Sunday, October 24, 2010

Salah Aku.. :(

Silap aku..
Aku tiba-tiba jadi seorang yang penting diri..
Sekelipan aku jadi manusia yang terlalu lembut jiwa kononnya..
Keliru yang ada tidak perlu kamu layan belangnya..
Tiada wujud secebis pilihan antara aku dan dia..
Aku cuma teman sayang..
Sedang dia , jika ditakdir Tuhan..
Jadi Imam di masjid yang ditadbir kamu..

Terima kasih kerana bahagia..
Dan..
Maaf..~




Saturday, October 23, 2010

Aku cuma mahu sedikit masa kamu. Tidak banyak. Apa kamu masih punya ia untuk aku..?

Jiwa sepi kosong. Hati sunyi kelam. Kamu ,terima kasih kerana bahagia. Kadang-kadang, aku si sempit fikiran ini merasa kamu yang di depan mata seperti jauh untuk aku capai dan gapai...
Hati sunyi ini menjerit minta di dengari. Jiwa yang sepi menangis mohon di perhati. Serasa sarat dada dengan pelbagai cerita. Aku ingin muntah darah. Aku cuma mahu sedetik masa kamu.  Tolong pulang sebentar. Aku cuma mahu hangat rasa itu bagai dulu..
Seperti waktu yang ada tidak cukup untuk kamu mengabulkan pinta aku. Kisah baru itu tagih kamu melakar cinta awan larik biru di atas dadanya. Dan, aku faham tentang itu..

*Oh, aku hampir lupa. Aku ini cuma picisan di dunia kamu..*
 
 

Thursday, October 21, 2010

"DIA" Yang Bikin Aku Resah dan Bahagia..~

Untuk Kamu yang namanya CHENTA..
Terima kasih kerana sudi mengindahkan hari-hari aku
Membuat aku berkenalan dengan rasa yang namanya CEMBURU
Kadang-kadang buat aku RESAH tak menentu
Dalam selamba kamu menghadirkan TAWA
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan kamu untuk seorang aku







Wednesday, October 20, 2010

If I Was Given a Request, I Will Ask To Be Born Again..~

Ye. Aku tau aku nampak macam tak tahu bersyukur. Aku yang tamak ni memang selalu kaya dengan segala macam permintaan. Aku yang haloba ni memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Tapi sebenarnya, kalau orang  tahu apa aku mahu, adalah cuma permintaan kecil dan remeh seorang anak.




Aku bukan nak mak bapak yang kaya-raya. Aku taknak mama abah yang sibuk terbang ke sana ke mari. Aku cuma mahu keluarga aku bahagia. Aku cuma nak hubungan yang ada kukuh dan aman. Aku cuma mahu hidup tenang dan damai. Gembira dan bahagia. Tanpa ada orang ketiga antara kami. Aku cuma mahu dunia kecil yang ada ini, menjadi hak milik mutlak kami tanpa campurtangan "penjajah".





Kalau itu permintaan aku , apa wajar aku dilabelkan sebagai manusia yang tamak? Atau memang hakikatnya aku ini memang makhluk yang taktau bersyukur..?

Thursday, September 30, 2010

Jawapan kepada Soalan Seorang Teman : Syafinaz Roslan~

Entry ini khas buat kamu..~
Sebenarnya, sudah lama entry ini aku karang. Mungkin secara xsengaja, sudah kamu baca isi dan kandungannya. Tapi,aku tak peduli. Walau sejuta kali dibaca kamu, entry ini tetap aku publishkan disini, supaya, andai suatu saat nanti kita tidak ketemu lagi atau mungkin hubungan kita tidak sehangat sekarang, moga dengan adanya ini, membuatkan segala yang pudar antara kita, menjadi terang seperti matahari..

……………………………………………………




Aku sayang kamu..

Masih ingat pertemuaan kita yang pertama.? Unisel telah menjadi saksi dan asrama di blok E3 Tingkat 3 dan Unit 3 menjadi bukti bermulanya pertemanan kita. Kamu yang menyendiri dan sepi di dunia kamu sendiri. Hidup kamu yang bermula pada waktu malam di depan laptop kamu dan berakhir di siang hari , juga di depan laptop kamu membuatkan kamu sangat susah didekati. Mungkin kamu berjaga- jaga kerana kami adalah seorang asing untuk kamu. Dan aku tahu, dalam diam kamu menilai siapa kami sebenarnya..

