Tuesday, September 7, 2010

Nama Indah..~

Tajuk entry gedik sekali. Aku tau tu. Tapi saja nak buat gak. Hehehehe..

Blog aku tukar nama lagi. Nota Syarliza. Macam best je kan..? Tapi , tak tau kekal lama mana sebab aku ni cepat bosan orangnya. Selagi tak jumpa nama yang ngam dengan aku , selagi tu lah otak aku ligat berpusing untuk berfikir.



 Apa yang ko bebel ni eja.? Aku tak faham..!

*Kalo tak faham diam*

Ok lah. Rasa macam penat je arini. Chow cincau..~

Sunday, September 5, 2010

Macam-Macam

Mama dah buat kuih raya. Tinggal 4 hari menjelang Aidilfitri. Sedih kenangkan Ramadhan yang akan berlalu pergi. Belum tentu lagi berpeluang bertemu Ramadhan tahun depan. Tuhan , masih ada lagi kesempatan untuk aku menikmati Ramadhan akan datang.?

Aku mohon , benarkan aku..~

.................................................

Semalam, terkejut dek perkhabaran my GF break up dengan BF dia. Actually its not really surprise me because it always happen tapi tengok gaya macam betul-betul je kali ni. Siap dua-dua dah wat announcement kat fesbuk. It's really sad when 3 years relationship just ended like that. Like 3 years effort means nothing. 

Pity my GF. I want to be by her side right now. I know how much she love him. Mesti GF tengah sedih gila sekarang. Walaupun GF sangat gagah dan kuat serta tabah in physically but actually she is very fragile inside. I want to hug her , say a good word to her , make she feel well. Be strong ya honey bee. I love you forever. You have my word..!

p/s :: Eja Qorea in GEDIK mood. Sorry..!

Out..~

Saturday, September 4, 2010

Kisah Aku dan 31 0gos Part 2..~

Dalam sehari 2 post. Wah , aku dilimpahi idea untuk menggarap jiwa dan rasa. Sebenarnya tadi aku bermimpi. Ada suara bertanya , " Siapakah kamu pada 22 tahun ini..? "

Diam.
Berfikir.
Menggali dan mencari.

.......................................................

Aku berdiskusi tentang seorang AKU..!

22 tahun. Jangka waktu yang panjang. Sangat . Seorang pemimpin bisa mencorak pimpinannya yang bakal meninggalkan kesan sepanjang pemerintahannya. Seorang Abah boleh menjadi kaya andai wang dilaburkan atas puterinya disimpan kemas dalam peti karunnya. Seorang Mama akan tiada kesan urat yang timbul di kaki andai tidak wujud seorang perempuan iaitu aku di dunia. Dan seorang adik tidak akan dipanggil Kak Cik kira aku tidak pernah di jemput ke bumi ALLAH ini.

....................................................

Aku memahami seorang AKU..!

Bagaimana ada orang yang bilang , bahawa dia kenal siapa aku..? Bukan hanya kenal pada nama , tapi turut pada sikap dan jiwa rasa. Sedang aku sering asing dengan diri sendiri. Sedang aku si empunya badan dan nafas , sering keliru dengan fikiran sendiri. Bagaimana mereka yang mengenal aku sedetik cuma , mampu menyimpulkan aku manusia sejenis apa..? 

Ketawa.
Propaganda untuk seorang Kerdil seperti Aku..!

.......................................................

Aku mengenal seorang AKU..!

  • Aku seorang yang sangat mudah marah apabila kataku disangkal tanpa adab.
  • Aku menjadi seorang yang penting diri andai kamu meminta dengan egois dan lancang.
  • Aku seorang defensif bila keluarga jadi taruhan.
  • Aku seorang agresif bilamana aku bersantai dengan mereka yang dekat sebagai teman.
  • Aku bertukar pasif bila bertemu orang baru yang perlukan penilaian.
  • Aku menjadi aku yang manja dan mengada bila aku berbicara dengan dia yang ilhamkan bahagia.
  • Aku boleh menjadi pendengar tetapi tidak yang menyelesaikan masalah.
  • Aku sering lepas laku tatkala hati aku berbunga riang.
  • Aku yang dingin dan sepi ketika aku sedang berfikir dan punya masalah.
  • Aku yang jahil dalam meng-esperisi-kan rasa.
  •  Aku yang sukar marah dan memaafkan.
  • Aku yang bolah menjadi seorang pendendam yang maha hebat.
  •  Aku yang sering agony kerana tewas dalam perang antara aku dan nafsu.
  •  Aku yang sangat egois bila mahu menyapa mereka yang menyakiti aku.
  • Aku menghargai mereka yang hadir dalam perjalanan kehidupan aku.
  • Aku yang sering mahukan pujian.
  • Aku yang benci merengek dan meminta.
  • Aku yang berdikari.
  • Aku yang boros dan sering membazir.
  • Aku yang sangat cinta pada Tuhan dan Rasul-Nya , keluarga , teman dan dia.
Dan bla , bla , bla... Terlalu banyak sampai tak daya aku ungkaikan lagi.
.........................................................................

