Ye. Aku tau aku nampak macam tak tahu bersyukur. Aku yang tamak ni memang selalu kaya dengan segala macam permintaan. Aku yang haloba ni memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Tapi sebenarnya, kalau orang tahu apa aku mahu, adalah cuma permintaan kecil dan remeh seorang anak.
Aku bukan nak mak bapak yang kaya-raya. Aku taknak mama abah yang sibuk terbang ke sana ke mari. Aku cuma mahu keluarga aku bahagia. Aku cuma nak hubungan yang ada kukuh dan aman. Aku cuma mahu hidup tenang dan damai. Gembira dan bahagia. Tanpa ada orang ketiga antara kami. Aku cuma mahu dunia kecil yang ada ini, menjadi hak milik mutlak kami tanpa campurtangan "penjajah".
Kalau itu permintaan aku , apa wajar aku dilabelkan sebagai manusia yang tamak? Atau memang hakikatnya aku ini memang makhluk yang taktau bersyukur..?
No comments:
Post a Comment