Saturday, August 11, 2012
Ramadhan ke 20..
Aku menganggur dan single. Macam heroin drama Korea. Yang kemudianya berjumpa lelaki kaya yang bagi kerja di syarikatnya. Moga-moga..
Perasaan menjadi seorang penganggur berjaya serius tak best. Rasa macam ada beban dalam hati. Rasa tersekat-sekat bila oksigen disedut penuh ke rongga. Rasa penat fikir duit yang makin susut. Rasa sesak fikir hutang yang bersusun minta dibayar. Tapi takpe. Rezeki tu ada. Cuma kena usaha. Moga Tuhan mudahkan segala. Lepas raya harap ada jalan untuk bina satu bangunan yang namanya "kerjaya".
Recently, aku dah tak jatuh hati dekat sesiapa. Pelik jugak sebab untuk recover dari rasa kasih sayang sementara aku terhadap orang terdahulu, aku perlu satu orang baru untuk jadi pengganti. Mungkin sebab tu aku masih ingat budak yang sebaya adik aku tu. Mungkin sebab tu, setiap kali berhubung dia, pasti menggebu-gebu perasaan aku ni. Bullshit. Dah lama aku takde perangai macam ni. Aku pun dah lupa macam mana nak react dalam keadaan macam ni. Sungguh bullshit.
Dan sekarang ni musim kawan-kawan aku mengandung. Sungguh aku jealous bila tengok kawan aku yang muda dari aku sudah diberi rezeki menimang anak. Ada suami. Ada kerja stabil. Jealous,jealous.. Tapi takpe, masa aku pun akan sampai jugak. Sebab Tuhan tak bagi aku merasa awal pengalaman macam tu, sebab dia memang tahu aku tak sedia walaupun dalam hati aku menggeletak nak berlaki. Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi beri kita apa yang kita perlu.
Apa yang penting, positif dalam semua benda. Setiap orang ada bahagiannya. Ada bahagia dia. Ada jugak sedih dia. Yang penting, bersangka baik dengan Allah. Dia tahu segalanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)