Aku pada seorang KAMU..!

Terpulang untuk kamu mahu berfikir dan menyimpul apa tentang aku. Aku siapa untuk menghalang segala rasa dan buah minda kamu. Apa mampu aku katakan , kenali aku. Selami hati budi aku. Aku memang seorang yang sombong dan angkuh pada riak wajah aku , tetapi tidak bermakna isi naluri dan sanubari aku juga begitu.

Eja Qorea offline..~ 



Kisah Aku dan 31 0gos..~

Rabu , 31 Ogos 1988 , 8.00 am ::

Aku terjaga dari lena yang panjang. Nafas tersekat. Batuk. Udara , mana kamu..? Tangan aku menggapai rewang. Aku tendang perut mama. Maaf ma . Saya tak sengaja sakitkan mama.

Aku dengar suara abah yang gelabah. Maklumlah. Aku anak sulong mereka. Abah terus bawak mama pergi Hospital Besar Ipoh. Sampai sana , doktor masukkan mama di Labour Room. Doktor ukur pintu rahim mama. Kata doktor lambat lagi. Aku belum sedia untuk ke bumi.

Aku membentak geram. Doktor tersalah perkiraan. Aku sudah sangat sedia melihat dunia. Aku tak mampu tunggu untuk menyedut Oksigen. Aku tidak sabar merasa udara membelai kulit.  Ruang rahim mama seolah-olah menekan setiap rusuk tulang kecil aku. Ruang ini seperti sempit untuk aku terus diam di situ. Tolonglah . Aku perlu bebas .

 ........................................................

3.30 pm ::

Aku tak mampu untuk menunggu lagi. Dada aku makin sempit dari minit ke minit. Aku tendang perut mama. Aku buka mata. Gelap. Aku lihat sekeliling. Ah , di situ ada cahaya. Mungkin itu dunia.  Aku gerakkan badan ke sana. Aku bukakan dengan kepala. Aku nampak ramai orang yang menyambut kedatangan aku. Siapa mereka..? Argh, aku sudah tidak punya banyak waktu untuk berfikir. Apa yang aku mahu , aku perlu keluar dari sini.

Aku ditarik lembut oleh mereka yang sedang menunggu kedatangan aku tadi. Ah , baru aku tau. Inilah Uncle Doktor. Di situ ada Auntie Nurse. Sejurus aku keluar , Uncle Doktor potong tali uriku. Selamat tinggal kakak. Terima kasih kerana sudi temankan saya selama 9 bulan 10 hari. Saya sangat sayangkan kamu..

Aku bertukar tangan. Kali ini aku dipangku seorang wanita yang pucat wajahnya. Aku buka mata. Aku tatap wajahnya. Cantik. Dia tersenyum . Dan segera aku tahu , inilah mama. Mama yang hanya aku dengar suaranya dulu. Mama merenungku. Mencium di segenap wajah aku. Aku dengar mama bisikkan sesuatu di telinga aku.

"Selamat datang puteriku. Terima kasih kerana memberi gelaran baru untukku. Kini aku menjadi seorang ibu keranamu. Aku kini lengkap sebagai seorang wanita. Terima kasih Allah kerana Kau menghadirkan puteri kecil ini dalam hidup ku.."

Aku dibawa pergi oleh Auntie Nurse. Selepas aku dimandikan , aku dibawa ke suatu tempat. Oh , itu mama. Dan ada seorang lelaki di sebelah mama. Aku bertukar tangan. Kali ini bukan mama yang memangkuku , tetapi lelaki itu. Aku tenung wajahnya. Kemudian aku di iqamahkan. Ah , suara itu . Aku kenal suaranya. Inilah suara yang sering dodoikan aku dengan alunan selawat dan zikir munajat setiap malam waktu dulu. Lelaki ini Abah , lelaki pertama dalam hidupku.

