Monday, June 21, 2010

Bahagia..~

Kenapa aku bahagia..? Sebab aku gembira tengok member-member aku bahagia dengan pasangan masing-masing. Ada yang dah kawin , baru bertunang pun ada. Semuanya muda-muda dari aku. Terkenang pulak dorang masa era sekoloh dulu , masing-masing nak bergaya pun tak pandai. Sekarang ni aku tengok , semua dah cantik. Meletup. Rasanya macam semalam kami bergelak ketawa. Sekejapnya masa berlalu. Aku bila lagi...? Heheheh.. :) Tuhan je yang tau..~

Ape impian perkahwinan aku..? Mula-mula kena lah ikut flow. Bertunang dulu. Aku nak majlis bertunang yang ringkas. Tak perlu besar sangat. Cukuplah kalau sekadar dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

Kalau boleh aku taknak bertunang lama. Dalam 6 bulan pun dah okey kot.. (memandai jer ko eja). Aku suka pakai wedding gown yang ala-ala omputih tu.. Cantik.. Tapi kena pandai sesuaikan dengan budaya Melayu.




Gile Seksi.. :D



Gulp..~


Cantiknye..~

Asyik gown putih jer , sekali sekala tukar color best gak..





Elegant..





Terbeliak bijik mata


Cincin kawen kami. Harus ada nama kami supaya selalu ingat kami saling memiliki..~


Eja & A****.. (Terpaksa disembunyikan atas faktor keselamatan..)





B , orang nak cincin ni. Ade diamond besar.. (Sah-sah kena pelangkung ngan senduk.. :D )

Wedding Cake.. Yummy..!





Hitam putih warna kehidupan..




Chocolate Cake.. (meleleh air liur)

Jemputan ke Majlis Perkahwinan kami..~




Concise..~

Rambut ku..~


Yang ni , atau...



Ini..?

Ole-ole untuk tetamu... Potpourri bag..





Wedding kiss..





Could I have Ur kiss Forever..?

Gown for my bridemaid..


Walaupun off shoulder tapi tetap sopan..~


Ada berani..?~

First night dress..~


Hubby , I know you want me so badly.. hahahahaha~


You like it dear..? huahuahua..~

Aku nak honeymoon kat Pulau Pangkor. Kena seruan kerajaan untuk melancong dalam negara.. (padahal duit dah habis belanja kawen.. hahahahahha)

Wow..!!






Tapi ni semua impian.. Kalau jadi kenyataan , alhamdullilah. Ape yang aku mahu , semoga aku nikah cuma sekali seumur hidup dan bahagia hingga keakhir hayat kami..~

Saturday, June 19, 2010

Wasilah Cinta...~

Cinta...? Apa maknanya cinta? Ada apa dengan cinta.? Poyo je aku ni nak cakap pasal cinta. Tapi tak salah kan..? Sebab semua manusia punya hak dan pendapat serta pandangan peribadi tentang cinta..

Cinta adalah anugerah Allah yang sangat indah. Semua makhluknya berhak dan ada perasaan ingin dicinta dan mencintai. Cinta perlu dilihat dalam konteks yang luas. Menjadi kebiasaan untuk manusia beranggapan bahawa rasa cinta itu hanya untuk kekasih. Sedangkan kalau dilihat secara menyeluruh , perasaan terhadap Pencipta dipanggil cinta , rasa yang ada untuk ibu bapa dan keluarga turut digelar cinta malahan kasih untuk haiwan juga dipanggil cinta.

Apa itu cinta untuk seorang manusia yang bernama Nur Syarliza binti Che Samsuri? Aku sendiri sudah memiliki cinta dari keluarga aku dan sahabat-sahabat aku. Cinta mereka yang melimpah ruah ini sudah cukup membahagiakan hidup aku. Walau aku kontang dari cinta seorang abah tapi itu bukan bermakna aku tidak gembira.

Sebenarnya aku pun pelik , kenapa tetibe jer cara penulisan aku untuk entry ni cam jiwang sikit. Ayat pun cam tak leh blah. Tak kan lah sebab cite pasal cinta ayat tetibe cam serius plak kan? Selalu sangat baca ayat cinta yang ala-ala sopan dan skema ni. Tapi sangat sedikit yang bercakap soalnya cinta ni dalam bentuk yang lebih bersahaja , spontan dan relaks. Tak r pening kepala otak nak cerna.. Lagipun buat apa lah nak sangat mengagung2kan cinta ni sedangkan dia pun datangnya dari Allah. Bererti cinta juga sejenis makhluk. Cuma kita tak tau jer camne rupanya..