Tapi, situasi ini tidak melarat lama. Kamu beransur-ansur bersifat terbuka. Siapa sangka, seorang yang sepi dan sendiri itu, rupanya sangat lucu orangnya. Mendengar ketawanya sahaja, mengusik hati aku untuk ketawa sama. Sifat manja dan nakal kamu berselang seli dan menggembirakan. Dan pertemanan kita berjalan lancar dan membahagiakan..

……………………………………………………………




Aku kasih kamu..~

Semester seterusnya, kita serumah lagi. Kali ini di blok J1 Tingkat 1 Unit 2. Disini pertemanan kita beransur-ansur kukuh. Kamu pada aku lebih telus dan mudah difahami. Kamu mula bercerita tentang hidup kamu sebelumnya, kisah peribadi kamu yang mungkin menjadi rahsia dan hati kamu yang rupanya sensitive juga. Boleh dikatakan sepanjang semester, kita berkepit berdua dan menghabiskan masa senggang di depan tv bersama. Bilik kita diruang tamu. Makan kita juga diruang tamu. Ruang tamu juga tempat kita bergosip dan study. Bercerita itu dan ini. Berdiskusi dan bertingkah juga disitu. Dan tahukah kamu, kenangan itu sebenarnya tersangatlah indah untuk aku..

Disini juga aku belajar memahami kamu..~





…………………………………………………………..




Aku cinta kamu..~

Kali ini kita bergelandangan di Taman Ilmu. Kita sebilik. Aku juga sudah menerima baik buruk kamu. Syafinaz yang nakal, galak, sensitive, berani, defensive , manja ,pandai memasak dan kaya dengan kasih-sayang. Banyak lagi tentang kamu yang tidak aku senaraikan. Segalanya indah dan terkesan dihati dan jiwa aku. Pernah aku fikir sendiri. Lebihnya kamu bagi menyempurnakan kurangnya aku. Apa aku juga begitu untuk kamu ,sayang..? Harapnya aku begitu juga. Kerana aku ingin menjadi teman yang menggembirakan kamu. Selalu ada disetiap susah senang kamu juga disaat pahit manis kehidupan yang datang dan pergi silih berganti..




 Masih ingat pertanyaan kamu tempoh hari? Samada aku cinta kamu atau tidak.. Aku diam tanpa jawapan. Aku senyum sebagai balasan.  Bukan tiada jawapan untuk soalan kamu.  Tapi memang aku orangnya begitu. Bagi aku sayang tidak perlu diungkap selalu. Apa gunanya kata-kata sedangkan perbuatan tidak seiring dengan lisan..? Dan aku pasti, sebenarnya kamu sangat jelas dengan hati aku pada kamu..




Untuk seorang Syafinaz, jawapannya adalah Ya. Aku sangat cinta kamu. Dan aku mahu menjadi sahabat yang membawa kamu ke syurga. Aku berharap cinta aku buat kamu adalah kerana Allah. Aku ingin melihat kamu bahagia setiap ketika. Tangisan kamu menyempitkan dada aku meskipun dasarnya aku ketawa melihat kamu. Berhenti menangis , jangan bersedih. Setiap dugaan sebenarnya adalah teguran dari Allah untuk kita yang alpa.  Selalu ingat, kamu sentiasa ada aku untuk bercerita tentang segalanya dan aku akan cuba sehabis daya untuk mengingati dan menerima setiap kisah kamu, sebagai tanda cinta aku buat kamu..~








Wednesday, September 15, 2010

Tahu tak Aku Penat..?!

