Friday, September 10, 2010

Saya Bersyukur Kerana Ada Mereka..~



Entry ini digarap khas untuk mereka yang dipanggil keluarga..

...........................

Tiba-tiba aku sedar , sebenarnya aku sangat beruntung kerana ditakdirkan hidup dikalangan mereka. Dibawah aku senaraikan keberuntungan yang aku kaut dan nikmati dari kewujudan mereka. 

.............................



Ini mama. *ye , saya tau dia lagi slim dari saya..* Saya bersyukur kerana beliau mama saya. Selalu masak makanan best sampai aku jadi bulat macam ni. Program diet takkan menjadi kalau ada beliau disisi.


Ini Syazwa Amira. Adik kedua yang aku panggil Kak Cik. Saya bersyukur beliau ditakdirkan menjadi adik selepas saya. Kerana beliau , saya selamat dari menolong mama memasak , sidai dan lipat kain , jaga adik-adik masa dorang kecik , jadi Cikgu tuisyen serta Ustazah kelas fardhu ain di rumah.  Walaupun kuat membebel , saya sanggup dengar bebelan beliau asalkan saya tak payah buat kerja rumah tersebut.



Dzulkarnain. Adik ketiga yang dipanggil Abang. Saya bersyukur kerana ada beliau dalam hidup saya. Beliau sangat rajin menjaga kebersihan persekitaran rumah. Secara tak langsung , saya terlepas dari kerja ni. Abang rajin hantar dan ambik adik-adik saya dari sekolah. Beliau sangat tidak kedekut dan sanggup berhabis demi keluarga tercinta. Selain itu ,Abang juga sangat suka menolong mama di dapur tambah-tambah time buat biskut raya..



    


Beliau Syazwani atau lebih dikenali sebagai kakak dalam keluarga kami. Saya bersyukur ada dia dalam hidup saya sebab kakak sangat rajin mengemas setiap pelosok rumah. Kesungguhannya dalam aktiviti mengemas ini turut mendapat pengiktirafan dari mama. Saya sangat suka kalau beliau ada di rumah. Saya tak perlu bersusah payah memikirkan hal kekemasan rumah selagi beliau ada di sini. *maksudnya rumah kami*




Fairuz atau abang cik. Saya taktau nak cakap apa tentang dia sebab kami dah 4 tahun tak bertegur sapa..



Namanya Syuhaiba tetapi dipanggil Kak Su di rumah. Saya bersyukur beliau wujud sebagai adik saya, Kerana beliau , saya tidak perlu sidai kain. Kadang-kadang , kalau saya malas nak ambik barang , ada beliau yang setia membantu.



Dzulhakimi. Kami panggil beliau Abang Co dan diringkaskan menjadi Co. Saya bersyukur kerana dia adik saya. Kalau saya malas ke kedai ,ada dia untuk membantu saya. Tugas beliau adalah menjaga kebajikan sampah. Walaupun jenuh bertempik melolong panggil beliau buang sampah , takpe , aku tak kisah. Asalkan bukan aku yang buat.. hahahahahaaha



Syakinah dikenali sebagai Kak Nik di rumah. Saya sangat bersyukur kerana dia ditakdirkan menjadi adik saya. Beliau sangat ambil berat tentang kebajikan saya. Contohnya , semalam saya tengah syok makan tumpi tanpa air disebelah. Terjengul je beliau di pintu bilik saya , terus saya dihujani dengan pertanyaan , " Kamu nak air Long..?". Pergh , mana nak cari adik sebaik diakan..? Selalunya saya suka minum air oren , teh 'O' ais , sirap dan sebagainya tapi saya malas nak buat. Saya tak payah risau. Kak Nik sentiasa ada untuk saya.. !



Dzul Izzham. Kami panggil dia Jojo. Beliau bulat seperti bulatan. Sangat gebu dan sedap dipeluk. Jojo jugak rajin ke kedai tetapi dengan syarat beliau perlu dapat apa yang saya beli. Tak kisah janji ada orang yang nak tolong saya. Jojo gak rajin buat air sedap-sedap. Dan saya sangat suka paw air beliau.. hehehehe :D



Syabilla. Nama manjanya Abby. Beliau yang terbongsu dan tergedik. Beliau memang saya beri keistimewaan untuk ambik barang-barang saya. Tugas beliau dirumah adalah terap pinggan. Saya sangat bersyukur kerana beliau adik saya kerana dengan tugasnya itu , memudahkan kerja saya bila saya nak cuci pinggan..