Apakah jenis cinta yang aku impikan..? For sure lah jawapannya , aku sangat mahukan cinta dari Allah dan Rasulnya. Selain itu aku juga mengimpikan cinta dari seorang lelaki. Cinta antara seorang Adam Dengan Hawanya.

Aku sangat tertarik dengan kata-kata Weera , watak dalam novel Wasilah Cinta Weera.

" Ingat aku, suamimu ,
Aku mahu ada dekat denganmu ,
Selalu ada dalam hati dan batin mu ,
Aku mahu ada dalam setiap doamu..."

Ya Tuhan , betapa indahnya kata-kata itu. Walupun ringkas tapi mencatatkan 1001 pengertian bagi mereka yang mahu memahami maknanya. Luahan hati seorang suami yang mahu sang isteri sentiasa mengingati dirinya dalam apa jua keadaan , mencintainya setiap masa dan memahami fitrah dan tangungjawab seorang isteri..

Aku sentiasa mahukan seorang teman hidup yang memahami , menerima segala lebih dan kurangnya aku , mampu membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya. Tapi untuk mendapatkannya aku perlu terlebih dahulu berubah. Seperti yang tertera dalam hadis , " Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik , begitu juga sebaliknya.

Aku juga sangat berharap cinta yang ada untuk aku , yang tertulis untuk aku menikmatinya , adalah berlandaskan kerana Allah. Aku mahu hubungan yang terjalin antara aku dan dia adalah diatas keredhaan-Nya. Aku sangat percaya , segala apa yang dilakukan dengan niat yang betul akan berkekalan hendaknya. Aku mahu cinta seorang lelaki yang bakal menjadi milik aku nanti menjadi cinta aku yang pertama dan terakhir. Sebab aku taknak cinta yang ada antara aku dan dia akan dibanding2kan dengan cinta aku sebelum dia dan aku berat untuk menggantikan cintanya dengan yang lain. Jadi, biarlah cinta itu menjadi yang pertama dan terakhir.

Aku mahu cinta kami berakhir dengan perkahwinan dan aku tidak keberatan untuk bercinta selepas nikah. Bagi aku , ikatan yang halal akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam jiwa aku. Dan aku sangat bersyukur kerana Allah menciptakan aku bersama sifat yang tidak suka disentuh oleh lelaki bukan muhrimku. Aku rasa kurang selesa. Tapi yang peliknya, aku pun ada perangai suka pegang2. Ringkasnya , aku tak suka orang pegang aku , tapi aku suka pegang orang. Mungkin ni sikap buruk aku yang perlu aku ubah dalam usaha aku mencari seorang lelaki yang baik.

Aku pernah terbaca , persahabatan membuatkan sesebuah perkahwinan bertahan. Cinta yang meledak-ledak akan pudar dengan cepat tetapi kasih-sayang seorang sahabat akan kekal selamanya. Dan sebenarnya aku sangat setuju dengan pendapat ni. Sebab sejauh mana pun seorang sahabat , selama mana pun tidak berjumpa tapi rasa sayang yang ada untuk sahabat sentiasa mekar dalam hati. Tapi cinta untuk boyfriend akan hilang dimamah masa. Pernah ke ada orang yang cinta balak dia walaupun dah clash? Mungkin kita akan teringat tapi itu sekadar ingatan jer. Taktau lah orang lain sebab aku memang orang yang macam tu. Sebab tu dalam hidup aku , kekasih menduduki tempat terakhir dalam carta.

Moga , Allah memberi aku kemudahan dan kelapangan dalam hal yang satu ini...~

Tuesday, June 15, 2010

Dilemma..~

Kenapa tajuk entry aku macam tu..? Jawapannya saja-saja.. Hehheheehe.. Aku sebenarnya cuba meng-happy-kan hati aku yang sedang gundah-gulana + tak enak badan. Resah dan gelisah bercampur jadi satu. Tak tenang aku dibuatnya.

Tadi aku marah-marah. Tapi sekarang aku pun tak tau macam mana nak menghuraikan perasaan aku ni. Nak kata marah , suhu panas aku ni takde lah tinggi sangat. Dah tinggal suam-suam kuku dah. Nak kata dah cool , bengang nya masih terasa lagi.