Abah merenung aku sambil tersenyum . Seperti mama , abah turut bisikkan sesutu ke telinga ku..

"Kamu puteri kecil ku yang cantik . Aku namakan kamu Nur Syarliza yang bermaksud Cahaya Kegemilangan. Semoga hidupmu segemilang namamu. Aku doakan kamu supaya kamu menjadi seorang hamba yang patuh pada Pencipta mu , seorang puteri yang taat pada orang tua kamu , isteri solehah kepada suami kamu dan ibu yang mithali untuk anak-anak mu. Terima kasih kerana Allah menjadikan kamu sebahagian dari hidupku.. "

............................................................

Selasa , 31 Ogos 2010 , 3.30 pm ::

Aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di bumi Allah ini. Di usia 22 tahun , terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk aku. Walaupun selalu aku mengeluh , aku cepat kembali pada fitrah Qada' dan Qadar Nya. Ampun ALLAH . Aku ini hanya hamba yang maha lemah yang sering khilaf dalam percaturan duniawi Mu.

 Aku mempunyai keluarga yang masih teguh bersatu. Walau kadang-kadang rapuh , sentiasa ada di antara kami yang berdiri tabah memangku teguh rentak keluarga kami. Terima kasih Allah kerana mentakdirkan aku lahir dalam keluarga ini. Fitrah manusia sering ternampak hijab yang lemah tapi aku percaya setiap berlaku telah Kau tuliskan hikmah disebaliknya.

Kau berikan aku ramai teman yang sentiasa ada untuk aku susah dan senang. Selama 22 tahun usia hayatku , Kau tidak pernah menemukan aku dengan teman yang salah . Aku tidak pernah mempunyai sahabat yang menikam aku dari belakang. Terima Kasih Allah kerana menemukan aku dengan sahabat yang baik. Moga Kau berkati dan mencintai mereka..

Apa mungkin aku diberi kesempatan untuk hidup setahun lagi..?

Saturday, August 21, 2010

Kenangan Mase Sekolah..~

Yeah..! Saya dengan ini , memang CONFIRM akan menghadiri  " Reunion Raye Seluruh Form 6 2010 (STPM 2007) ". Walaupun sebenarnya memang dah lama button attend event tu di tonyoh aku , tapi perasaan was-was aku tetap ada. Kali ni , aku tekad. Aku memang akan pergi kecuali time tu , tiket bas dah habis..~

Mood Hati :: Menjerit gembira dan tak sabar..!!!

....................................................

Kalau nak diingatkan , zaman form 6 lah yang paling best dalam Sejarah Persekolahan aku. Alah , yang lain pun best gak sebenarnya. Contoh masa form 4 - 5 dulu , aku and the geng lah otai Aspuri. Sape tak kenal geng Korea , Syieroh , Zimah ngan Mimie..? Paling jahat dan nakal. Ada kes je kat hostel , memang geng ni yang kena aim dulu. Tapi kami tetap menegakkan benang yang basah. Takkan mengaku walau diasak dan digasak. Bukan apa. Saja nak test level kesabaran Warden. Kalau tak , dorang takde keje nak buat pulak.. Hik8x..~

Masa form 6 , dah tak stay kat hostel dah. Kejadah ape nak masuk hostel kalau sekolah pun tak sampai 5 meter dari rumah..? Bile dah dengar bunyi loceng , baru aku keluar rumah. Sampai 1 hari tu , aku penah kena fire ngan Pengawas merangkap Classmate aku. Kata-katanya berbunyi seperti ini..

" Eja , baru sampai ke..? Rumoh mu naek air ke wane hok mari lambat ngat ni..?"

Cinabeng. Aku tau lah time tu musim hujan. Gila ko. Kalau rumah aku atas bukit tu naik air , memang sahlah tenggelam 1 Marang kerana bah..!

............................................................

Kejahatan aku di SMKPB bersambung ke SMKTLS. Tapi kali ni aku baik sikitlah. Dah beso katakan. Aku tubuhkan geng baru. Ahlinya :: Aku , Mek Nor , Ika , Mimi , Hadi. Tapi yang paling kamceng , aku , mek nor ngan hadi r. Yang lain slow je. Masa Lower 6 , kami bertiga memang malas masuk kelas. Ponteng perkara biasa. Setiap kali ada event ape2 , wojib ade muke kami. Bukan apa. Boleh buat alasan tak masuk kelas. Sampai di sound direct oleh Cikgu Sejarah Tamadun Dunia kami ::

"Boleh dok awok 3 orang ni jangan wat Look like buzy sangat..? Awok ingat saye dok tau awok saje2 je duk situ..? "

Bila cikgu Sejarah aku dah start speaking , maknanya dia memang bengang + marah gile..~

.....................................................................