....................................

Bukan bermaksud menzalimi bukan juga mengambil kesempatan , tetapi kalau ada peluang di depan mata , kenapa tidak diguna sebaiknya..? Ini memang fitrah manusia yang bergantung antara satu sama lain. Hidup perlu saling membantu. Terima kasih atas bantuan kalian . Tanpa kalian tidak bermakna hari- hari yang mendatang. Saya sayang kamu semua..!

Thursday, September 9, 2010

Mungkin Sudah Tiba Masanya..? ~

4.35 am. Tak boleh tidur. Aku insomnia ke? Mungkin sebab selalu berjaga malam , badan aku pun dah biasa tidur siang. Tapi tidur siang bahananya melemahkan badan. Tak payah tunggu lama , sekarang pun aku dah rasa kesannya. Bukan setakat lemah , malah merugikan masa. Kalaulah aku hidup di dunia Vampire.. *aku dan angan-angan lagi*..


Tak tahu nak buat apa , aku pun berdating dengan Encik Google. Rasa macam nak muhasabah diri pulak pagi-pagi ni. Dan hasilnya , aku bertemu satu ilmu. Website seorang anak lelaki yang usianya 20 tahun tapi punya fikiran yang matang , mampu menyentuh hati dengan penulisannya dan buat aku berfikir , " Betapa jauhnya aku dari DIA.."

Lelaki yang bernama Hilal Asyraf ni sangat sederhana orangnya. Penyampaiannya mudah dan dekat dengan jiwa orang muda yang darahnya panas seperti aku. Motivasinya , koleksi cerpennya , novelnya , puisinya , segalanya tentang karya beliau adalah berkenaan Islam dan sangat mudah difahami. Tulisannya tidak berkenaan hubungan dengan ALLAH semata , tapi turut merangkumi hubungan dengan ibubapa , hubungan antara guru dan muridnya , persoalan berkaitan cinta dan kehidupan seharian dan banyak lagi. Membaca karyanya membuat kita fikir sendiri tentang iman yang ada dalam diri serta menilai kembali apa yang sering kita lakukan dalam menempuh hari-hari yang setia datang dan pergi.

Terdetik di benak aku , mungkin sudah sampai masanya untuk aku berubah.. Mungkin ALLAH sedang memberi petanda yang aku makin jauh dari-Nya , sudah tiba masanya aku memperbaki diri dan kembali sujud menyembah-Nya. Mungkin juga DIA memberi clue yang aku sudah lama tidak meminta dan merengek kepada-Nya , apatah lagi menangis kerana takutkan neraka-Nya.. Mungkin dan terus mungkin..~

Dan aku juga memang mahu berubah dan dekat dengan-Mu , Ya Rabb..!

Tuesday, September 7, 2010

Nota Aidilfitri untuk Kamu..~

Entry ni khas untuk Mr B. Sebenarnya aku agak cuak nak publish benda ni. Kalaulah dia terbaca , sumpah aku malu. Mungkin aku akan kena bahan sepanjang hidup ni. Ngeri bila fikir.

Ok. Let start our drama..!

.............................................

Watak dan perwatakan :: Mr. B dan Miss Eja.
Lokasi :: Dalam hati Miss Eja..
Kata ganti diri :: Saya dan awak , saya dan kamu , b dan orang , i dan u..

................................................



Assalamualaikum..

Sihat..? Dah lama kita tak sembang. No call , no messages even no private message at Facebook. I miss u. So much. Tapi tak kisah sangat. Sebab kita memang macam ni. Jarang sangat contact masing-masing tapi once dapat sembang , macam-macam kita bualkan.. Anehkan..?




Hari ini 7 September. Sepatutnya u fly ke Semenanjung for Aidilfitri. Orang doakan b selamat sampai ke Terengganu. Dan selamat pulang kembali ke Sabah. Moga Allah sentiasa bersama kamu sayang.


 Sunset at Teluk Sepanggar..


Sedar tak sedar, ni dah raya kedua kita since kita contact balik awal tahun 2009 dulu. Ingat pulak awal-awal kita kenal dulu. Actually , i tak ingat sangat sebab masa tu kita masing-masing dah ada couple. U dengan ella or yana and i with Eddy aka Belacan. Tiba-tiba rasa macam nak buat imbas kembali pulak. Aci kan..? Hehehe..

