Wednesday, February 16, 2011

Selamat Ulang Tahun, Alissa Fitri.

Rabu. 16 February 2011. Selamat ulang tahun yang ke 23, Alissa Fitri. Semoga hidup kamu diredhai Allah sentiasa. Aku doakan, suatu hari nanti, kamu menjadi hamba Allah yang beriman.


Dari kiri : Alissa Fitri aka Pit Dragon dan Syafinaz Roslan . Ramadhan 2010.

Pit seorang kawan yang sentiasa ada waktu susah dan senang aku. Dia teman lepak, GPS bergerak, mekanik dan semuanya. Seperti kalau di tanya tentang hal dunia, dia sentiasa ada jawapan untuk setiap soalan. Dia baik, boleh dikatakan memahami dan lawak. Sejak aku kenal dia, seingat aku, kalau diajukan sebarang permintaan, setakat ini tak pernah sekali permintaan aku ditolak. Kalau sukar dipenuhi dengan jalan ini, dia akan fikirkan jalan lain. Kalau dicerita tentang baiknya dia, bagaikan tak cukup ruang untuk aku senaraikan semuanya.

Dulu, masa aku masih di Unisel Batang Berjuntai, setiap minggu, wajib aku dan Finas berjumpa dia. Kami makan, karaoke, makan lagi, kadang-kadang menonton wayang dan pernah juga bermain bowling. Jauh sekalipun, kami sentiasa ada masa untuk berjumpa. Kering macam mana pun, kami masih mampu bersuka ria bersama. Seperti sebesar apa pun halangan, tidak menjadi masalah buat kami untuk berkumpul dan gembira. Kami rapat dari hari ke hari sehingga tanpa aku sedar, persahabatan kami memberi kesan besar di hati dan hidup aku.

Tapi sekarang, semua itu seperti di tarik balik dari aku sikit demi sikit. Sudah 3 minggu sejak kali terakhir kami melepak bersama. Walau jarak kami cuma 10 minit perjalanan, meskipun masa senggang sentiasa ada, sukarnya untuk kami atur perjumpaan. I miss him and her. I miss the past. Aku cuma ada memori untuk aku kenang bila aku ingat mereka. Aku cuma ada gambar untuk aku renung bila aku rindu mereka. Hidup aku macam kosong walaupun hakikatnya aku ada di tengah keriuhan dunia.

Untuk aku, kalau Finas aku anggap sahabat terpenting yang perlu ada dalam setiap langkah nafas aku, Pit jadi orang kedua terpenting selepas dia. Macam mana aku mahu tahu dan ingat bermacam kisah dari Finas, kisah-kisah Pit juga termasuk dalam senarai ingin tahu aku. Aku mahu jadi kawan yang ada dalam setiap susah senang mereka. Aku nak aku di kenang sebagai teman yang baik untuk mereka. Dan aku mahu rasa sayang mereka untuk aku sentiasa ada selagi mereka bernafas di bumi Tuhan ini atau mungkin sampai akhirat sana. Sebab , aku betul-betul ikhlas cintakan mereka.



No comments: