Wednesday, January 26, 2011

Diari :: Terima Kasih Tuhan



Terima kasih Tuhan
Engkau pinjamkan dia lagi setahun
Doa aku , biar hidup mati dia diredhai
Biar setiap tahun yang pergi , mengajar dia tentang sesuatu
Jadi untuk setiap tahun yang akan datang
dia bisa menangkis segala celaka manusia dan syaitan
Aku mohon, Engkau kasi dia jodoh yang baik dan rezeki yang meruah
Harap dia jadi manusia yang taat perintah
Supaya nanti, bila waktu hayatnya habis
Dia tersenyum bertemu Engkau yang Agung

Terima kasih Tuhan
Engkau jodohkan aku berteman dengannya
Engkau kuatkan ukhuwah yang ada
Wujud dia memaknakan segala indah dunia
Aku minta rasa manis cinta sahabat ini
Engkau panjangkan sampai ke akhirat sana

Selamat Hari Lahir Syafinaz
Cinta dan sayang aku untuk kau
InsyaAllah
Adalah kerana Dia yang Esa




3 comments:

B33HA B3n said...

beday pinad ke?? happy bedat pinad! hehe

Eja Qorea said...

a'ah . pinad cakap trimas . nak hadiah beso katenye

Pinut said...

eh, ni entry tentang aku. wink wink!
bangga sekejap!