Monday, February 27, 2012

Sebab, Tuhan itu ada

Sekalian,

Hidup berdua bukan sekadar tentang kau dan dia .
Terima seadanya bukan berkenaan kau pasrah redha dengan baik buruk dia semata.
Bila kau buka buku cinta kau dan dia bermakna kau perlu menghormati segalanya.
Keluarga, sahabat, musuh dan juga kisah silam dia.
Jadi tanya aku disini, siapa yang memberi kau hak untuk menghapuskan figura dan men-sampahkan wujud aku di matanya?
Apa pun yang pernah kami ada, semua tinggal sejarah cuma.
Demikian, kenapa kau yang sedang menggenggam dia perlu takut sama aku yang makin dilupa?
Sedih dan kecewa aku sekarang, aku pasti suatu hari kau pasti rasa.
Sebab Tuhan itu ada..

Tolong, hapuskanlah semua..

Aku bukan sedih sebab aku disisih. Aku cuma sedih bila sebab aku disingkir kerana cemburu gadisnya. Aku sedih bila aku yang datang dulu dihapuskan semahunya. Aku sedih bila apa yang pernah ada antara aku dan dia semakin pupus bersama masa. Aku sedih walaupun aku tahu cerita ini lambat cepat akan sampai ke penamatnya, rasa kecewa itu tetap ada dalam hati aku. Tuhan, kalau dia itu cuma sementara, kenapa kau tinggalkan sisa rasa dulu? Tolong, hapuskanlah semua..

Tuesday, February 21, 2012

Sepertinya macam dah moved on dengan rasa-rasa dulu.
Tapi hakikatnya masih ada rindu yang jadi tetamu.
Masih ada ingatan tentang dia bila berjalan di tempat yang pernah kami lalu.
Ya, ini cumalah secebis ingatan petanda dia pernah ada dalam hidup aku.
Tapi kenapa memori yang terkesan sepertinya menyesakkan segenap peparu?
Kenapa sangat susah untuk aku singkirkan dia macam perangai aku yang selalu-selalu?
Melupakan itu sakit tetapi mengingati dia umpama virus pembunuh yang menular ke ceruk jasad aku.