Saya kenal kamu masa form 4 tahun 2004 sebab saya selalu bertegur sapa dengan BFF kamu , Mat Yie. Setiap kali saya dan kawan-kawan saya bersembang dan mengata itu ini dengan dia , kamu hanya diam di tepi dan memerhati. Tak pernah cuba nak masuk campur dengan kami. Mula-mula saya ingat , awak tak suka saya dan kawan-kawan saya. Bila saya tanya , baru saya tau , kamu memang begitu orangnya.


Kamu yang shy-shy cat

Bila kita rapat erk..? Puas saya fikir tapi saya tak jumpa-jumpa jugak. Takpe , lain kali saya update. Seingat saya , mula-mula , awak selalu bersms dengan kawan saya , Mimi. Saya selalu dengar cerita pasal awak dari dia. Kebetulan , GF awak masa tu , satu geng dengan saya. Jadi , semua cerita awak ada dalam tangan saya. Apa awak buat , apa awak cakap , apa saja , kebanyakkannya saya tahu. Tak sangka , dalam diam-diam, gatal jugak awak erk..? Hahahaha.. I'm sorry dear.. :(




Antara kita wujudnya hubungan yang tidak bernama. Kita kawan tapi macam lebih dari kawan. Nak kata couple , tak pernah pulak salah seorang dari kita yang declare bahawasanya begitu bentuk hubungan kita. Tapi kita faham hati masing-masing. Atau mungkin saya je yang rasa macam tu..? 

*wondering* Love me or not..?


Takpe kalau saya sorang je yang sayang awak. Saya tak kisah. Sebab ni perasaan saya. Saya berhak atas rasa dan hati saya. Tapi , kadang-kadang , tindakan saya tak seiring dengan hati saya. Bukan bermaksud , saya tak sayang , tapi ego saya yang tak benarkan saya buat apa yang saya mahu. Saya boleh mengambil apa saja risiko dalam dunia ni. Even kalau risiko itu bermakna saya harus berdepan dengan yang namanya MATI. Tapi , risiko untuk dikecewakan oleh seorang manusia , saya tahu , diri saya tak kuat nak hadapinya. Saya tak suka memikirkan perkara buruk tentang orang yang saya sayang. Sebab sekali awak calarkan diri awak sendiri , selamanya saya akan ingat awk yang tercalar tidak awak yang sempurna , bukan awak yang pernah indahkan hari-hari saya.


 I can walk alone but I'm unable faces the day when I can't forgive you..

B , kalau orang tak mesej bukan bermakna orang tak ingat. Kalau orang tak call bukan bermakna orang lupa. Kamu selalu ada dalam fikiran saya , tetap menetap di jantung hati saya. Memang saya jenis orang yang mementingkan kawan tapi bukan bererti kamu tidak penting dalam hidup saya. Dunia saya bermula pada tengah malam tapi bukan bermakna saya pergi menjalang. Sebab ini adalah diri saya. Saya yang lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan , saya yang kadang-kadang dingin , saya yang kadang-kadang suka cari gaduh , saya yang selalu tidak ambil serius tentang sesuatu , saya yang kadang-kadang terlebih manja dan mengada , saya yang mendesak , saya yang tidak pandai meng-esperisi-kan apa yang ada dalam hati saya , saya yang ego , saya yang takut andai......

 What I'm scare is if one day I know you are lying to me..

B , ingat tak apa yang saya pernah cakap kat awak dulu..? Kalau b jumpa perempuan lain yang boleh menceriakan hidup awak , bagi awak bahagia dan selalu buat awak berfikir betapa indahnya hidup ni , bagitahu saya. Saya takkan marah apatah lagi nak caci maki. Mungkin saya sedih tapi itu lumrahlah kan..? Tapi saya yakin saya kuat untuk menerimanya. Saya tahu saya boleh. Sebab saya dah biasa. Saya masak dengan fitrah lelaki. Tapi , saya mohon , jangan awak tipu saya. Jangan awak terus menghilang tanpa sebarang kata. Jangan tiba-tiba awak acuh tak acuh dengan saya. Sebab dengan itu , awak akan menjadi kenangan pahit dalam hidup saya. Biarlah sekurang-kurangnya , andai tiada jodoh antara kita , saya mampu kenangkan awak sebagai lelaki yang baik dalam hidup saya. Seorang yang pernah memberi rasa rindu , sayang , ingin tahu , cemburu dan segalanya kepada saya.


