : Hidup bukan cuma berkenaan hal cinta lelaki perempuan sampai kau lupa menjadi hamba kepada DIA yang TER-lebih layak.

*Menyampah betul aku dengan perempuan yang tangkap gambar terjelir lidah bagai. Macam gampang !







Wednesday, February 16, 2011

Selamat Ulang Tahun, Alissa Fitri.

Rabu. 16 February 2011. Selamat ulang tahun yang ke 23, Alissa Fitri. Semoga hidup kamu diredhai Allah sentiasa. Aku doakan, suatu hari nanti, kamu menjadi hamba Allah yang beriman.


Dari kiri : Alissa Fitri aka Pit Dragon dan Syafinaz Roslan . Ramadhan 2010.

Pit seorang kawan yang sentiasa ada waktu susah dan senang aku. Dia teman lepak, GPS bergerak, mekanik dan semuanya. Seperti kalau di tanya tentang hal dunia, dia sentiasa ada jawapan untuk setiap soalan. Dia baik, boleh dikatakan memahami dan lawak. Sejak aku kenal dia, seingat aku, kalau diajukan sebarang permintaan, setakat ini tak pernah sekali permintaan aku ditolak. Kalau sukar dipenuhi dengan jalan ini, dia akan fikirkan jalan lain. Kalau dicerita tentang baiknya dia, bagaikan tak cukup ruang untuk aku senaraikan semuanya.

Dulu, masa aku masih di Unisel Batang Berjuntai, setiap minggu, wajib aku dan Finas berjumpa dia. Kami makan, karaoke, makan lagi, kadang-kadang menonton wayang dan pernah juga bermain bowling. Jauh sekalipun, kami sentiasa ada masa untuk berjumpa. Kering macam mana pun, kami masih mampu bersuka ria bersama. Seperti sebesar apa pun halangan, tidak menjadi masalah buat kami untuk berkumpul dan gembira. Kami rapat dari hari ke hari sehingga tanpa aku sedar, persahabatan kami memberi kesan besar di hati dan hidup aku.

Tapi sekarang, semua itu seperti di tarik balik dari aku sikit demi sikit. Sudah 3 minggu sejak kali terakhir kami melepak bersama. Walau jarak kami cuma 10 minit perjalanan, meskipun masa senggang sentiasa ada, sukarnya untuk kami atur perjumpaan. I miss him and her. I miss the past. Aku cuma ada memori untuk aku kenang bila aku ingat mereka. Aku cuma ada gambar untuk aku renung bila aku rindu mereka. Hidup aku macam kosong walaupun hakikatnya aku ada di tengah keriuhan dunia.

Untuk aku, kalau Finas aku anggap sahabat terpenting yang perlu ada dalam setiap langkah nafas aku, Pit jadi orang kedua terpenting selepas dia. Macam mana aku mahu tahu dan ingat bermacam kisah dari Finas, kisah-kisah Pit juga termasuk dalam senarai ingin tahu aku. Aku mahu jadi kawan yang ada dalam setiap susah senang mereka. Aku nak aku di kenang sebagai teman yang baik untuk mereka. Dan aku mahu rasa sayang mereka untuk aku sentiasa ada selagi mereka bernafas di bumi Tuhan ini atau mungkin sampai akhirat sana. Sebab , aku betul-betul ikhlas cintakan mereka.



Tuesday, February 15, 2011

Dalam hiruk-pikuk keluarga yang bagai retak menanti belah , aku perlu seseorang yang luar dari keluarga untuk aku lupakan sedih itu . Bila mereka yang rapat turut menjarak, aku punya siapa untuk aku tumpang kekuatannya? Bagi aku bukan keadaan yang mengubah hati tapi hasut syaitan yang memesongkan sanubari. Kadang juga, fikiran yang berlebihan turut menjadi bara yang akhirnya menjelma jadi api membakar kita kembali.

Tuhan, jangan Kau juga tinggal aku sendiri sesat di dunia maha kejam ini. Setiap datangnya hari mulia di kalendar Hijriah, pasti ada kisah yang bikin aku tumpah air mata.

Notakaki :: Aku rindu masa silam yang indah dan mesra itu ~