Tadi kat FB aku ade baca komen mamat ni kat status member aku. Dia kate sedih sebab friendship dia ngan aku dan roommate aku sekarang ni dah renggang. Kalau ikutkan hati aku , memang aku agak terasa gak. TAHNIAH kat ko sebab berjaya buat aku terharu. Bukan senang. Heheheheh.. Aku sebenarnya nak sangat komen-komen kat status dia. Nak sangat ada adegan kutuk-mengutuk member kitaorang yang terkenal dengan kegelapan kulitnya. Nak sangat semuanya kembali macam dulu. Tapi ego ni. Rasa cam tak mampu untuk aku rendahkan sikit. Kalau aku menyerah sekarang bermakna aku mudah dipermainkan. Senang untuk diperkotak-katikkan. Aku tak nak aku dipandang macam tu. Maybe it just in my mind. Nobody would say that. But I just can't. Memang ni keburukan aku terbesar. Bila aku dah start marah ngan orang , aku enggan beralah. Aku tak nak dipandang lemah.

Aku pun tak suka gaduh lama-lama. Tambah ngan member2 rapat ni. Kawan ngan ko memang best , mat. Ko tau semuanya. Ko sudi menolong walau apa keadaan sekalipun. Ko bukan Haji Bakhil. Sedaya boleh ko cuba untuk tunaikan semua permintaan member-member ko. Walaupun mungkin dari kata-kata ko ada penipuan , tapi aku still dapat rasa ikhlasnya persahabatan ini. Atau mungkin ikhlas ko adalah satu kepura-puraan. Tapi ko adalah salah seorang kawan yang meninggalkan kesan dalam hati aku.

Sebab tu lah aku marah sangat bila perkara macam ni jadi. Sebab tu jugaklah aku kecik hati sangat. Sebab tu aku sangat susah untuk memaafkan. Dan memang itu sifat buruk aku. Aku susah marah dan juga sukar untuk memberi kemaafan. Aku cuba tapi aku tak mampu. Aku tak daya memujuk hati aku dan jiwa aku. Aku letih memujuk perasaan aku sendiri.

Seandainya ko tegur aku , sembang dan komen apa saja kat wall aku , aku jamin segalanya akan kembali seperti dulu. Aku akan berlagak seperti biasa. Dan hati aku akan terpujuk dengan sendirinya.

Dan kenapa aku masukkan gambar moonlight ni..? Jawapannya saja-saja. Aku sangat suka moonlight sebab aku rasa cahaya bulan yang menerangi malam bagaikan kasih ibu yang tak kan pernah hilang sinarnya..




Monday, June 14, 2010

Rasa Ini..~

Cuti dah nak habis. Dah boleh kira ngan jari kaki tangan dah pun. Ini bermakna , semakin dekat hari aku nak balik Taman Ilmu. Aduh.. Ni yang wat kepala otak aku sesak ni. Biasanya setiap sem mesti aku excited nak balik. Nak jumpa finas yang nakal , budak2 umah yang lain , budak2 kelas. Banyak benda nak sembang. Tapi sem ni , perasaan excited tu ade tapi kurang sikit. Sebabnya sedikit sebanyak dipengaruhi ngan krisis aku ngan budak umah aku sem lepas.

Aku ni memang jenis manusia yang susah nak marah. Kadang-kadang kalo roommate aku tengah berapi-api marah pasal member-member kitaorang, tapi perasaan aku boleh cool je lagi. Sama gak dengan situasi sekarang ni. Walaupun aku ade meluahkan perasaan kurang senang aku masa tu , bukan bermakna aku marah. Aku cuma rasa tak puas hati. Setakat tu je. Tapi , bila minah tu start send mesej bodoh kat aku tanpa usul periksa , memang nak uji tahap kesabaran aku lah tu. Dah berapa kali aku cakap , kalo ada tak puas hati dengan aku ker , marah , terasa , hati kecik , ape-ape jelah perasaan tak best pasal aku , just throw it out. I'm growth enough to accept any comment, critics or anything. Atau dengan bahasa mudahnya aku bukan budak-budak. Aku dah 22 tahun. Just come and face me and say it. Its simple rite? Ni bila dah send mesej camtu , memang silap besar lah..

Tu tak masuk lagi time minah tu duk fire2 aku dalam FB. Time 2 aku tak kisah lah sebab tu memang salah aku. Tapi duk sound aku cam2 , masalah pun tak selesai , kan lagi baik kalo ambil inisiatif datang berbincang elok-elok. Kan settle masalah. Tapi sebab time tu memang salah aku , jadi menjadi kewajipan aku lah yang pergi slow talk ngan die. Cakap punya cakap , tu semua salah faham je. Takpe lah. Aku pun berharap dalam hati aku supaya lepas ni perkara macam ni tak jadi lagi.