 If you are my memory , I want you to be the sweet one..


B , selalu jugak awak tanya saya , samada saya rindu atau sayang awak. Bila saya marah awak time awak buat perangai tak senonoh awak tu , awak selalu tanya , pakwe siapa yang buat perangai macam tu. Kadang-kadang saya tertanya sendiri , adakah bagi awak , awak menganggap diri awak sebagai BF saya..? Saya nak tanya tapi macam biasa , ego saya yang zipkan mulut saya. Bodohnya saya. Tapi kalau saya tanya , takkan wujud entry ni pulak , kan...?  :D


Awak, saya selalu rindu awak setiap masa. Sayang saya pada awak selalu ada. Awak someone special dalam hidup saya. Ya , kadang-kadang , memang saya suka main tarik tali dengan awak. Setiap pertanyaan awak yang melibatkan soal hati dan perasaan , saya selalu bagi jawapan atas angin. Nak kata ya , macam bukan , nak kata tak , macam ya. Sebab saya takut. Saya takut kalau kita ada hubungan yang pasti , bahagia yang saya ada sekarang akan hilang. Saya tak nak. Bagi saya, cukuplah apa yang saya ada sekarang. Biarlah segalanya berjalan secara natural. Kalau ada jodoh kita , saya akan suarakan apa yang ada dalam hati saya. Saya takkan segan-segan bagitahu perasaan saya pada awak. Masa tu , awak akan tau , betapa pentingnya awak dalam hidup saya.



 
Selamat hari raya b. Saya minta maaf atas salah silap saya sepanjang kita kenal. Mungkin ada bicara saya yang mengguris hati awak , mungkin kadang-kadang saya call atau message awak time awak buzy , menyebabkan segala urusan awak tertunda. Saya selalu ketawakan awak. Saya minta maaf erk. Dan saya harap , raya tahun depan , awak masih ada lagi untuk saya.

Saya sayang awak sangat..~



Nama Indah..~

Tajuk entry gedik sekali. Aku tau tu. Tapi saja nak buat gak. Hehehehe..

Blog aku tukar nama lagi. Nota Syarliza. Macam best je kan..? Tapi , tak tau kekal lama mana sebab aku ni cepat bosan orangnya. Selagi tak jumpa nama yang ngam dengan aku , selagi tu lah otak aku ligat berpusing untuk berfikir.



 Apa yang ko bebel ni eja.? Aku tak faham..!

*Kalo tak faham diam*

Ok lah. Rasa macam penat je arini. Chow cincau..~

Sunday, September 5, 2010

Macam-Macam

Mama dah buat kuih raya. Tinggal 4 hari menjelang Aidilfitri. Sedih kenangkan Ramadhan yang akan berlalu pergi. Belum tentu lagi berpeluang bertemu Ramadhan tahun depan. Tuhan , masih ada lagi kesempatan untuk aku menikmati Ramadhan akan datang.?

Aku mohon , benarkan aku..~

.................................................

Semalam, terkejut dek perkhabaran my GF break up dengan BF dia. Actually its not really surprise me because it always happen tapi tengok gaya macam betul-betul je kali ni. Siap dua-dua dah wat announcement kat fesbuk. It's really sad when 3 years relationship just ended like that. Like 3 years effort means nothing. 

Pity my GF. I want to be by her side right now. I know how much she love him. Mesti GF tengah sedih gila sekarang. Walaupun GF sangat gagah dan kuat serta tabah in physically but actually she is very fragile inside. I want to hug her , say a good word to her , make she feel well. Be strong ya honey bee. I love you forever. You have my word..!

p/s :: Eja Qorea in GEDIK mood. Sorry..!

Out..~

Saturday, September 4, 2010

Kisah Aku dan 31 0gos Part 2..~

Dalam sehari 2 post. Wah , aku dilimpahi idea untuk menggarap jiwa dan rasa. Sebenarnya tadi aku bermimpi. Ada suara bertanya , " Siapakah kamu pada 22 tahun ini..? "

Diam.
Berfikir.
Menggali dan mencari.

.......................................................