Aku suka balik rumah. Boleh makan sedap-sedap *dasar orang berbadan cumel* , tak payah fikir masalah kewangan , bebas dari kelas , lecturer dan assignment , boleh online hari-hari dan sebagainya. Tapi dalam pada masa yang sama , aku benci balik rumah. Aku bosan  tengok muka abah aku yang tak tahu senyum , masalah rumahtangga mak bapak aku , cerita bini muda bapak aku yang tak pernah habis , dengar cerita ketidakpuasan mak aku kat bapak aku yang aku boleh hafal intipatinya dan kadang-kadang kalau aku bernasib baik , aku berpeluang tengok segmen cerekarama yang bertajuk " Mulut Siapa Paling Lancang " *maksudnya drama pertikaman lidah*. Tak payah tengok sampai habis pun aku tau , last-last mesti bapak aku tu yang menang dan blah dari rumah.


Kalau time aku balik tu , adik-adik aku yang lain pun  balik , kira lapanglah sikit dada aku. Tak payahlah aku nak mengadap mak aku dengar cerita dia. Adik-adik aku ada nak layan dia. Aku tau ayat aku ni nampak macam kejam. Aku boleh duduk bercerita ngan mak aku berjam-jam asalkan takde siaran ulangan abah aku tu. Bosan aku dengar. Sebab , walaupun dah berkati-kati air liur habis mengata dia , bertong-tong menangis sebab dia , last-last , hasilnya sama. Bapak aku macam tu jugak . Still gila kat janda anak 6 aka bini baru dia. Kalau tuan punya badan tak nak berubah , buat apa kita susah payah bercakap pasal dia..? Suka hati dia lah nak buat apa pun. Kalau tak tahan , blah lah. Buat apa hidup sebumbung kalau tak ada persefahaman..? Cinta apatah lagi.


Aku bukan nak doakan keruntuhan rumahtangga parents aku. Siapa suka kalau mak bapak dorang bercerai-berai..? Tapi daripada hidup bersama tapi saling menyakiti hati masing-masing , kan lebih baik berpisah je. Kadang-kadang , aku tak faham manusia. Mulut kata benci tapi bila aku suarakan jalan perpisahan , terus diam. Baru nampak macam nak berbaik. Tapi takkannya kekal lama. Paling lama pun , tak sampailah sebulan.Kalau ikutkan perangai aku ni , andainya aku dalam situasi ni , sumpah aku angkat kaki. Tak kannya aku nak hidup dengan orang yang aku dah tak suka. Buat apa nak jaga hati orang yang tak pernah kisah pun pasal perasaan kita. Letih tahu tak..?!


Takut sebab dah bertahun hidup dengan bergantung harap kat bapak aku. Tolonglah. Kadang-kadang aku rasa aku tak ada bapak. Semuanya mak aku buat. Tambah-tambah mak aku dah ada income sendiri. Lagilah dia lepas tangan. Dalam kepala otak ngan hati dia tu , ada si janda keparat tu je. Kalau dia kawin dengan orang yang elok takpe. Ni perempuan tu aku tengok , aduh lah ,biar aku dengan family aku yang tahu. Jangan risaulah ma pasal duit. Rezeki Allah ada dimana-mana. Asalkan kita usaha je. Pasti kita nampak hasilnya.


Dan sebenarnya , aku redha kalau jodoh mak bapak aku tak panjang. Sah-sah kami adik beradik ikut mak aku kalo jadi apa-apa suatu hari nanti. Kami taknak masuk campur dengan urusan "membina" keluarga baru bapak aku yang kononnya bahagia tu. Selamat ye bah..!


.................................

Aku takde niat nak buka pekung di dada. Tapi aku dah memang tak boleh tahan dah. Dan aku perlukan medium untuk aku lepaskan segala macam feeling yang ada dalam hati aku ni. Btw , aku minta maaf..~



Friday, September 10, 2010

Saya Bersyukur Kerana Ada Mereka..~



Entry ini digarap khas untuk mereka yang dipanggil keluarga..

...........................

Tiba-tiba aku sedar , sebenarnya aku sangat beruntung kerana ditakdirkan hidup dikalangan mereka. Dibawah aku senaraikan keberuntungan yang aku kaut dan nikmati dari kewujudan mereka. 

.............................



Ini mama. *ye , saya tau dia lagi slim dari saya..* Saya bersyukur kerana beliau mama saya. Selalu masak makanan best sampai aku jadi bulat macam ni. Program diet takkan menjadi kalau ada beliau disisi.


