Entry ini khas buat kamu..~
Sebenarnya, sudah lama entry ini aku karang. Mungkin secara xsengaja, sudah kamu baca isi dan kandungannya. Tapi,aku tak peduli. Walau sejuta kali dibaca kamu, entry ini tetap aku publishkan disini, supaya, andai suatu saat nanti kita tidak ketemu lagi atau mungkin hubungan kita tidak sehangat sekarang, moga dengan adanya ini, membuatkan segala yang pudar antara kita, menjadi terang seperti matahari..
……………………………………………………
Aku sayang kamu..
Masih ingat pertemuaan kita yang pertama.? Unisel telah menjadi saksi dan asrama di blok E3 Tingkat 3 dan Unit 3 menjadi bukti bermulanya pertemanan kita. Kamu yang menyendiri dan sepi di dunia kamu sendiri. Hidup kamu yang bermula pada waktu malam di depan laptop kamu dan berakhir di siang hari , juga di depan laptop kamu membuatkan kamu sangat susah didekati. Mungkin kamu berjaga- jaga kerana kami adalah seorang asing untuk kamu. Dan aku tahu, dalam diam kamu menilai siapa kami sebenarnya..
Tapi, situasi ini tidak melarat lama. Kamu beransur-ansur bersifat terbuka. Siapa sangka, seorang yang sepi dan sendiri itu, rupanya sangat lucu orangnya. Mendengar ketawanya sahaja, mengusik hati aku untuk ketawa sama. Sifat manja dan nakal kamu berselang seli dan menggembirakan. Dan pertemanan kita berjalan lancar dan membahagiakan..
……………………………………………………………
Aku kasih kamu..~
Semester seterusnya, kita serumah lagi. Kali ini di blok J1 Tingkat 1 Unit 2. Disini pertemanan kita beransur-ansur kukuh. Kamu pada aku lebih telus dan mudah difahami. Kamu mula bercerita tentang hidup kamu sebelumnya, kisah peribadi kamu yang mungkin menjadi rahsia dan hati kamu yang rupanya sensitive juga. Boleh dikatakan sepanjang semester, kita berkepit berdua dan menghabiskan masa senggang di depan tv bersama. Bilik kita diruang tamu. Makan kita juga diruang tamu. Ruang tamu juga tempat kita bergosip dan study. Bercerita itu dan ini. Berdiskusi dan bertingkah juga disitu. Dan tahukah kamu, kenangan itu sebenarnya tersangatlah indah untuk aku..
Disini juga aku belajar memahami kamu..~
Aku cinta kamu..~
Kali ini kita bergelandangan di Taman Ilmu. Kita sebilik. Aku juga sudah menerima baik buruk kamu. Syafinaz yang nakal, galak, sensitive, berani, defensive , manja ,pandai memasak dan kaya dengan kasih-sayang. Banyak lagi tentang kamu yang tidak aku senaraikan. Segalanya indah dan terkesan dihati dan jiwa aku. Pernah aku fikir sendiri. Lebihnya kamu bagi menyempurnakan kurangnya aku. Apa aku juga begitu untuk kamu ,sayang..? Harapnya aku begitu juga. Kerana aku ingin menjadi teman yang menggembirakan kamu. Selalu ada disetiap susah senang kamu juga disaat pahit manis kehidupan yang datang dan pergi silih berganti..
Masih ingat pertanyaan kamu tempoh hari? Samada aku cinta kamu atau tidak.. Aku diam tanpa jawapan. Aku senyum sebagai balasan. Bukan tiada jawapan untuk soalan kamu. Tapi memang aku orangnya begitu. Bagi aku sayang tidak perlu diungkap selalu. Apa gunanya kata-kata sedangkan perbuatan tidak seiring dengan lisan..? Dan aku pasti, sebenarnya kamu sangat jelas dengan hati aku pada kamu..
Untuk seorang Syafinaz, jawapannya adalah Ya. Aku sangat cinta kamu. Dan aku mahu menjadi sahabat yang membawa kamu ke syurga. Aku berharap cinta aku buat kamu adalah kerana Allah. Aku ingin melihat kamu bahagia setiap ketika. Tangisan kamu menyempitkan dada aku meskipun dasarnya aku ketawa melihat kamu. Berhenti menangis , jangan bersedih. Setiap dugaan sebenarnya adalah teguran dari Allah untuk kita yang alpa. Selalu ingat, kamu sentiasa ada aku untuk bercerita tentang segalanya dan aku akan cuba sehabis daya untuk mengingati dan menerima setiap kisah kamu, sebagai tanda cinta aku buat kamu..~
1 comment:
hehehehe
Post a Comment