majlis pertunangan dorang. Secara tak langsung memberi peringatan kepada aku tentang usia aku yang semakin meningkat . Aku dah 23 !! Dulu mama aku beranakkan aku masa dia sebaya dengan aku sekarang. Ni aku, entah bilalah nak beranak kasi cucu kat mama abah aku pulak. Opah aku pun dah start merungut nak cicit . Tu tak masuk lagi member-member aku yang nak kawin bulan January dan February nih. Aku bahagia + gembira + envy gila dengan dorang . Bilalah turn aku pulak. Tekanan perasaan weh!
Aku pun nak kawin jugak !
Bila dah musim kahwin tunang je ni , jadi setiap kali aku dating dengan Mr Google , aku mesti mintak tolong dia carikan aku pasal perkahwinan . Tapi ada satu artikel yang menarik minat aku untuk membuat ulasan dan memberi idea untuk aku menulis . Asyik merepek je , sekali sekala comes out with something yang berinformasi kan indah tu. Sekurang-kurangnya mak bapak aku sedar betapa berilmiahnya anak sulong dorang yang comel ni. Hehehe ~
Lets begin the operation !
Mula-mula kita cakap dulu apa itu kahwin . Sebenarnya istilah kahwin tiada dalam ilmu Islam . Yang ada ialah nikah . Nikah dari segi bahasa ditakrifkan sebagai ikatan atau simpulan . Dari segi syarak pula , nikah ialah suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram. Di dalam bab Munakahat dalam Islam , terdapat beberapa perkara yang disentuh apabila soal nikah diusulkan . Antara perkara yang perlu dipandang serius ialah Kufu dan Khiar dalam pernikahan , wanita yang haram dinikahi , Maskahwin ( Mahar ) , Walimah Al-Urus, Tanggungjawab suami isteri dan ibubapa terhadap anaknya yang mahu bernikah , Pembubaran Pernikahan dan Ruju'. Maklumat lanjut sila kunjungi website ini, www.al-azim.com .
Ijab dan kabul
Setiap yang Allah perintahkan pasti disertakan dengan sebab musabab yang sesuai dengan fitrah manusia . Antara sebabnya ialah untuk memenuhi tuntutan agama sebagai tanda komitmen terhadap pasangan memenuhi keperluan biologi mendapat zuriat yang sah dan mengelakkan tohmahan serta mengelakkan maksiat.
Dah macam ustazah bila bercakap secara serius pasal hal nikah kahwin ni . Tapi sebenarnya , aku tidak sedikit pun layak dipanggil ustazah . Perlu banyak belajar untuk ke arah itu .
Style gila picture ni . Credit to Legal Me Yours
Dalam syoknya bakal pengantin menghitung hari , membilang jari kaki menunggu ketibaan hari bahagia mereka , jangan sesekali dilupakan tentang kemungkinan perceraian . Iya , saya tahu semua . Tak baik bercakap tentang sesuatu yang buruk sebab setiap apa yang keluar dari mulut kita adalah doa . Tapi tak salah mengingati dan berjaga-jaga . Sebab dalam setiap pernikahan itu ada percentage untuk terjadinya masalah ini . Kena ingat , hati manusia berubah lagi cepat dari pasir pantai . Lagi rapuh dari biskut Chipsmore.
Aku suka gilak sama Chipsmore.
Sebelum mendirikan rumahtangga , perlu diteliti dan dikaji asasnya . Sebab , kalau asas pun rapuh , mana datangnya kekuatan untuk berdiri utuh . Trend zaman sekarang , kalau nak kahwin , bukan tengok asas yang ada atau ilmu di dada , tapi tengok setebal apa fulus di tangan . Yelah kan . Nak buat majlis yang cemerlang , gemilang dan terbilang ni bukan senang . Belambak ongkos yang mengalir keluar . Kad kalau boleh nak wangi sampai kalau cium tu bau terlekat kat hidung . Baju kena bersalin macam movie hindustan . Pelamin , makanan , photographer , cenderahati semua nak gah . Takut nanti buat cikai-cikai , orang kata kita mengandung sebelum kahwin . Padahal dorang tak tau , kita ni kerja baru setahun . Gaji pun cukup makan .
Silap haribulan tak cukup mintak lagi dengan mak . Sadis .
No money no marriage
Aku pernah terbaca satu artikel di internet yang bertajuk Perkahwinan Berasakan Ibadah Jamin
Kebahagiaan ::
1. Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
2. Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
Money not everything but everything needs money !
3. Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
4. Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
5. Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6. Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Love will change
7. Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.
Trend bercinta di Malaysia kebelakangan ini , perlu bergadai tubuh sebagai bukti cinta . No offense but it is a reality . Aku pun bukan baik sangat . Aku jahat . Sebab aku utarakan isu ini kerana ia sebahagian dari asas kebahagiaan rumahtangga.
No offense !
Kenapa wujud pepatah "What goes around comes around " ? Kenapa adanya Karma ? Adakah sebab manusia takde keje nak buat so dorang pun reka-reka ayat best ? Sebab orang zaman-zaman dulu nak bagi peringatan kat generasi akan datang . Jangan mengata orang , nanti terbalik kat kita . Jangan buat jahat , nanti
balasannya kalau bukan kat kita akan jatuh kat generasi kita . Jangan sesekali berzina, samada kecil atau besar, sebab kesannya akan menular kepada keturunan kita.
Sebagai ibubapa, kita taknak anak kita berbuat dosa besar . Jadi jangan kita berbuat perkara yang sama dibelakang ibubapa kita. Sebagai kakak/abang kepada adik beradik kita, kita takkan pernah mahu melihat adik beradik kita terjerumus dalam lembah kekhilafan. Sebagai isteri/suami , kita takkan boleh menerima andai kita dikhianati . Sebagai manusia , kita mengimpikan keturunan kita menjadi hamba Allah yang baik dari akarnya. Jadi penyelesaiannya mudah , jangan buat apa yang kita tak suka orang buat kat kita. Sebab "What goes around comes around , dear " . :)
Dosa berzina bukan tentang jumlah pasangan kita bersama, bukan berkenaan dimana lokasi kita lakukannya, berapa bilangan kita ditangkap khalwat tapi TENTANG berapa kali kita lakukannya kerana setiap satu perbuatan kita yang menghampiri zina (zina kecil) juga tindakan kita yang sudah berbuat zina besar itu yang dihitung ALLAH setiap satu dosanya..
Kesimpulannya , sebelum melangkah ke alam baru , betulkan niat kita . Bertaubat dulu dari segala dosa. Biar perkara baik yang kita lakukan, mendapat redha Allah . Kadang-kadang, kesulitan yang Allah kirimkan , sebab Allah nak bagi ingatan,yang kita ni ada hutang dengan DIA. DIA tak nak kita pergi berjumpa dengan DIA dalam keadaan diri kita sebagai penghutang. Dan anggap dugaan itu sebagai tanda Allah cinta kita. Yelah kan . Mak kita marah kita sebab dia sayang kita . Kalau tak , tak kuasanya mak nak ambil tahu pasal hal kita.
She is my mom and she love me for sure !
Kepada kawan-kawan yang melangsungkan pertunangan dan pernikahan, tahniah aku ucapkan . Semoga
bahagia selalu dan sentiasa berada dalam redha Ilahi.
:: Segala yang ditulis diatas tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia . Jika ada, ia hanyalah kebetulan semata . Entry ini sekadar renungan dan peringatan sesama kita . Peace no war :D ::
No comments:
Post a Comment