Saturday, August 11, 2012

Ramadhan ke 20..


Aku menganggur dan single. Macam heroin drama Korea. Yang kemudianya berjumpa lelaki kaya yang bagi kerja di syarikatnya. Moga-moga..

Perasaan menjadi seorang penganggur berjaya serius tak best. Rasa macam ada beban dalam hati. Rasa tersekat-sekat bila oksigen disedut penuh ke rongga. Rasa penat fikir duit yang makin susut. Rasa sesak fikir hutang yang bersusun minta dibayar. Tapi takpe. Rezeki tu ada. Cuma kena usaha. Moga Tuhan mudahkan segala. Lepas raya harap ada jalan untuk bina satu bangunan yang namanya "kerjaya".

Recently, aku dah tak jatuh hati dekat sesiapa. Pelik jugak sebab untuk recover dari rasa kasih sayang sementara aku terhadap orang terdahulu, aku perlu satu orang baru untuk jadi pengganti. Mungkin sebab tu aku masih ingat budak yang sebaya adik aku tu. Mungkin sebab tu, setiap kali berhubung  dia, pasti menggebu-gebu perasaan aku ni. Bullshit. Dah lama aku takde perangai macam ni. Aku pun dah lupa macam mana nak react dalam keadaan macam ni. Sungguh bullshit.

Dan sekarang ni musim kawan-kawan aku mengandung. Sungguh aku jealous bila tengok kawan aku yang muda dari aku sudah diberi rezeki menimang anak. Ada suami. Ada kerja stabil.  Jealous,jealous.. Tapi takpe, masa aku pun akan sampai jugak. Sebab Tuhan tak bagi aku merasa awal pengalaman macam tu, sebab dia memang tahu aku tak sedia walaupun dalam hati aku menggeletak nak berlaki. Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi beri kita apa yang kita perlu.

Apa yang penting, positif dalam semua benda. Setiap orang ada bahagiannya. Ada bahagia dia. Ada jugak sedih dia. Yang penting, bersangka baik dengan Allah. Dia tahu segalanya.



Monday, February 27, 2012

Sebab, Tuhan itu ada

Sekalian,

Hidup berdua bukan sekadar tentang kau dan dia .
Terima seadanya bukan berkenaan kau pasrah redha dengan baik buruk dia semata.
Bila kau buka buku cinta kau dan dia bermakna kau perlu menghormati segalanya.
Keluarga, sahabat, musuh dan juga kisah silam dia.
Jadi tanya aku disini, siapa yang memberi kau hak untuk menghapuskan figura dan men-sampahkan wujud aku di matanya?
Apa pun yang pernah kami ada, semua tinggal sejarah cuma.
Demikian, kenapa kau yang sedang menggenggam dia perlu takut sama aku yang makin dilupa?
Sedih dan kecewa aku sekarang, aku pasti suatu hari kau pasti rasa.
Sebab Tuhan itu ada..

Tolong, hapuskanlah semua..

Aku bukan sedih sebab aku disisih. Aku cuma sedih bila sebab aku disingkir kerana cemburu gadisnya. Aku sedih bila aku yang datang dulu dihapuskan semahunya. Aku sedih bila apa yang pernah ada antara aku dan dia semakin pupus bersama masa. Aku sedih walaupun aku tahu cerita ini lambat cepat akan sampai ke penamatnya, rasa kecewa itu tetap ada dalam hati aku. Tuhan, kalau dia itu cuma sementara, kenapa kau tinggalkan sisa rasa dulu? Tolong, hapuskanlah semua..

Tuesday, February 21, 2012

Sepertinya macam dah moved on dengan rasa-rasa dulu.
Tapi hakikatnya masih ada rindu yang jadi tetamu.
Masih ada ingatan tentang dia bila berjalan di tempat yang pernah kami lalu.
Ya, ini cumalah secebis ingatan petanda dia pernah ada dalam hidup aku.
Tapi kenapa memori yang terkesan sepertinya menyesakkan segenap peparu?
Kenapa sangat susah untuk aku singkirkan dia macam perangai aku yang selalu-selalu?
Melupakan itu sakit tetapi mengingati dia umpama virus pembunuh yang menular ke ceruk jasad aku.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Lagi

First Ramadhan di Shah Alam. Demand makin tinggi. Kalau boleh nak berbuka kat luar hari-hari. Berbuka dekat rumah tak remaja kononnya. Cuba time-time duduk Batang Berjuntai dulu, pandai pulak kau diam hari- hari berbuka kat rumah No 35 Taman Ilmu tu kan, Eja? Biasalah. Aku Melayu. Dah memang nature seorang Melayu yang mudah lupa. Tiba-tiba, rasa teringin nak makan roti telur 3 layer. Rindu pulak dengan bau bilik dekat dapur tu. Oh lupa. Aku juga rindu penut butter montel saya. :)

Friday, June 17, 2011

GK :: Mansur Mustapar


Nama beliau Mansur anaknya Pak Mustapar. Kami kenal sekejap. Baru nak masuk 3 bulan. Tapi rasanya seperti bertahun kami berkawan. Dia baik. Truthly, kalau ada masalah, aku prefer bercerita dengan Mansur berbanding geng kambing yang lain. Sebab dia faham dan responnya excellent. Dia anak emak. Setiap hari tak lepas perkataan Umi terkeluar dari mulut dia. Sukakan budak sampai aku rasa macam nak je pinang dia jadi suami aku. Boleh ke?

Tapi, setiap yang bertemu pasti tertulis waktu pemisahnya. Kami juga. 15 Jun hari tu, kami buat Farewell Party untuk dia. Kesian. Bermandikan tepung beliau. Tak puas hati sebab tepung gandum sekilo tu Shahada curahkan dekat dia semuanya, terus dia kejar dan peluk semua orang, konon-kononnya nak share sikit sorang. Baru berkat katanya.

Apa pun, terima kasih sebab pernah jadi sebahagian dari hidup aku. Pernah ada waktu suka dan duka aku. Sentiasa ada bila masa saja aku perlukan kau. Aku harap walau kita jauh, friendship yang kita ada sekarang, tetap kekal dekat di hati kau. Kami sayang kau, Mansur :)

Sunday, June 12, 2011

Aku sang Raja Malas

Sangat malas okay untuk study last paper Isnin ni- Industrial Hygiene. Rasanya hormon-hormon study makin lama makin susut. Aku mahu kerja dan kahwin !!

Cuti semester sebulan ni, menghabiskan masa-masa yang ada di bumi Shah Alam. Kerja sampai habis Julai. Dan cadangnya nak buat weekend part time start from August. Hakikatnya, sangat sayang nak lepaskan kerja yang ada. Tapi study dan family lagi penting dari segalanya. Wargh !! Aku dilemma nih. *Poyo tahap cipan kau*

Selalu lepak dengan geng kambing, sampai rasanya makin kurang keluar dengan geng Unisel. Rindu Pinad dan Mat Pit ! Nak baring-baring atas perut Pinad, nak duet karok dengan Pit. Lama tak jumpa sampai bau diorang pun aku dah lupa. Tolong jangan bagi mereka berlalu dari hidup aku, Tuhan...

Dan makin hari, aku makin sayang dia dan dia. Dia dan dia. Tamakkah aku atau aku yang tak faham hati sendiri? Pening.