Cinta Ayah
Ahad . Hari aku penuh . Berjalan ke Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Shah Alam Convention Centre , shopping make up dan birthday gift for my dearest Syafinaz and Shazwani, makan New York Cheese Cake dan nasi goreng cili padi yang tak berapa enak dan ber-camwhoring sampai penat . Walau assignment beratur menunggu turn untuk dibelai dan dimanja , aktiviti beriadah sambil cuci mata, tidak sesekali dilupakan :)
Sedang aku tunggu 2 sahabat ronggeng memilih juadah mereka , mata aku tak putus menatap mesra tingkah dua beranak di meja depan . Gelagat mereka aku capture-kan di memori kamera . Dari pemerhatian aku , si anak bukanlah seperti anak lain yang sempurna . Berbagai ragam yang ditunjuk anak , dilayan ayah penuh sabar . Mengajar anak isimewa meng-click itu ini di skrin laptopnya bukan mudah .Jelas terpancar betapa besarnya sabar ayah.
Tiba-tiba aku rindu abah . Apa khabar abah? Lamanya tidak merenung paras abah sampai aku rasa aku makin lupa setiap lekuk di wajahnya . Memang itu buruk aku . Aku lemah ingatan dalam mengingati paras manusia . Aku cuba mencari suara abah tapi gagal. Jauh rupanya jarak masa sejak kali terakhir aku berbicara dengan abah. Apatah lagi rasa kasar tapak tangannya waktu aku bersalam dengan abah. Serta sinar mata tua abah. Bau aroma badan abah. Derap kaki abah. Rasa masakan abah. Ya Allah . Sungguh aku lupa. Jahatnya aku Tuhan. Sedangkan abah masih tegap bernyawa. Abah masih ada untuk aku bertanya khabar. Abah masih mampu berdiri, mungkin sentiasa kekal bersedia menyokong andai aku jatuh luka parah ke bumi.
Aku sentiasa mahu jadi yang terbaik untuk setiap mereka yang ada dalam senarai cinta aku. Tapi susahnya untuk aku puaskan setiap jiwa-jiwa itu. Kalau aku belai yang jauh yang dekat tersinggung hati. Andai aku lebihkan yang renggang, yang rapat bermasam muka . Jika aku tatang yang baru, yang lama mula menjauh diri. Aduh. Susah hidup bermasyarakat, susah lagi hidup sendiri. Itu belum lagi bila ada masa yang mana aku perlu peduli setiap kata orang. Ya, memang ada yang bilang, tak perlu endahkan sangat cakap-cakap orang. Tapi, untuk aku berasimilasi dengan masyarakat , cakap-cakap itu penting . Aku hidup dengan manusia. Bukan binatang yang cuma tahu makan dan mengawan.
Exhausted with surrounding. All I need is "Me Time".
No comments:
Post a Comment