Tapi bak kata Adnan Sempit "Banana fruits two times". Jadi lagi. Jangka waktu dekat. Ni sebab gara-gara mulut dia yang cakap tak serupa bikin tu. Cerita nye camni. Balak dia member kitaorang gak. Agak baik r ngan budak umah tu sampai umah kitaorang dah jadi istana hinggap dia dah. Tak kisah r tu sebab kitaorang memang merelakan mamat tu lepak kat situ. Pastu dorang pun clash. Daripada info orang yang bolaeh dipercayai , dorang ni memang camni. Clash pastu baik balik. Camtu lah kitaran relationship dorang. Lantak korang r. Bukan kacau hidup aku pun. Kitaorang tetap kawan je ngan mamat ni. Kadang-kadang call gak ex minah ni ajak lepak , shisha , karaoke.. Macam biasa cuma takde dia. Mula-mula, masa awal-awal clash dulu , minah ni gak cakap taknak ambik tau pasal ex dia ni. Kalo kitaoarang nak sembang pasal ex dia , jangan depan dia. Kitaorang pun respect r sebab dah 2 yang dia nak. Sehabis boleh cover depan dia takut terkeluar nama mamat ni , nanti karang dia sedih pulak.

Dalam masa tu dia rapat ngan sorang guy ni. Tiap-tiap malam keluar ngan guy ni balik pagi. Tak kisah lah , itukan hidup korang. Nak dijadikan cerita , masa aku ngan dia lepak kat hall umah sewa kami tu , sembang punya sembang , dia pun suruh aku cite pasal ex dia tu. Aku cite jelah dah orang suruh. Siap ada adegan air mata lagi. Nak dipendekkan cerita , minah ni pun couple balik ngan ex dia tu . Tapi dalam masa yang sama , dia tetap keluar dengan that guy tu. Balak dia ni pulak , sibuk mesej-mesej aku tanya awek dia wat ape , kuar ngan sape , balik kul berape. Aku nak cite pun serba-salah. Sebab dua-dua member. Sebab mamat ni paksa aku sangat , aku cite lah sikit. Tu pun cover lagi aktiviti dia tu. Ape lagi ko nak minah..? Aku tak pernah gatal-gatal bukak mulut cite kat balak ko ape-ape tau. Dia yang mesej tanya aku macam-macam dulu. Ko pun tau camne perangai mendesak balak ko tu. Mamat ni pun bodoh. Bukan sekali minah ni wat perangai camni tapi nak lagi. Percaya lagi cakap dia. Kalo ko nak kat dia sekalipun , tak menyusahkan kitaorang takpe. Ni, dah r time sembur awek ko tu , ko petik nama aku. Xreti langsung nak cover member.

Pastu minah ni nekad pegi kat balak dia. Masa ni lah dia send mesej bangang tu. Buat pengetahuan ko minah , apa yang aku gelak kan sangat tu bukan dekat ko tapi dekat balak ko 2. Lain kali ada mulut tanya. Jangan wat perangai bodoh sombong tu. Bukan susah pun. Takkan nya aku nak jerkah ko kalo ko tanya aku. Sejak keluar pergi jumpa balak dia ari tu , terus tak balik umah sewa kami ni. Takut agaknya. Pastu bila balik , bawak balak dia balik sekali tido kat hall tu. Agak2 lah. Sebelum2 ni , kitaorang tak kisah sebab masa tu takde krisis ape-ape lagi. Ni, kitaorang pun tak sejuk lagi , ko buat plak perangai camtu. Ko ingat kitaorang duduk free tak bayar sewa kat umah tu..? At least tanya lah. Bagitau sepatah dua. Bukan kitaorang takde hati perut nak biar balak ko balik jauh-jauh walaupun kami tau dia demam. Sekurang-kurangnya , sejuk sikit hati. Ni tak. Dah lah wat muka bodoh je. Tegur pun taknak. Pastu dah aku tegur ko tu, maknanya aku dah bagi space r kat ko nak wat cam biasa. Ni boleh plak ko wat tak tau kan...? Geram betul aku. Rasa cam nak sepak pun ade. Tapi karang , tak pasal2 aku kena pukul plak ngan balak ko tu. Yelah kan, balak ko kan Taiko besar...

Kesimpulannya kat sini , lain kali jangan aku nak menyibuk sangat ngan hal rumahtangga orang. Tapi sekarang, kalo aku wat taktau , dia gatal-gatal suruh aku ambik tau. Bila aku ambik tau , dia cakap plak jangan aku sibuk nak masuk campur hal dia. Hidup dia , biar dia yang tentukan. Lepas ni lantak ko lah. Jangan ko plak yang terhegeh-hegeh cari kitaorang kalo ko ade problem ngan balak ko 2. Bahagia r korang hendaknya..~

Wednesday, June 9, 2010

Kegilaan..~

Kegilaan aku sepanjang cuti.. Mengkaji vampire.. Aku pun tak sangka betapa aku sangat teruja dengan kisah2 vampire ni. Segalanya bermula dengan siri The Vampire Diaries yang adik aku bagi tengok..



Classic Style..


L - R :: Damon Salvatore , Elena Gilbert , Stefan Salvatore


Barisan Pelakon The Vampire Diaries


Teraju Utama V.D


Tengok poster pun dah mengghairahkan.. Hahahahahaha.. Hero cite ni yang bernama Damon Salvatore punyalah hensem nak mati. Naik semput aku tengok mamat ni. Apalagi , aku pun terus la yahoo muka balak baru aku ni.. Hasilnya seperti dibawah..


Damon Salvatore

Aku Jatuh Cinta..


Aku Mau Peluk Kamu.. (menggatal ko Eja)


Sekali Lagi Aku Terpukau..


Sebanarnya , cite ni ade 2 hero. Lagi sorang namanye Stefan Salvatore.. Hensem tapi not my taste. Damon ngan Stefan ni adik beradik vampire yang merebut cinta Elena. Tapi taste Elena adalah Stefan. Nasib baik gak. Kalo tak , makan hati aku tengok Elena peluk cium Damon aku 2.. ( Damon aku.. ???)


Salvatore Brothers


Damon yang Comel..~


Sandaran Mimpi.. (ape kaitannya..? heheheeh)


Man in Black



Cintaku milik Damon , Stefan.. hahahahahhah

Disebabkan aku suka sangat dengan cerita ni , apalagi , aku pun download r novel bersiri karya L.J Smith ni.. So far so good.. Damon TETAP hensem meski parasnya hanya dilakar dalam tulisan.. Selain tu ade gak novel vampire yang best macam True Blood , Mercy , Vampire Kisses , Alpha and Omega..


Well , keje aku sekarang mengadap novel2 ni sehari suntuk sambil adik aku kakcik memekak tak hengat.. Andai aku boleh bace buku ilmiah macam ni..~

Malam Nak Masuk Pagi..~

Dah pukul 5. Tapi mata tak ngantok lagi. " Tdo Eja.. Dah lewat ni" , kata setan.. Side baik kate "alang2 Eja, Subuh dah dekat.."~

Ikutkan hati memang nak belasah tido je terus , tapi iman di dada plak yang tak bagi.. Tebal sangat ke iman aku tu? Allah je yang tahu.. Bila fikir balik, apalah sangat tido ni kalo nak dibandingkan dengan solat.. Astaghfirullahalazim..~

Kalo dihitungkan waktu tido aku dengan jumlah masa aku solat, MasyaAllah , besar jurangnya. Betapa banyaknya solat yang aku tinggal. Tak terhitung rasanya dosa. Tu baru dosa tinggal solat.Tak kira lagi dosa tak pakai tudung , bersentuhan ngan bukan muhrim , mengumpat , mencarut , maki hamun , dosa tengok makhluk tuhan paling seksi.. Banyak lagilah. Aduhai.. Rasanya jauh sangat syurga itu untuk aku capai. Apa ada tempat aku di sana. Aku takut neraka tapi aku tak pernah berusaha menjauhinya..~

Aku rasa aku nak perbaharui azam tahunan aku. Walaupun mungkin orang cakap dah masuk tengah tahun pun dok kalut nak berazam , tapi aku peduli ape.. Janji aku bahagia. Antara azam2 tersebut adalah ::


1. Solat 5 waktu.

2. Tak nak wat jahat banyak.

3. Rajin ngaji Al-Quran.

4. Berusaha tutup aurat.

5. Diet sebab sem depan start puasa.

6. Jimat Cermat amalan mulia.

7. Tak nak study last minute.

8. Mesti naikkan Pointer.. Wajib..!!!


Mudah-mudahan, Allah memudahkan niat baik aku ni..~