Ini Syazwa Amira. Adik kedua yang aku panggil Kak Cik. Saya bersyukur beliau ditakdirkan menjadi adik selepas saya. Kerana beliau , saya selamat dari menolong mama memasak , sidai dan lipat kain , jaga adik-adik masa dorang kecik , jadi Cikgu tuisyen serta Ustazah kelas fardhu ain di rumah.  Walaupun kuat membebel , saya sanggup dengar bebelan beliau asalkan saya tak payah buat kerja rumah tersebut.



Dzulkarnain. Adik ketiga yang dipanggil Abang. Saya bersyukur kerana ada beliau dalam hidup saya. Beliau sangat rajin menjaga kebersihan persekitaran rumah. Secara tak langsung , saya terlepas dari kerja ni. Abang rajin hantar dan ambik adik-adik saya dari sekolah. Beliau sangat tidak kedekut dan sanggup berhabis demi keluarga tercinta. Selain itu ,Abang juga sangat suka menolong mama di dapur tambah-tambah time buat biskut raya..



    


Beliau Syazwani atau lebih dikenali sebagai kakak dalam keluarga kami. Saya bersyukur ada dia dalam hidup saya sebab kakak sangat rajin mengemas setiap pelosok rumah. Kesungguhannya dalam aktiviti mengemas ini turut mendapat pengiktirafan dari mama. Saya sangat suka kalau beliau ada di rumah. Saya tak perlu bersusah payah memikirkan hal kekemasan rumah selagi beliau ada di sini. *maksudnya rumah kami*




Fairuz atau abang cik. Saya taktau nak cakap apa tentang dia sebab kami dah 4 tahun tak bertegur sapa..



Namanya Syuhaiba tetapi dipanggil Kak Su di rumah. Saya bersyukur beliau wujud sebagai adik saya, Kerana beliau , saya tidak perlu sidai kain. Kadang-kadang , kalau saya malas nak ambik barang , ada beliau yang setia membantu.



Dzulhakimi. Kami panggil beliau Abang Co dan diringkaskan menjadi Co. Saya bersyukur kerana dia adik saya. Kalau saya malas ke kedai ,ada dia untuk membantu saya. Tugas beliau adalah menjaga kebajikan sampah. Walaupun jenuh bertempik melolong panggil beliau buang sampah , takpe , aku tak kisah. Asalkan bukan aku yang buat.. hahahahahaaha



Syakinah dikenali sebagai Kak Nik di rumah. Saya sangat bersyukur kerana dia ditakdirkan menjadi adik saya. Beliau sangat ambil berat tentang kebajikan saya. Contohnya , semalam saya tengah syok makan tumpi tanpa air disebelah. Terjengul je beliau di pintu bilik saya , terus saya dihujani dengan pertanyaan , " Kamu nak air Long..?". Pergh , mana nak cari adik sebaik diakan..? Selalunya saya suka minum air oren , teh 'O' ais , sirap dan sebagainya tapi saya malas nak buat. Saya tak payah risau. Kak Nik sentiasa ada untuk saya.. !



Dzul Izzham. Kami panggil dia Jojo. Beliau bulat seperti bulatan. Sangat gebu dan sedap dipeluk. Jojo jugak rajin ke kedai tetapi dengan syarat beliau perlu dapat apa yang saya beli. Tak kisah janji ada orang yang nak tolong saya. Jojo gak rajin buat air sedap-sedap. Dan saya sangat suka paw air beliau.. hehehehe :D



Syabilla. Nama manjanya Abby. Beliau yang terbongsu dan tergedik. Beliau memang saya beri keistimewaan untuk ambik barang-barang saya. Tugas beliau dirumah adalah terap pinggan. Saya sangat bersyukur kerana beliau adik saya kerana dengan tugasnya itu , memudahkan kerja saya bila saya nak cuci pinggan..

....................................

Bukan bermaksud menzalimi bukan juga mengambil kesempatan , tetapi kalau ada peluang di depan mata , kenapa tidak diguna sebaiknya..? Ini memang fitrah manusia yang bergantung antara satu sama lain. Hidup perlu saling membantu. Terima kasih atas bantuan kalian . Tanpa kalian tidak bermakna hari- hari yang mendatang. Saya sayang kamu semua..!