Aku berdiskusi tentang seorang AKU..!

22 tahun. Jangka waktu yang panjang. Sangat . Seorang pemimpin bisa mencorak pimpinannya yang bakal meninggalkan kesan sepanjang pemerintahannya. Seorang Abah boleh menjadi kaya andai wang dilaburkan atas puterinya disimpan kemas dalam peti karunnya. Seorang Mama akan tiada kesan urat yang timbul di kaki andai tidak wujud seorang perempuan iaitu aku di dunia. Dan seorang adik tidak akan dipanggil Kak Cik kira aku tidak pernah di jemput ke bumi ALLAH ini.

....................................................

Aku memahami seorang AKU..!

Bagaimana ada orang yang bilang , bahawa dia kenal siapa aku..? Bukan hanya kenal pada nama , tapi turut pada sikap dan jiwa rasa. Sedang aku sering asing dengan diri sendiri. Sedang aku si empunya badan dan nafas , sering keliru dengan fikiran sendiri. Bagaimana mereka yang mengenal aku sedetik cuma , mampu menyimpulkan aku manusia sejenis apa..? 

Ketawa.
Propaganda untuk seorang Kerdil seperti Aku..!

.......................................................

Aku mengenal seorang AKU..!

  • Aku seorang yang sangat mudah marah apabila kataku disangkal tanpa adab.
  • Aku menjadi seorang yang penting diri andai kamu meminta dengan egois dan lancang.
  • Aku seorang defensif bila keluarga jadi taruhan.
  • Aku seorang agresif bilamana aku bersantai dengan mereka yang dekat sebagai teman.
  • Aku bertukar pasif bila bertemu orang baru yang perlukan penilaian.
  • Aku menjadi aku yang manja dan mengada bila aku berbicara dengan dia yang ilhamkan bahagia.
  • Aku boleh menjadi pendengar tetapi tidak yang menyelesaikan masalah.
  • Aku sering lepas laku tatkala hati aku berbunga riang.
  • Aku yang dingin dan sepi ketika aku sedang berfikir dan punya masalah.
  • Aku yang jahil dalam meng-esperisi-kan rasa.
  •  Aku yang sukar marah dan memaafkan.
  • Aku yang bolah menjadi seorang pendendam yang maha hebat.
  •  Aku yang sering agony kerana tewas dalam perang antara aku dan nafsu.
  •  Aku yang sangat egois bila mahu menyapa mereka yang menyakiti aku.
  • Aku menghargai mereka yang hadir dalam perjalanan kehidupan aku.
  • Aku yang sering mahukan pujian.
  • Aku yang benci merengek dan meminta.
  • Aku yang berdikari.
  • Aku yang boros dan sering membazir.
  • Aku yang sangat cinta pada Tuhan dan Rasul-Nya , keluarga , teman dan dia.
Dan bla , bla , bla... Terlalu banyak sampai tak daya aku ungkaikan lagi.
.........................................................................

Aku pada seorang KAMU..!

Terpulang untuk kamu mahu berfikir dan menyimpul apa tentang aku. Aku siapa untuk menghalang segala rasa dan buah minda kamu. Apa mampu aku katakan , kenali aku. Selami hati budi aku. Aku memang seorang yang sombong dan angkuh pada riak wajah aku , tetapi tidak bermakna isi naluri dan sanubari aku juga begitu.

Eja Qorea offline..~ 



Kisah Aku dan 31 0gos..~

Rabu , 31 Ogos 1988 , 8.00 am ::

Aku terjaga dari lena yang panjang. Nafas tersekat. Batuk. Udara , mana kamu..? Tangan aku menggapai rewang. Aku tendang perut mama. Maaf ma . Saya tak sengaja sakitkan mama.

Aku dengar suara abah yang gelabah. Maklumlah. Aku anak sulong mereka. Abah terus bawak mama pergi Hospital Besar Ipoh. Sampai sana , doktor masukkan mama di Labour Room. Doktor ukur pintu rahim mama. Kata doktor lambat lagi. Aku belum sedia untuk ke bumi.

Aku membentak geram. Doktor tersalah perkiraan. Aku sudah sangat sedia melihat dunia. Aku tak mampu tunggu untuk menyedut Oksigen. Aku tidak sabar merasa udara membelai kulit.  Ruang rahim mama seolah-olah menekan setiap rusuk tulang kecil aku. Ruang ini seperti sempit untuk aku terus diam di situ. Tolonglah . Aku perlu bebas .

