Semester ini semester paling sibuk. Dengan assignment dan presentation, test dan kuiz serta syllabusss yang menunggu giliran untuk ditamatkan. Exam tak sampai seminggu, tapi aku masih ada 2 presentations, 2 assignments dan 2 test yang sedang menunggu. Penat dan loya.
Tapi, dalam sibuk aku, masih ada kesempatan untuk aku berkenalan dengan seorang teman. Teman yang sudah lama dilihat kilasnya, tapi baru mahu ditegur jasadnya. Dia seorang lelaki Melayu berwajah cina yang sangat mengagungkan perempuan lemah lembut sampaikan perempuan seperti aku dipandang leceh tanpa dia sedar.
Mungkin jadi perempuan lembut, perlu buat tangan macam si Usop. Haha
Aku sudah biasa dengan type lelaki yang pandang aku seperti sampah hanya kerana perwatakan aku yang kasar dan sosial *kata mereka*. Tak perlu melenting kerana aku sedar diri. Aku bukan perempuan ayu gedik yang terkinja di depan lelaki tapi seperti puaka dengan kaum sendiri. Aku bukan menuduh sebab aku selalu melihat type perempuan yang begini. Mereka berselirat di sekeliling aku dan kadang-kadang aku ketawa sendiri melihat bagaimana lelaki terpana dengan lembut mereka. Lelaki bodoh yang tenggelam dalam mimpi basah sendiri.
Lelaki : Kau ganas. Kau tak macam si polanah yang lembut. Jauh sekali macam si polanah yang ayu. Aku suka dengar suara mereka bila bercakap. Lembut dan mendamaikan
Aku : *ketawa*. Biarlah. Itu mereka. Aku pilih untuk jadi aku yang sekarang.
Lelaki : Mesti kau tak ngam dengan mereka. Mereka terlalu lembut untuk si lancang macam kau.
Aku : *ketawa lagi*. Kadang-kadang untuk sedarkan mereka yang lalai, kita perlu jadi lancang seperti lancau.
Lelaki : Argh. Itulah engkau. Sekarang aku tahu apa sebab kau putus cinta.
Hal putus cinta aku bukan sebab aku lancang tapi kerana jenis perempuan yang kau agungkan itu. Pura-pura sebalik tirai lembut bagai sutera mereka. Dan lelaki yang lepas itu juga bodoh seperti kau, tenggelam dalam sifat lembut tauhu mereka. Memang aku sedih mulanya tapi di pengakhiran aku bersyukur. Syukur kerana dibuka hijab cinta buta dan menilai sendiri macam apakah lelaki itu.
Lelaki : Kau jangan ah touching pulak. Orang macam kau ada kelebihannya.
Aku : Aku sikit tak ambil port apa yang kau cakap tu. Kalau hidup semata untuk peduli cakap orang, dah lama aku mati.
Lelaki : Sekurang-kurangnya, kau jujur berkata. Kau tak seperti si lembut yang mengadu domba di belakang.
Aku : Dah tahu perangai mereka seperti itu, yang itu jugak kau agungkan. Haha. Lelaki itu bodoh !
Lelaki : Hey kau ! Jaga mulut !!
Aku : *ketawa sampai senak perut*
Aku si jongos yang bertaringkan bisa ular
Kau menilai aku selepas pertama kali melihat aku bergurau kasar dengan kawan kau. Kau menilai aku berdasarkan perbualan pertama aku dan engkau yang tak sampai 10 minit. Kau menilai aku melalui huruf-huruf yang bisu intonasi. Hey lelaki, bangunlah. Kau bukan si budak hingusan yang baru mahu keluar jerawat tanda akil baligh. Kau si jantan berusia 23 yang mampu memenuhkan rahim si gadis dengan benih kau.
Notakakitangan : Hidup bukan cuma berkenaan hal cinta lelaki perempuan sampai kau lupa menjadi hamba kepada DIA yang TER-lebih layak.
*Menyampah betul aku dengan perempuan yang tangkap gambar terjelir lidah bagai. Macam gampang !