Bila petang , aktiviti wajib , lepak kat Pantai Rhu Muda. Sambil makan kepok lekor , goreng ubi sikit , selang pulok ngan air nyo. Pergh. Memang tebaek..! Kadang-kadang , kalau mari rajin si Mek Nor tu , merasa lah kami cucur bawang. Tapi sayang. Takde gambar time tu. Maklumlah , time tu mane mampu nak pakai henfon camera. Kalau ade pun , kabur bebeno. Muka licin pun boleh jadi berkerak sebab low nye quality gambar tu.

....................................................................

Zaman sekolah memang manis untuk dikenang. Banyak ajar aku apa itu hidup , kawan dan lawan. Setiap satu memori tu , ada kisah dan kesannya tersendiri. Dan aku menjadi seorang dewasa yang sangat faham bahawa hidup memang bukan selalunya indah.

Klise. Tapi itulah hakikatnya..~

.......................................................................

6 A 2 , 06/07 , SMK Tg Lela Segara
(Cube Teka , Mane Aku,,? hehehe)

Friday, August 20, 2010

Tolonglah..~

Pergh. Tajuk nak gempak je. Tapi isi dalamnye xdelah gegar mane. Hehehehe. Argh. Lantaklah. Blog aku , suke hatilah kan.


Selepas semalaman tanpa tidur kerana berperang dan berjuang untuk make over-kan belog aku ni , ingatkan nak lah layan mata lepas sahur. Tapi malangnya , mata sepet aku ni tetap terkebil-kebil mencari Sang Tido. Apakan daya , malam tadi , Sang Tido pegi Dangdut sampai tak ingat nak balik pagi ni. Aii , bulan pose pun dangdut kaa..? Tobat deh..~


Takde ape nak buat , aku bukak lappy dan online. First , mesti bukak fesbuk. Dalam duk bace-bace status member2 , terdetik kat hati aku yang suci dari asap rokok ni untuk mengulas pasal status-status yang wujud di fesbuk. Ececeh.. Dah macam pengulas bola sepak daa..


................................................................................

Ok semua. Kelas kite dah start. Kate Miss Erni , Lecturer Human Resource Development aku tuh.. Kesian kawan tu. Tengah telan air liuq sebab mimpi makan ayam madu , tetibe tersedak sebab aku bantai sebut nama dia. Sorry Miss..

...................................................................................

Status yang dibenci , eh silap ... Kurang gemar

1. Orang yang suka menunjuk cinta.

Tolonglah wei. Bukan korang berdua je bercinta. Boleh tak jangan nak mencapub kat fesbuk tu..? Pastu dorang sound aku balik. 

 "Ang sebok pasai pa? Kami bukan Kacau Ang..!!" (Kedah version)

Yang ni aku nak betulkan sikit. Sape kate korang tak kacau aku..? Kalau status korang tak appear kat wall Home aku tu, takpe. Aku tak heran. Ni , bile kehadiran status tu menjamah bebola mata aku , secara tak langsung akan menyakitkan hati aku. Bile aku dah sakit hati , mulut aku ringan untuk memaki. Jadi , dosa aku pulak yang bertambah berguni-guni. Pasai pa..? Pasai angpa..!

2. Status yang ditaip berselang-seli huruf besar dan kecilnya.

Contohnya macam ni. " sEdApNyE bErBuKe TaDi..". Tu baru sikit. Kadang-kadang tu , bile dorang kasi komen panjang-panjang tu dalam keadaan huruf yang begini , naik juling mata aku baca. Dahlah mate aku ni sepet. Pastu ditambah ngan juling lagi , buruk le rupe aku jadinya. Tolonglah faham. Ape ko ingat cantik tulis macam ni..?

3. Orang yang suke mengeja sesuke hati.

Contohnya :: "Ayinie , titew poce penux.. " Yang ni memang boleh buat darah aku yang maintain stabil ni mencanak naik sehingga ke tahap maksima. Ejaan macam bangang. Mu ni xreti nok ejo molek ko? Payoh sangat ke nak tekan huruf kat keyboard tu bio tubik ejaan betul sikit..? Aduh lah mok wei.. Naek r daroh tinggi ambe gini , kate cikgu tadika KEMAS mereka.