 ........................................................

3.30 pm ::

Aku tak mampu untuk menunggu lagi. Dada aku makin sempit dari minit ke minit. Aku tendang perut mama. Aku buka mata. Gelap. Aku lihat sekeliling. Ah , di situ ada cahaya. Mungkin itu dunia.  Aku gerakkan badan ke sana. Aku bukakan dengan kepala. Aku nampak ramai orang yang menyambut kedatangan aku. Siapa mereka..? Argh, aku sudah tidak punya banyak waktu untuk berfikir. Apa yang aku mahu , aku perlu keluar dari sini.

Aku ditarik lembut oleh mereka yang sedang menunggu kedatangan aku tadi. Ah , baru aku tau. Inilah Uncle Doktor. Di situ ada Auntie Nurse. Sejurus aku keluar , Uncle Doktor potong tali uriku. Selamat tinggal kakak. Terima kasih kerana sudi temankan saya selama 9 bulan 10 hari. Saya sangat sayangkan kamu..

Aku bertukar tangan. Kali ini aku dipangku seorang wanita yang pucat wajahnya. Aku buka mata. Aku tatap wajahnya. Cantik. Dia tersenyum . Dan segera aku tahu , inilah mama. Mama yang hanya aku dengar suaranya dulu. Mama merenungku. Mencium di segenap wajah aku. Aku dengar mama bisikkan sesuatu di telinga aku.

"Selamat datang puteriku. Terima kasih kerana memberi gelaran baru untukku. Kini aku menjadi seorang ibu keranamu. Aku kini lengkap sebagai seorang wanita. Terima kasih Allah kerana Kau menghadirkan puteri kecil ini dalam hidup ku.."

Aku dibawa pergi oleh Auntie Nurse. Selepas aku dimandikan , aku dibawa ke suatu tempat. Oh , itu mama. Dan ada seorang lelaki di sebelah mama. Aku bertukar tangan. Kali ini bukan mama yang memangkuku , tetapi lelaki itu. Aku tenung wajahnya. Kemudian aku di iqamahkan. Ah , suara itu . Aku kenal suaranya. Inilah suara yang sering dodoikan aku dengan alunan selawat dan zikir munajat setiap malam waktu dulu. Lelaki ini Abah , lelaki pertama dalam hidupku.

Abah merenung aku sambil tersenyum . Seperti mama , abah turut bisikkan sesutu ke telinga ku..

"Kamu puteri kecil ku yang cantik . Aku namakan kamu Nur Syarliza yang bermaksud Cahaya Kegemilangan. Semoga hidupmu segemilang namamu. Aku doakan kamu supaya kamu menjadi seorang hamba yang patuh pada Pencipta mu , seorang puteri yang taat pada orang tua kamu , isteri solehah kepada suami kamu dan ibu yang mithali untuk anak-anak mu. Terima kasih kerana Allah menjadikan kamu sebahagian dari hidupku.. "

............................................................

Selasa , 31 Ogos 2010 , 3.30 pm ::

Aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di bumi Allah ini. Di usia 22 tahun , terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk aku. Walaupun selalu aku mengeluh , aku cepat kembali pada fitrah Qada' dan Qadar Nya. Ampun ALLAH . Aku ini hanya hamba yang maha lemah yang sering khilaf dalam percaturan duniawi Mu.

 Aku mempunyai keluarga yang masih teguh bersatu. Walau kadang-kadang rapuh , sentiasa ada di antara kami yang berdiri tabah memangku teguh rentak keluarga kami. Terima kasih Allah kerana mentakdirkan aku lahir dalam keluarga ini. Fitrah manusia sering ternampak hijab yang lemah tapi aku percaya setiap berlaku telah Kau tuliskan hikmah disebaliknya.

Kau berikan aku ramai teman yang sentiasa ada untuk aku susah dan senang. Selama 22 tahun usia hayatku , Kau tidak pernah menemukan aku dengan teman yang salah . Aku tidak pernah mempunyai sahabat yang menikam aku dari belakang. Terima Kasih Allah kerana menemukan aku dengan sahabat yang baik. Moga Kau berkati dan mencintai mereka..

Apa mungkin aku diberi kesempatan untuk hidup setahun lagi..?