Friday, June 17, 2011

GK :: Mansur Mustapar


Nama beliau Mansur anaknya Pak Mustapar. Kami kenal sekejap. Baru nak masuk 3 bulan. Tapi rasanya seperti bertahun kami berkawan. Dia baik. Truthly, kalau ada masalah, aku prefer bercerita dengan Mansur berbanding geng kambing yang lain. Sebab dia faham dan responnya excellent. Dia anak emak. Setiap hari tak lepas perkataan Umi terkeluar dari mulut dia. Sukakan budak sampai aku rasa macam nak je pinang dia jadi suami aku. Boleh ke?

Tapi, setiap yang bertemu pasti tertulis waktu pemisahnya. Kami juga. 15 Jun hari tu, kami buat Farewell Party untuk dia. Kesian. Bermandikan tepung beliau. Tak puas hati sebab tepung gandum sekilo tu Shahada curahkan dekat dia semuanya, terus dia kejar dan peluk semua orang, konon-kononnya nak share sikit sorang. Baru berkat katanya.

Apa pun, terima kasih sebab pernah jadi sebahagian dari hidup aku. Pernah ada waktu suka dan duka aku. Sentiasa ada bila masa saja aku perlukan kau. Aku harap walau kita jauh, friendship yang kita ada sekarang, tetap kekal dekat di hati kau. Kami sayang kau, Mansur :)

Sunday, June 12, 2011

Aku sang Raja Malas

Sangat malas okay untuk study last paper Isnin ni- Industrial Hygiene. Rasanya hormon-hormon study makin lama makin susut. Aku mahu kerja dan kahwin !!

Cuti semester sebulan ni, menghabiskan masa-masa yang ada di bumi Shah Alam. Kerja sampai habis Julai. Dan cadangnya nak buat weekend part time start from August. Hakikatnya, sangat sayang nak lepaskan kerja yang ada. Tapi study dan family lagi penting dari segalanya. Wargh !! Aku dilemma nih. *Poyo tahap cipan kau*

Selalu lepak dengan geng kambing, sampai rasanya makin kurang keluar dengan geng Unisel. Rindu Pinad dan Mat Pit ! Nak baring-baring atas perut Pinad, nak duet karok dengan Pit. Lama tak jumpa sampai bau diorang pun aku dah lupa. Tolong jangan bagi mereka berlalu dari hidup aku, Tuhan...

Dan makin hari, aku makin sayang dia dan dia. Dia dan dia. Tamakkah aku atau aku yang tak faham hati sendiri? Pening.