Biasanya , mereka ini adalah anggota kumpulan gedik yang memang aku banned daripada masuk dalam hidup aku. Tapi ,jangan ingat pompuan je. Kaum jejan aka lelaki pun ada yang mengamalkan konsep begini. Bukan lelaki aww atau metroseksual , kalau dorang apelah nak dikesahkan , tapi jugak golongan brader-brader yang bermuka ganas. Memang bangang ganda 23 untuk mereka. Hahahahaahah

Tolonglah faham. Tak susah pun mengeja betul. Kalau setakat tambah "w" sikit kat hujung perkataan tu aku boleh terima lagi. Ni bila dah tahap rosakkan bahasa ni bermakna kroniknya tahap ejaan Melayu korang. Kalau English apatah lagi.. Kesian kat cikgu-cikgu tadika yang mengajar kita mengeja dan menulis dulu. Atau golongan ini memang tidak pernah grad dari tadika..?

Aku diam tanpa respon..~

4. Status yang mendedahkan kejahilan ilmu agama.

Ilmu agama aku pun kurang. Iman di dada lebih nipis dari kulit bawang. Aku pakai tudung pun time p kelas je. Aku sedar tu. Tapi , tolonglah jangan dedahkan kejahilan tu sangat.. Tambah time-time ramadhan ni. Hormat lah sikit. Tak susah pun.

Contohnya :: " Hanya Club 99 yang mampu hilangkan kesedihan dan kesepian hati aku.." Aku tak faham manusia. Boleh percayakan menatang arak tu untuk hilangkan sepi , duka dan lara..? Hati kosong maknanya kita makin jauh dengan Allah. So , ambik kesempatan di bulan mulia ni , Rebut peluang yang ada , perbaiki diri. Belum tentu kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang. Selagi masih mampu , dalami dan jelajahi keistimewaannya.

Tolonglah mengerti. Sebaik-baik Penawar bagi hati yang kosong dan jiwa yang sepi adalah dengan perbanyakkan zikir, solat malam dan baca Al- Quran.

Bukan untuk kamu sahaja , malah ingatan untuk aku jugak.

5. Suka mencarut , memaki , mengata dan yang sewaktu dengannya kat status fesbuk mereka.

Tambah-tambah kalau yang buatnya pompuan. Muka lawa tapi bile tengok kat status ade perkataan " fuck , go to hell , babi , celaka , sial dan suku sakatnya " , membuatkan saham mereka terus jatuh merudum. Aku pun penah wat dulu tapi lepas ditegur oleh seorang hamba Allah , aku insaf tak buat dah. Trimas untuk beliau.

Tolonglah faham. Kalau nak marah pun , jangan kat tempat yang " open air " macam tu. Malu. Apa kata , pergi pantai ke , tepi bukit ke , tasik kat area rumah sewa aku tu ke takpun ambik bantal tutup muka , jerit kuat-kuat. Terapi ni adakalanya berkesan jugak. Tapi lebih afdal , ambik wudhuk , solat dan baca Quran. Ni , xyah cakap pun tkpe. Sume orang dah tau lah ja.. hikhikhik..~

Lagi kita melampiaskan segala amarah di fesbuk , makin jelas terdedahnya kejahilan kita bermakna memberi peluang untuk orang tau kelemahan atau pekung diri kita. Itu dah jatuh hukum mendedahkan aib. Dan wajib bagi umat Islam menjaga aibnya serta aib saudaranya agar tidak diketahui orang melainkan dia dan Allah.

.....................................................................


Akhir kata , marilah sama-sama kita saling mengingati dan memperbaiki segala kelemahan dah kekurangan yang ada. Semoga Ramadhan tahun ini , memberi 1001 rahmat dan barakhah untuk kita semua. Wassalam.

.....................................................................

Bila baca balik , rasa macam aku dah bagi ceramah ala-ala kuliah Subuh pulak. Mungkin satu hari nanti aku boleh jadi penceramah bebas macam Dato' Fadzilah Kamsah..

Hik8x.. Gedebush..!
Aku dibaling kuali kerana terlebih berangan..~






Make Over..~

Aku rase cam cun je blog aku sekarang. Kalau boleh nak mengadap 24 jam. Comel. I like. Hik3x





Tengah-tengah yahoo images tadi , jumpe picture baby ni.Dan hati aku mula berkata , " Nak anak macam ni boleh tak..?" Ishk...~